Pages

Politic vs. the Economy dan Kesan Tax Cut Bill kepada Interest rates.

Market is still in a range trading mode.


Hari Rabu lepas saya tulis trading plan untuk menghadapi undian Tax Cut Bill oleh Senate. Kita cadangkan jual Gold dan beli Dollar. Tapi pasaran tidak semudah itu. Politik mengganggu trading idea ini. Sebab itu money management penting.

Hari Khamis, US Secretary of State, dikatakan bakal digantikan oleh White House. Berita ini sudah pun dinafikan pada hujung minggu.

Kemudian hari Jumaat, Michael Flynn, bekas penasihat sekuriti Trump mengaku menipu FBI berkenaan siasatan campur tangan Russia semasa pilihan raya Presiden tahun lepas.

 Beliau sedia menjadi saksi sekiranya Trump dipanggil membela diri.

Kedua-dua news politik ini membuatkan Gold Spike keatas.

Seterusnya, hari Sabtu, Senate meluluskan usul tax Cut. Tax Cut bill ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi Amerika dan meningkatkan inflasi. Kesan news ini kepada pasaran dijangka akan berlarutan buat seketika

Kesan Tax Cut Bill kepada Interest rates

Ada dua badan perundangan tertinggi di Amerika, Senate dan House. House boleh memilih untuk terus menerima Tax Cut Bill Senate dan menghantarnya kepada Presiden Trump untuk ditandatangani.

Kalau ini terjadi, maka Dollar akan menjadi lebih kuat dan Gold akan terus melemah.

Tetapi yang mungkin berlaku ialah, satu committee akan membincangkan Tax Cut Bill Senate dan Tax Cut Bill House dan satu tax cut bill yang dipersetujui oleh committee ini akan diundi lagi di Senate dan juga House.

Presiden Trump dijangka menandatangani Tax Cut Bill ini sebelum Krismas.

Sekarang kita ada timeline and kita boleh faham mengapa pasaran masih boleh bergerak secara sideways.

Analisa Teknikal Interest Rates

 Dalam masa terdekat, US Bond Yield 10 tahun dijangka mampu naik keparas 2.5 atau 2.6%, sebelum jatuh. (dollar akan mengukuh dan Gold melemah.

Apa menanti 2018?

Jika tiada masalah politik, tax cut dan ekonomi yang stabil dan progresif, Federal Reserve mungkin akan memberi guidance yang mereka boleh menaikkan interest rates dengan lebih laju lagi. Sekarang pasaran menjangkakan kenaikan interest rates sebanyak 2 kali pada tahun hadapan. JP Morgan Asset management membayangkan kenaikkan interest rates sebanyak 4 kali.
  
Masalah Politik
Jika Trump didakwa, Yield boleh jatuh ke paras 2.27% atau 2.20% atau mungkin pada paras 2.0%.

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi, tapi jika Trump dipanggil, saham akan jatuh, Gold akan menjadi pilihan untuk “Flight to safety”, dan German Bond akan menjadi pilihan berbanding US Bond.

Berwaspadalah.

News Analysis
Sesiapa yang ada soalan tentang news atau fundamental trade, boleh lah diajukan disini:

Siapa yang belum ada akaun boleh register disini



Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017