Skip to main content

8 Cara Gain Income dalam Forex (Part 2)

Post ini adalah sambungan daripada post 8 Cara Gain Income Dalam Forex (Part 1).


Setuju atau tidak, urusniaga forex ini melibatkan banyak pihak, jadi tidak wajar untuk kita mengecilkan skop pendapatan kepada sekadar trader dan chart. Asalkan ia merupakan pendapatan yang sah dan kita tidak menipu atau mendapatkannya dengan cara yang salah, maka ia wajar dikategorikan sebagai salah satu sumber pendapatan, samada sampingan atau sumber utama.

Jadi mari kita teruskan dengan 4 cara lagi, bagaimana untuk memperolehi pendapatan dalam bidang forex ni.


4. Expert Advisor (Robot)

Selain menghadap chart 24 jam siang malam, anda boleh leverage tugas itu kepada Expert Advisor(EA) atau lebih popular dengan nama Robot. Terdapat pelbagai jenis robot yang anda boleh dapati, samada percuma atau berbayar.

Robot-robot ini melakukan trading (entry,TP,SL,Cutloss) berdasarkan setting yang dibuat oleh pereka-pereka mereka berdasarkan teknik dan strategi masing-masing. Antara Trading Strategy yang selalu diadaptasikan kepada EA adalah Martingale Hedging (anda boleh google istilah ini) atas pair-pair tertentu.

Untuk memastikan robot ini berjalan 24 jam 5 hari seminggu, anda perlu melanggan VPS iaitu Virtual Private System yang membolehkan robot dan MT4 anda on sepanjang tempoh tersebut.

Namun sebelum anda membeli atau menggunakan mana-mana robot, anda hendaklah backtest dulu keupayaan robot tersebut supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.


5. Jual EA

Bagi golongan programmer pula, mereka berbesar hati untuk menterjemahkan teknik dan strategi yang proven ke dalam bentuk EA, supaya memudahkan para trader yang tidak ada banyak masa untuk menganalisa chart. EA yang telah siap ini boleh dijual dengan harga yang munasabah, sesuai dengan konsistensi dan kadar profitnya.

Namun ia bukanlah semudah itu untuk mencipta EA yang benar-benar bagus. Jadi jika anda berhajat untuk membeli mana-mana EA yang sudah terbukti keberkesanannya, jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk membuktikan satu-satu EA itu profitable, malah setiap tahun pasti ada versi baru daripada EA tersebut dikeluarkan sebagai penambahbaikan kepada EA sebelumnya. Tepuk dada, tanya selera!


6. Training

Jangan terkejut jika ada traders yang mampu memperolehi pendapatan sampingan daripada training yang mereka jalankan. Biasanya level-level ni dah dipanggil 'masta' kerana teknik-teknik yang mereka kongsikan bukan calang-calang. Asalkan students yang pergi kelas mampu profit dengan konsisten, itu sudah menjadi satu benchmark untuk mereka meneruskan training dengan niat membantu lebih ramai traders.

Tidak seperti 4-5 tahun lepas, yuran kebijaksanaan yang dicas juga rata-rata tidak mahal berbanding dengan ilmu yang bakal diperolehi para peserta.

Namun anda masih perlu berhati-hati jika berhajat untuk menyertai mana-mana kelas berbayar. Masih terdapat ramai scammer yang bertopengkan masta di dalam Malaysia ini. Bagaimana untuk pastikan kelas yang anda nak sertai itu genuine? Senang saja, ini tipsya:

1. Dapatkan feedback students yang pernah pergi kelas terdahulu
2. Jika mereka tunjukkan profit trading yang gila-gila, pastikan ia bukan akaun demo.
3. Harga kelas yang munasabah.
4. Tiada upsell dalam kelas tersebut, -seperti penyertaan percuma, tapi siapa yang hendak private coaching kena bayar RM sekian-sekian ribu. Wooot!((tarik handbrake cepat!)


