Ini sebab sebenar kenapa saham jatuh dan Trading Plan untuk minggu mendatang

Pasaran saham mengalami kejatuhan terburuk 2018, Isnin lepas diikuti dengan “Flight to safety”, pelabur menjual risky asset seperti Ekuiti dan membeli safe asset seperti Bond.


Media melaporkan, kenaikan interest rate seperti yang dibayangkan oleh pasaran Bond menyebabkan kejatuhan teruk saham.

Sebenarnya, interest rate akan naik jika ekonomi Amerika terus mengukuh.

Tetapi beberapa perkara perlu berlaku sebelum kita dapat ekonomi yang kuat.

Bulan Disember, Jobs Act and Tax Cut Bill telah diluluskan. Ia akan menambah deficit Amerika sebanyak $1 trillion untuk tempoh 10 tahun. Trump pula sedang merangka Infrastructure Spending bill – budget antara $500 - $1 trillion untuk tempoh 10 tahun juga.

Semua ini akan menaikkan deficit Amerika dan mereka perlu meminjam.

Debt Limit bakal dilanjutkan sehingga 23 March
Amerika ada limit pinjaman yang perlukan kelulusan congress, Senate dan House.

Bila-bila masa sahaja Debt Limit ini akan dinaikkan untuk tempuh sehingga 23 March. Ini Cuma formaliti sahaja.

Sekarang hampir pukul 10 pagi waktu Malaysia, 9 malam di Washington. Mereka mungkin sedang mengundi.


Budget Deal dan debt Limit untuk 2 tahun
Semalam Ketua Senate Republican dan Democrat mengumumkan mereka telah bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan debt limit untuk tempoh 2 tahun.

Persetujuan ketua ini masih lagi perlukan undian. Dalam 100 kerusi Senate, 51 Republikan, 47 democrat dan 2 parti bebas. Undi yang diperlukan, biasanya super majority, 60:40

Saya jangkakan undian bakal dilakukan antara sekarang sehingga 23 march nanti. Sementara itu Debate tentang Bill ini akan bermula minggu depan.
Democrat tidak akan mudah bersetuju dengan bill ini. Mereka mahukan dasar yang lebih jelas tentang immigrant.

Ketidak tentuan inilah yang menyebabkan pasaran saham jatuh.

Jika Bill ini tidak lulus, Trump tidak boleh melaksanakan program perbelanjaan infrastrukturnya dan Tax Cut bill juga akan terganggu.


Trade War
Cara lain untuk Trump mengurangkan deficit ialah dengan mengurangkan trade deficit Amerika terutamanya dengan China.

Trump dijangka akan lebih aggresif memperjuangkan polisi Sell in America, made in America selepas budget deal ini berakhir nanti.

Kereta yang dijual di Amerika, sekarang ini dibuat di China atau di Mexico. Trump mahukan penjual kereta memindahkan kilang kereta mereka ke Amerika.

Pasaran saham, walaupun dijangka menaik, tetapi kita akan dapat lebih banyak volatility seperti yang berlaku minggu ini.

Untuk Forex pula, selepas budget deal 2 tahun  diluluskan, barulah pasaran akan melihat apa yang federal Reserve bakal umumkan.

Federal Reserve memang dijangka akan lebih hawkish nanti.

Trading Plan
1. Selling US Bond masih lagi trading idea terbaik 2018
2. Selepas Budget deal 2 tahun lulus, tema pasaran akan berubah kepada Strong Economic growth ahead dan higher inflation, membawa kepada Central Bank yang lebih hawkish.

Kita akan dapat Higher interest rates di US – weak Gold dan Strong dollar.

Sementara itu pasaran dijangka volatile bergantung kepada apa yang mereka bincangkan

3. Trade War. Setiap kali Trump bercakap tentang Trade policy – dollar hampir pasti akan jatuh.

2018 ini walaupun dijangkakan ekonomi dunia akan kukuh tetapi ia akan lebih mencabar berbanding tahun lepas.

Sekian.

Semua news saya kumpulkan dan buat ulasan di group telegram saya. Boleh Tanya disini.

Saya juga buat personal coaching kelas Makro dan teknikal  analisis. Boleh datang ke office saya di Subang jaya. Fees $100 USD. Isnin sehingga Khamis atau hujung minggu

Nak belajar analisa Makro? Ia juga berguna untuk trader saham dan indeks futures. Klik link dibawah


Kalau klik tak jadi, please pm no tertera diatas.

Kalau sudi register dan trade dibawah link saya, silakan

Silakan like FB Page saya