GAP pagi ini - Pertembungan 2 News pada hujung minggu.

Mula-mula sekali tahniah pada kawan-kawan kerana menjadi antara trader yang konsisten di PipHijau. Insya Allah 2018 akan lebih baik lagi.


Minggu lepas berakhir dengan berita tentang  “US Government Shutdown”. Setiap perbelanjaan Kerajaan Amerika diteliti oleh senator dari pihak “House” dan “Senate”, dua badan perundangan tertinggi di Amerika selepas Presiden. Presiden tidak boleh berbelanja sesuka hati.

Sebelum itu kita bercerita dulu tentang politik di German. Pilihanraya German berlangsung pada 24 September 2017. Sejak itu, kita belum ada kerajaan yang sah yang memerintah German sehingga kini. Ini disebabkan pengaruh pihak yang tidak sukakan European Union meningkat.

Semalam, parti SDP mengundi untuk setuju berunding dengan parti CDU yang diketuai oleh Angela Merkel.

Ø Berita ini menguatkan Euro.

Rundingan ini akan berlangsung agak lama, kerajaan sebenar bakal ditubuhkan mungkin pada bulan march atau April.

Kembali kepada kisah di Amerika. Pihak Kongress menetapkan “Debt Ceiling” atau limit kepada perbelanjaan kerajaan. Ia seperti limit kad kredit kita. Undang-undang ini diwujudkan untuk mengawal Presiden Amerika dari berbelanja berlebihan.

Bila limit telah sampai dan tidak diperbaharui, kerajaan terpaksa berjimat. Sebahagian petugas kerajaan tidak akan mendapat gaji bermula Jumaat lepas.

Tetapi, hal ini belum berakhir. Satu lagi undian bakal berlangsung sekitar 1am waktu Washington, atau 2pm waktu di Malaysia hari ini Isnin 22 Jan.

Ø Jika “government reopen” – bermakna debt limit akan dinaikkan dan ini mungkin memberi kekuatan kepada Dollar

Kadang-kadang Saya bincangkan News di telegram Saya.

  
Saya juga buat personal coaching kelas Makro analisis. Boleh datang ke office saya di Subang jaya. Fees $100 USD. Isnin sehingga Khamis.

Nak belajar analisa Makro? Klik link dibawah


Kalau klik tak jadi, please pm no tertera diatas.

Kalau sudi register dan trade dibawah link saya, silakan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :