Dari Kacamata Sebuah Institusi 1 (Bicara Nakhoda)

SALAM Sejahtera para trader,


Seperti yang Nakhoda janjikan sebelum ini, Alhamdulillah kali ini diberi kesempatan untuk menyambung tulisan sebelum ini berkenaan apa yang penting bagi seorang trader dan bagaimana sesebuah institusi kewangan melihat sesuatu peluang pelaburan.


Sepengalaman Nakhoda bekerja dengan sebuah bank selama 8 tahun dalam pelbagai kapasiti, Nakhoda dapati institusi amat mementingkan proses yang sempurna dalam sesuatu kerja. Dalam pelaburan ada lima perkara yang perlu dipenuhi sebelum dana dilaburkan:


1. Tema pelaburan
2. Analisa fundamental/sentimen
3. Analisa teknikal
4. Pengurusan risiko
5. Kesediaan psikologi


[Tema pelaburan]
Sebelum sesuatu pelaburan dibuat, penting untuk mendefinisikan tujuan pelaburan (investment objectives), tempoh pelaburan (investment horizon), peruntukan asset (asset allocation) dn struktur yuran (fees structure)..yang kesemua ini dipanggil mandat pelaburan (investment mandate).

Anda tentu tertanya-tanya… Ini untuk institusi... Kami hanya pelabur kecil... Apa kaitannya kepada kami? Sebenarnya banyak kaitan semua perkara tersebut kepada seorang trader dan pelabur.

Sebagai seorang trader yang bercita-cita tinggi seperti anda, adalah perlu untuk mengguna pakai pendekatan institusi dalam aktiviti trading dan pelaburan anda. Yelah, kan trading ni bisnes sesebuah bank dan institusi pelaburan. Lagipun ini akan membuatkan anda lebih profesional dalam melakukan pekerjaan ini… Ya, semua yang anda buat itu adalah kerja.


Baiklah, sebelum anda mula melabur atau berdagang..anda perlu tahu mengapa anda mahu melakukannya..anda mungkin kata "saya cuma nak tambah pendapatan sahaja"..well, hakikatnya kenyataan seperti itu tidak cukup untuk membawa anda kepada kejayaan. Sekiranya itu sahaja matlamat anda..begitulah hasilnya..ianya mungkin menambah pendapatan..tetapi semua wang tambahan itu akhirnya anda belanjakan dan pada akhir tahun..baki akaun bank anda masih macam awal tahun..anda pun tak tahu kemana semua wang itu pergi... Hehehe

Matlamat perlu jelas... Sebagai contoh... "Saya sanggup melabur RM2,000 untuk menjana RM5,000 bagi mencapai impian bercuti ke Russia pada hujung tahun" atau mungkin "Saya sanggup melabur RM1,000 untuk menjana RM100-300 sebulan bagi menampung perbelanjaan keluarga yang semakin membesar dengan kehadiran ahli baru.

Jelas bukan? Matlamat yg jelas memudahkan anda utk mencapainya dan tahu kemana wang hasil tersebut perlu disalurkan..tidaklah lagi membazir dikelab-kelab belanja kawan-kawan yang akhirnya meninggalkan anda bila anda susah… Hehehe...


So sekarang anda telah pun tahu kenapa anda nak melabur dan berapa lama... Seterusnya nak melabur dimana? Pasaran saham? Komoditi? Matawang? Unit Amanah?

Anda perlu faham terdapat risiko dalam pelaburan dan setiap satu instrumen kewangan itu mempunyai risiko yang berbeza-beza... Katalah ketika ini anda melihat ketidaktentuan dalam pasaran akibat perang dagang antara AS dan China dan berfikir lebih baik melabur dalam pasaran komoditi..tapi komoditi apa ya? Emas? Perak? Kopi? Koko? Minyak mentah? Minyak sawit?

Macam-macam ada di pasaran komoditi dan setiap satunya mempunyai sifat yang berbeza-beza dengan yang lain. Adakah anda akan melabur dalam satu komoditi sahaja atau dua atau tiga? Tahukah anda juga pasaran komoditi mempengaruhi pergerakan dalam pasaran matawang? Adeh... Banyak rupanya perlu saya tahu untuk menjadi trader... Bukan ke senang ajer? Tekan buy and sell? Kawan saya kata senang.. Hmm kalaulah semudah itu, tentulah kawan anda dah jadi jutawan sekarang bukan? Hehehe...

Baiklah, setelah anda tahu objektif, tempoh dan peruntukan aset pelaburan, anda perlu juga tahu segala yuran, komisen yang anda perlu bayar untuk pelaburan tersebut..sebagai contoh terdapat unit amanah yang menetapkan yuran pengurusan sebanyak 2% dan 20% caj perkongsian keuntungan... Ada juga pelaburan yang hanya mengambil yuran pengurusan sahaja... Dan sekiranya anda membuat portfolio sendiri, anda perlu tahu berapa banyak komisen yang perlu anda bayar kepada bank atau broker tersebut... Sebagai contoh, katalah anda trade dengan akaun ECN dan komisen adalah $8/lot dan volume purata anda sebulan adalah 10 lot... maka kos komisen anda sudah jadi dalam anggaran $80 sebulan... Kali 10 bulan sudah $800 bukan? Boleh tahan jugak tu...

Hmm... Begitulah serba sedikit tentang tema pelaburan... Banyak lagi nak cerita..dan mungkin anda pun ada pertanyaan yang nak diajukan.. .Nakhoda ada buat kelas bimbingan melalui skype pada setiap malam Rabu... Silalah turut serta... Tempat adalah terhad...  Insya ALLAH dalam keluaran akan datang kita sambung perihal fundamental analisis. SALAM Hormat