Analisa Teknikal Bitcoin, Dow, dan Dollar

Salam 2018.
Dalam bidang Pelaburan, awal tahun biasanya kita akan lihat ramalan apa akan berlaku pada 2018. Ini kebiasaan kita setiap tahun pada hujung dan awal tahun. Biasanya setiap ramalan dibuktikan salah sebelum 1st Quarter berakhir.


Dow Jones, dari segi teknikalnya mungkin boleh jatuh bila-bila masa sahaja. Ianya berada dalam keadaan overbought sudah agak lama.


Jika ia jatuh, paras 50 days moving average, 23900 mungkin paras support yang kuat. Aset yang trending selalunya begitu. Inilah yang terjadi kepada Bitcoin.


Perhatikan Bitcoin pada paras 20000. Ianya berada dalam keadaan overbought yg sangat lama. Kemudian ia melepasi garisan Trendline pada paras sekitar 17000.

Pasaran semasa diatas, trendline memang memainkan peranan penting menentukan trend sudah berakhir.

Nampak tak garisan biru 50 days moving average pada paras 10800 menjadi garisan support yang kuat?

Bitcoin berbeza dengan aset lain yang kita tahu. Kebanyakan aset kita berjual beli dari pasaran. Untuk mereka yang membeli menggunakan margin, sekiranya price jatuh, ia akan beri masalah.

Tetapi kebanyakan pelabur Bitcoin, mereka melombong secara digital. Kita ada Fixed Cost, dan miners boleh averaging down (menambah position) tanpa menambah wang. Kualiti ini membuatkan pelombong Bitcoin sama seperti pelombong emas.

Mereka yang terdesak untuk menjual kerana menjaga margin trading akaun mereka akan berkurangan saban hari. Lihatlah pada chart diatas.

Sudah ada Bullish Divergence yang memberi gambaran bahawa harga Bitcoin sudah bottom.

Nak tahu dimana? Datang lah ke kursus kami. Ia sesuai untuk pedagang forex, index/futures dan equity traders. 


Kita akan bincangkan, dimana trend bermula dan berakhir, Elliot Wave dan Fibonacci, sedikit perbincangan tentang news dan analisa inter-market (equity, bond, gold, bitcoin dan forex)

Fees saya $100USD.  Boleh buat appointment di Wisma Consplant Subang Jaya, sebelah Subang Parade, Isnin hingga Khamis atau Hujung Minggu.

Jika anda ada teknik anda sendiri, dapatkan hasil trading yang lebih baik dengan memahami analisa news.

Saya juga menawarkan Kursus Analisa Makro dengan harganya yang tersendiri.

Dibawah ini hasil trading seorang pengikut saya selepas FOMC pertengahan Disember lalu.



Siapakah saya? Saya sebenarnya seorang part-time trainer dibawah SIDC, education arm kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Saya sudahpun melatih pekerja-pekerja RHB Investment Bank, CIMB Investment Bank, Eastsprings Investments, PNB dan ramai lagi.

Saya fikir saya boleh berkongsi pengalaman dengan mereka yang tidak bekerja didalam industri ini secara formal.

Trader Saham, Forex, Bitcoin, Oil, Gold dan Futures,
Nak belajar analisa teknikal? Klik link dibawah


Harga Bitcoin boleh crash juga jika ia break trendline yang dibawah atau ia jatuh bawah paras 50 day moving average. Kemudian, Paras support mungkin pada harga 8000.

Jika Dow atau Bitcoin crash – kita mungkin akan dapat USDJPY menurun.

Sebenarnya saya mulakan tulisan ini untuk membuat analisa Makro kemanakah arah Dollar pada 1st quarter ini, saya akan sambung nanti.

Sementara itu, sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan disini: