5 Orang Trader Legend Sepanjang Zaman

Dalam post ini saya akan kongsikan 5 orang trader di dunia (saham dan forex) yang all time legend. Kiranya kalau sebut je nama diorang ni, semua trader satu dunia akan kenal.  Yang menariknya kehidupan diorang ni diwarnai oleh a mix of triumph and tragedy, kira banyak ups and downs la. Ada juga di antara mereka telah achieve something  yang semua orang rasakan mustahil dalam arena trading ni. Jom kita lihat serba sedikit tentang legends ni.




1. Jesse Livermore (1877 – 1940). 

Legend ni start trading dari umur budak lagi, 14 tahun! Yang bestnya dia start dengan betting samada harga saham tu akan naik atau turun. Cukup setahun (Umur 15 tahun), dia dah cukup untung USD1,000 (lebih kurang USD27,000 dengan nilai sekarang). Legend ni sangat famous dengan ‘predicting’ market crash pada tahun 1907 dan 1929, yang mana dia buat untung USD3 juta dan USD100 juta daripada crash tersebut! Tapi malangnya hidup dia ni sangat banyak turun naik, hingga dikhabarkan pada tahun 1934 dia loss semua harta dia dan bunuh diri pada tahun 1940. Fuhh! Korang boleh beli buku beliau yang bertajuk A Reminiscence of A Stock Trader untuk membaca keseluruhan kisah hidup beliau.


2. William Delbert Gann (1878 – 1955). 

Korang pernah dengan Gann Indicator kan? Ala, yang siap installed dalam MT4 tu, ada Gann Line, Gann Fan dan Gann Grid tu. Legend ni la pengasasnya! Dia forecast market berdasarkan geometri, astrologi dan matematik. Tapi kalau korang tengok full indicator yang dia hasilkan, haram tak faham! Siap ada kaitan dengan pergerakan matahari la, planet la. Pening!


3. George Soros (1930 – Sekarang).

Siapa la yang tak kenal mamat ni yang kaw-kaw short Ringgit masa tahun 1998. Masa tu kira war la Bank Negara VS George Soros. Mujur la ada beberapa pendekatan Tun M yang mampu pulihkan matawang kita dengan cepat berbanding negara sekeliling kita. Tapi kalau korang nak tau, bukan setakat RM je, Pound Sterling pun dia pernah short tau! Tahun 1992 dia short 10 Bilion GBP dan buat profit 1 Billion. Siap dapat gelaran “The Man Who Broke The Bank of England” lagi!


4. Jim Rogers Jr. (1942 – sekarang).

Jim ni background dia memang educated, lepas graduate in History daripada Yale, dia kerja kat Wall Street (nampak tak kaitan sejarah dan trading kat situ?) dan sambung second degree in Philosophy, Politics and Economics di Oxford.  Yang menariknya, legend ni kerja tak sampai 15 tahun, pastu terus retire. Grad tahun 1964, 1966-1968 join war kat Vietnam. 1970 kerja balik dalam trading. 1973 dia partner dengan Soros buka Quantum Fund.  Time ni lah pencapaian dia paling best adalah dalam dunia trading, dalam masa 10 tahun dia gain 4200% dan decide untuk retire (perghh bestnyer!). Sekarang korang boleh cari abam legend ni kat Singapore, pasal dia dah duduk sana dari tahun 2007. Antara quote dia yang famous adalah’ “If you were smart in 1807  you moved to London, if you were smart in 1907 you moved to New York, if you were smart in 2007, you moved to Asia”. Yakin betul dia dengan market Asia ni kan? Setahun lepas tu terbukti ‘penghijrahan’ dia ada asasnya, sebab tahun 2008 subprime mortgage crisis kaw-kaw market US drop, dan dia sempat jual mansion dia kat US dengan harga USD16 juta tahun 2007. Memang power.


5. Richard J. Dennis (1949 – sekarang).

Ok kisah legend ni agak menarik sebab dia percaya “everyone can trade”. Ceritanya macam ni, masa tahun 1980, Dennis ni sangat dikagumi dalam dunia trading dan dilaporkan dia berjaya grow fund daripada kurang USD5,000 kepada lebih USD100 juta! Nak dijadikan cerita, dia pelik kenapa orang kagum sangat, so dia decide untuk groom a group of newbies untuk belajar trade dengan teknik dia yang dinamakan sebagai Turtle Trading. And guess what?  Dua kelas yang dia ajar personally semua gain lebih daripada USD175 juta dalam masa 5 tahun! Tapi teknik dia sekarang kurang famous sikit, sebab Dennis ni jenis Breakout trader, so risk tu agak tinggi berbanding strategi-strategi lain. Apa pun, he is a legend and he has proved that anyone can trade!

Cukup dulu 5 orang legend, nanti kita sambung lagi 5 orang legend yang famous dalam dunia trading ni. 

Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :