Pages

Strong Dollar: US Yield 3% tarik Perhatian Pengurus Dana Global



Chart Yield 10 tahun Singapore, Malaysia dan USA

Sedikit keterangan tentang Bond, Bila harga naik (ada demand) Yield akan turun dan bila harga jatuh (ada Supply) Yield akan meningkat. Yield melambangkan pergerakan interest rates

Perhatikan pergerakan Yield pada bulan November 2016. Trump menang sebagai Presiden dan berjanji menghapuskan cukai dan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur.

US yield naik. US Bond adalah lebih selamat berbanding bond Negara-negara lain. Pengurus Dana Bond menjual Bond Negara lain seperti Singapore dan Malaysia. 

Ini adalah kesan trade-off, kita memilih bond yang lebih baik berdasarkan keadaan semasa.

Perhatikan Yield pada bulan December hingga February. 
US Yield meningkat tetapi Yield di Singapore dan Malaysia tidak mengikut kali ini.

Ketika ini, isunya ialah Trump meluluskan undang-undang mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan. Pengurangan pendapatan dan kenaikan perbelanjaan bermakna Amerika perlu meminjam dengan menjual Bon (supply bertambah, harga turun dan Yield naik.)

Ketika ini Pengurus Dana menjual Bond dan menjual Dollar.

Isu terbaru ialah kemungkinan inflasi akan meningkat kesan pengurangan cukai Trump. Kenaikan inflasi ini akan dikawal dengan kenaikan interest rates oleh FED.

US Yield menyentuh paras 3%, kali pertama sejak 2014 dan Yield yang tinggi ini menarik perhatian Pengurus Dana. Berlaku trade-off antara bon Malaysia dan Singapore dan Bon USA dan permintaan kepada Dollar pun bertambah. 

Trade-off ini berlaku juga kepada saham-saham pendapatan, atau income stock, iaitu saham-saham yang biasanya memberi dividen yang tinggi.


Tidak faham? Mari berjumpa kami
Mari bersama kami memahami arah News untuk pengurusan risiko yang lebih baik. Kami ada training room yang selesa di Setia Alam.

Jika berminat untuk belajar Fundamental dan analisa News, ataupun perlukan speaker

fees boleh dibawa berbincang. Lebih mudah jika anda buka akaun dan trade lah disini

Kadang-kadang saya menulis disini. Please like my page –

Saya kumpulkan news yang penting disini.

Untuk daytrading ideas, boleh join group ini.

Disini kita ajar cari pair yang sesuai dan macam mana nak kurangkan risiko pasaran yang tidak menentu.

Untuk Swing trading, kami kongsikan analisa kami disini.


Line Hijau adalah tempat menjual. Join link kami untuk tahu di mana TP nya.

Ahmad Sherhan Abu Samah

Team Penulis Piphijau 2008-2017