Pages

Bearish Marubozu sahkan Dow Uptrend sudah berakhir. Adakah ia sementara?




Kita ada candle bearish marubozu pada daily chart Jumaat lepas. Ini adalah antara chart pattern yang mudah difahami. Ia beritahu kita trend menaik Dow Jones sudah berakhir.

Persoalannya sekarang, berapa jauh kah downtrend ini akan pergi?

Perkara pertama kita perlu lihat ialah “safe haven asset” atau aset yang selamat iaitu bond dan gold.



US Yield sedang didalam trend menaik. Ini maksudnya, harganya sedang jatuh.



Gold juga sedang jatuh.  Kejatuhan harga aset yang selamat seperti Bond dan Gold memberitahu kita, kejatuhan pasaran saham adalah sementara.


Analisa Makro Keadaan Semasa – Politik Dalaman Amerika



Pada pertengahan Disember, Trump telah menandatangani Job Creation and Tax Cut Bill 2017. Sejak itu, Dollar indeks mengalami kejatuhan.

Tax Cut bill ini akan mengakibatkan kadar defisit Amerika meningkat sebanyak $1 trillion untuk tempoh 10 Tahun.

Amerika perlu meminjam untuk membiayai Tax cut bill ini. Sebenarnya, pinjaman Kerajaan Amerika ada hadnya. Had itu akan tamat pada 8 february nanti. Adakah kita akan dapat satu lagi Government Shutdown?

Antara isu yang panas di Amerika sekarang ini adalah isu Immigran, Deferred Action for Childhood Arrivals (DACA)

DACA adalah polisi yang mana sesiapa yang dibawah umur 18 tahun (minors) yang memasuki Amerika secara haram, dikenakan tindakan tertangguh selama 2 tahun dan boleh mendapat “work permit”.

Menurut Trump, DACA ini akan berakhir pada 5 March. Trump sudah istiharkan White House akan menutup program ini tetapi Democrat sedang berusaha melanjutkan DACA ini. Bolehkah mereka mencapai kata sepakat dalam hal ini?

Isu lain ialah campurtangan Russia dalam pilihan raya Presiden dan Infrastructure Spending Bill – perbelanjaan infrastruktur sebanyak $1 trillion untuk tempoh 10 tahun.

Isu-isu tertangguh ini melemah kan Dollar Amerika secara amnya. Bila isu-isu ini selesai, pasaran akan kembali melihat potensi sebenar ekonomi Amerika.

Sementara itu, kita terpaksa menunggu Ekonomi Amerika yang bergerak diatas landasan tax Cut Bill dan Infrastructure spending bill.

Ø Bersambung Analisa teknikal Pasaran Kewangan

Semua news saya kumpulkan dan buat ulasan di group telegram saya. Boleh Tanya disini.

Saya juga buat personal coaching kelas Makro dan teknikal  analisis. Boleh datang ke office saya di Subang jaya. Fees $100 USD. Isnin sehingga Khamis atau hujung minggu

Analisa Makro ini berguna untuk semua jenis traders seperti forex, saham, bond dan indeks futures. Klik link dibawah


Kalau klik tak jadi, please pm no tertera diatas.

Kalau sudi register dan trade dibawah link saya, silakan

Sedikit Latar Belakang penulis
Siapakah saya? Saya berpengalaman lebih 20 tahun dalam industry saham, menulis analisa Makro/strategi kepada clients saya.

Saya juga seorang part-time trainer dibawah SIDC, education arm kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Saya sudahpun melatih pekerja-pekerja RHB Investment Bank, CIMB Investment Bank, Eastsprings Investments, PNB dan ramai lagi.

Saya boleh berkongsi pengalaman dengan mereka yang tidak bekerja didalam industri ini secara formal.





Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017