Pages

Kejatuhan Saham dan kaitan dengan Forex

“Flight to safety” 2008 dan 2018

Kita biasanya mudah faham apabila kita belajar melalui pengalaman.

Krisis 2008

Semasa Global Financial Crisis 2008, Dow Jones jatuh dari paras 11000 hingga ke paras 8000.



Di awal permulaan kejatuhan Dow Jones, Gold dan Bond telah naik. (Yield Jatuh).

Kerana ketiadaan data, saya gunakan chart Weekly disini

Kemudian, USDJPY dan EURCHF telah jatuh.




Yen dan Swiss Franc menjadi pilihan semasa pasaran saham jatuh teruk. Dollar pula biasanya menjadi pilihan berbanding currency lain.

Sebabnya??? Boleh datang ke kelas Makro saya.

Kejatuhan Saham 2018


Dunia mengalami recession pada 2008.
Sekarang kejatuhan pasaran lebih kepada aktiviti pembetulan portfolio pengurus dana disebabkan faktor kemungkinan kenaikan interest rates di Amerika.

Boleh hadir ke kelas Makro saya untuk cerita lebih lanjut.

Untuk mereka yang trade menggunakan EA, sebab mengapa pasaran bergerak tidak dicatitkan dan disinilah risiko penggunaan EA yang telah di backtesting bertahun-tahun.

Biasanya di pengakhiran trend menaik, kita ada Head and Shoulder atau Double Top atau kadang-kadang kelihatan 3 puncak.

Kemudian Candle Bearish Marubozu menyusul. Kita ada trend ini pada US Bond yield dan Dow Jones. Kedua-dua pasaran ini adalah “center of gravity” pasaran kewangan sekarang ini.


Dimanakah Supportnya?

Moving Average 50. 100, 200 hari Support level.

Anda perlu faham tentang support dan resistance line. Cara mudah kita boleh gunakan moving average, daily chart 50 atau 100 atau 200 hari.

Biasanya 50 days moving average sudah mencukupi tapi kali ini support berada pada paras 100 days. Kita masih belum pasti apakah paras ini boleh bertahan.

Bollinger Band Support Level





Bollinger band menggunakan 3 line. Perhatikan di daily chart, line pertengahan dan line bawah Bollinger tidak dapat bertahan.

Buat masa ini Dow Jones bertahan pada line pertengahan di weekly chart. Jika line ini pecah, kita melihat paras line Bollinger band yang dibawah, iaitu 22000 sebagai support.

Golden and death Cross Monthly Moving Average 10 and 20


Perhatikan Dow Jones sudah bergerak terlalu jauh dari 10 Month Moving Average. Paras 23000 mungkin paras support yang baik.

Kesimpulan
Secara teknikal kita belum dapat tanda-tanda yang kejatuhan pasaran saham ini akan berhenti dalam masa terdekat.

Secara Fundamentalnya, kami berpendapat kejatuhan ini ada kena mengena dengan Politik Dalaman Amerika.

Masalah Politik Dalaman ini akan mempengaruhi Fiscal Policy dan Trade Policy Amerika.

Kepada Trader Forex pula, biasanya kita Perlu Ada News untuk merubah arah Trend.

Semua news saya kumpulkan dan buat ulasan di group telegram saya. Boleh Tanya disini.

Saya juga buat personal coaching kelas Makro dan teknikal  analisis. Boleh datang ke office saya di Subang jaya. Fees $100 USD. Isnin sehingga Khamis atau hujung minggu

Nak belajar analisa Makro? Ia juga berguna untuk trader saham dan indeks futures. Klik link dibawah


Kalau klik tak jadi, please pm no tertera diatas.

Kalau sudi register dan trade dibawah link saya, silakan

Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017