7. Digital Sharing / E-book

Bagi sesetengah trader yang tidak gemar berkongsi di khalayak, mereka lebih suka menghasilkan e-book yang boleh dipelajari bila-bila masa. Untung kepada pembeli, mereka boleh refresh ilmu bila-bila mereka mahu dengan e-book tersebut. Suka atau tidak, ia tetap cara yang sah untuk menghasilkan pendapatan sampingan dalam bidang ini, asalkan harga yang ditawarkan munasabah dan sesuai dengan profitability teknik dan strategi tersebut.

Namun kekurangannya adalah- pembeli mungkin tidak dapat menghadam ilmu tersebut sepenuhnya, kerana harus kita akui bahawa ilmu yang terbaik mesti dituntut secara 'talaqqi', berhadapan dengan guru.


8. Build A Broker

Ya, bangunkan broker sendiri. Ia tidak mustahil, tetapi terlalu banyak kekangan jika anda berhajat untuk capai ke level ini. Modal? Modal mungkin adalah perkara ke-5 yang anda perlu risaukan. Di Malaysia hanya ada beberapa broker tempatan yang mampu bertahan dan beroperasi lebih dari 3 tahun. Kenapa 3 tahun? Kerana ini adalah fasa di mana 95% business lingkup, Fasa ikat perut, fasa jalan terus never look back, fasa do or die.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat banyak kisah silam di mana wujudnya broker-broker tempatan yang bermodus operandi skim ponzi atau money-game, tetapi bertopengkan broker forex yang konon genuine. Hasilnya, tak perlu 3 tahun, setahun pun dah lingkup!

Ia tidak mudah, tetapi mengambil kira 90% traders 'mensedekahkan' modal setiap bulan kepada broker luar, ia adalah satu fardhu kifayah yang perlu diperjuangkan oleh mereka yang benar-benar mahu melihat industri forex terus maju dan mendapat pengiktirafan di tanah air kita sendiri.


BONUS

9. Prop Trader

Prop Trader belum lagi popular di negara kita, namun di kebanyakan negara Europe dan US, ia adalah kerjaya yang common  terutamanya bagi retail traders yang tidak mempunyai modal besar, namun mampu untuk konsisten profit dalam trading setiap bulan.

Skop kerja Prop Trader adalah sangat simple - anda hanya perlu trade bagi pihak broker. Dengan kata mudah, anda trade akaun broker dengan modal yang besar. Keuntungan pula akan dibahagikan dengan nisbah yang biasanya 60:40 (Trader:Broker). Ok la tu kan?

Namun untuk menjadi Prop Trader bagi sesebuah broker, anda biasanya perlu menjalani saringan sekitar 6 bulan hingga 12 bulan. Antara syarat yang biasa diletakkan dalam tempoh saringan tersebut adalah:

1. Drawdown kurang 50%.
2. Profit konsisten minimum 10% setiap bulan (purata)

Ya, itu sahaja syarat yang biasa diberikan oleh broker. Dan selalunya anda kena trade dengan modal sendiri dahulu, dan ditambahkan dengan ekuiti tambahan daripada broker sehingga 200%.
Jika anda berjaya melepasi proses saringan tersebut, pihak broker akan memberikan anda modal untuk ditrade serendah USD10,000 dan boleh mencecah USD100,000 berdasarkan perfomance trading anda!

Jika anda benar-benar serius untuk menjadi trader yang berdisplin dan bercita-cita untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama anda, maka Prop Trader adalah sasaran kerjaya yang sesuai bagi anda. Namun masih belum ada broker tempatan yang menawarkan posisi sebegini, tapi anda boleh survey broker-broker luar negara yang regulated.

So that's it, 8 cara untuk gain income dalam bidang forex. Anda dialu-alukan untuk komen/ tambah sumber-sumber lain yang bermanfaat.

Til then, Happy Trading!


Comments

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…