Pages

Forecasting Exchange Rate – Analisa Makro dan Politik Dalaman Amerika

Minggu ini Trump bercakap tentang perbelanjaan infrastruktur dan Federal Reserve mengeluarkan kenyataan yang agak Hawkish, tetapi dollar berterusan menjadi lemah.

Ini masa untuk duduk, melihat sekeliling apa yang berlaku.

Hujung 2016

Pada November tahun lepas, Selepas menang sebagai Presiden, Trump berjanji akan berbelanja besar-besaran untuk membangunkan infrastruktur Amerika.


Pasaran mengjangkakan Ekonomi bakal berkembang kukuh dan kadar inflasi akan meningkat. Central Bank, Federal Reserve sudah tentu akan menaikkan kadar interest rates dengan lebih aggressive.

Hasilnya, pasaran saham, US Yield, dollar menjadi kukuh dan Ringgit menjadi lemah,

Awal 2018
Fast forward ke sekarang, Tax Cut Bill baru diluluskan pada pertengahan Disember yang lalu. Ia akan meningkatkan kadar defisit Amerika sebanyak $1 trillion dalam tempoh 10 tahun.

Kami sedar perkara ini tapi kami jangkakan ini adalah kesan jangka panjang nanti. Nampaknya pasaran melihat ini adalah isu sekarang.

Untuk menampung deficit ini, Amerika terpaksa meminjam. Supply Bond yang meningkat akan mengakibatkan nilainya jatuh. Sebab itu US yield menaik. (value dan yield berkadar songsang).


Nampaknya selling US bonds adalah satu trade yang mudah untuk 2018 ini. You can hardly go wrong with this strategy.

Yang susah adalah, apakah kesannya kepada pasaran matawang. Oleh kerana pasaran sedang menjual US Bond, permintaan kepada dollar akan berkurangan, sebab itulah ringgit menjadi kuat dan dollar menjadi lemah.


Russiagate, US Government Shutdown dan Infrastructure Spending Bill

Bilakah trend dollar yang lemah ini bakal berubah?

Kami agak, di belakang tabir sedang berlaku perbincangan “give and take” antara Presiden, Republican dan Democrat.

Walaupun Democrat membiarkan US Tax Cut Bill diluluskan, Amerika terpaksa meminjam untuk pastikan tax cut bill itu boleh dilaksanakan.

Kerajaan ada limit pinjaman. Ia hanya boleh dilakukan bila Kongress Amerika meluluskan peningkatan limit pinjaman ini.
Untuk ini, Kongress Senate perlukan super majority 60:40 yang mana Republican Cuma ada 51 undi, Democrat 47 dan 2 parti bebas.

Dollar akan kuat bila ada data ekonomi yang kuat.

Tapi untuk jangka panjang, Trend dollar melemah ini bakal berterusan sehingga ketiga-tiga pihak, Presiden, Republikan dan Democrat mencapai kata putus tentang isu pengaruh Russia semasa pilihan raya Presiden 2016, Government Shutdown dan Infrastructure Spending Bill.

Kami fikir mereka akan selesaikannya sekali gus. Kita akan tahu paling awal 8 february nanti bila berlaku Government shutdown.

Semua news saya kumpulkan dan buat ulasan di group telegram saya. Boleh Tanya disini.

Saya juga buat personal coaching kelas Makro dan teknikal  analisis. Boleh datang ke office saya di Subang jaya. Fees $100 USD. Isnin sehingga Khamis atau hujung minggu

Nak belajar analisa Makro? Ia juga berguna untuk trader saham dan indeks futures. Klik link dibawah


Kalau klik tak jadi, please pm no tertera diatas.

Kalau sudi register dan trade dibawah link saya, silakan




Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017