Matawang GBP pada Discounted Price? (Analisa Fundamental GBP 30/8/18)

Dalam sesi awal dagangan US semalam, matawang Sterling mendapat sentimental boost berikutan kenyataan Ketua Rundingan Brexit Kesatuan Eropah, Michael Barnier yang memberi gambaran bahawa Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk berkerjasama dengan UK dalam perjanjian pasca Brexit.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan sokongan daripada Menteri Luar Negeri Jerman yang menyatakan rundingan tersebut sangat penting dan perlu dimuktamadkan dengan positif. Ekoran daripada kenyataan tersebut, market telah memberikan immediate reaction, memberi petanda bahawa matawang GBP sedang undervalued dan berada dalam discounted price.

Sebelum berakhirnya sesi dagangan US semalam, pair GBPJPY telah membuat kenaikan sebanyak lebih kurang 270 pips (0.06%) dan major pair GBPUSD membuat kenaikan sebanyak kira-kira 180 pips (0.04%).

Berikut adalah significant levels bagi pair GBPJPY:


Resistance Levels: 147.110, 149.08
Support Levels: 142.45, 140.30


Bagi pair GBPUSD pula, berikut adalah level-level yang signifikan:


Resistant Levels: 1.3086, 1.3205
Support Levels: 1.2928, 1.2805


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!

Post a Comment

0 Comments

Cari info FX di Blog ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...