Isu Tariff berakhir - Dollar mungkin teruskan pendakian selepas NFP



Trump akhirnya memberikan pengecualian tariff Steel dan Aluminium kepada Kanada dan Mexico dan Negara lain boleh membuat permintaan untuk mendapatkan pengecualian.



Dengan pengumuman ini, kami berpendapat tema pasaran tentang trade war ini bertukar menjadi positif.

Akhirnya nanti hanya China yang akan dikenakan Tariff ini. 

Ini berdasarkan pengalaman pada 2012 semasa Amerika di bawah Obama mengenakan sekatan Perdagangan kepada negara-negara yang membeli minyak dari Iran.

Sekatan dikenakan kerana Iran dituduh sedang membina senjata Nuklear.


  
Pada awal 2012, sekatan perdagangan dikenakan kepada semua Negara yang membeli minyak dari Iran. Beberapa ketika kemudian, satu persatu sahabat Amerika diberi kelonggaran dan akhirnya hanya China yang dihukum.
  
Trading Idea NFP – Sell EURCHF.

Pair utama Dollar USDJPY dan USDCHF sedang menaik dan EURUSD sedang menurun. Untuk USDJPY dan USDCHF, kita ada set up sell yang cantik, berdasarkan candle merah disebelah kiri.

Tetapi Data NFP dijangka akan kuat atau kebarangkalian data lemah yang akan keluar adalah rendah. Ini memang dilemma seorang trader.

Kami berpendapat adalah lebih baik sell selepas news keluar atau kita gunakan pair yang neutral terhadap news ini.





Perhatikan di weekly Chart, ada Candle merah yang cantik tanda uptrend sudah berakhir. Di M15, Kita boleh cuba jual di paras 1.1732 dan letakkan Stop Loss 1.1742.

Kalau terkena Stop Loss, boleh cuba cari peluang sell lagi dengan gunakan time frame yang kecil.



Saya ada menulis idea fundamental sell oil disini:

Dan sell USDCAD disini:

Saya akan bercakap pada 31 March nanti. Jemputlah datang.

Analisa Lengkap Makro Dollar dan Ringgit 2018
Saya ada EBook “Forecasting Dollar and Ringgit 2018” untuk usahawan. Ia berguna untuk forex traders juga.


Kadang-kadang saya menulis disini. Please like my page –


Kalau perlu penerangan,

Saya kumpulkan news yang penting disini.

Saya buat personal coaching for Macro and Technical Analysis. Fees USD100.

Untuk mereka yang trade dibawah saya, saya boleh bagi rebate untuk coaching. Daftar disini