Silibus Yang Tertinggal Part 5: Financial Freedom?

Financial Freedom : Kebebasan Kewangan - sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Tak kira anda bekerja sendiri, makan gaji atau pemilik bisnes, anda pasti mengimpikan kebebasan kewangan dalam hidup.

Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kita semua pernah berangan berada dalam financial heaven - kita bisa memiliki apa saja yang kita mahukan dengan duit yang kita ada. Dalam angan-angan tersebut, kita berada di atas kapal persiaran yang mewah, melancong sakan di Eropah, masuk butik-butik terkemuka dunia dan pilih apa saja yang kita berkenan. Tak cukup dengan itu, kita borong kereta-kereta mewah yang selama ini kita hanya mampu tengok gambarnya saja di majalah. Fuhh!

Indah kan angan-angan tu?

Tapi betul ke itu maksud sebenar financial freedom yang kita cari selama ini?

Untuk capai level macam dalam angan-angan tu, anda mungkin perlu menjadi seorang billionaire atau seorang wife ex-pm!

Jadi, adakah financial freedom ini sesuatu yang mustahil untuk dicapai? Habis tu kenapa ramai je orang bersungguh nak capai financial freedom ni? Takkan diorang mengejar something yang impossible?

Tunggu dulu, mungkin kita perlu memperbetulkan semula definisi financial freedom yang selama ini telah kita salah tanggap!


Jadi apa itu definisi sebenar financial freedom?

Pertama sekali, kita perlu menghapuskan dulu semua tanggapan kita tentang financial freedom seperti dalam angan-angan kita tu. Ingat, yang kita kejar bukan kemewahan yang melampau, tetapi sekadar kecukupan dan kebebasan!

Robert Kiyosaki menyatakan dalam buku beliau, Before You Quit Your Job dan sekali lagi disebut dalam buku Cashflow Quadrant, bahawa financial freedom nyata sekali bercanggahan dengan apa yang kita bayangkan selama ini.

Menurut beliau, financial freedom sebenarnya mampu dicapai oleh semua orang, termasuk mereka yang makan gaji (macam tak percaya kan?). Kita hanya perlu menyusun strategi yang baik dan benar-benar jelas dengan matlamat kita untuk mencapainya.

Jadi, beliau mendefinisikan financial freedom sebagai satu keadaan di mana pendapatan pasif anda sudah menyamai atau melebihi perbelanjaan bulanan anda. Dalam keadaan ini, kita tidak lagi bergantung kepada Earned Income kita, malah Earned Income (pendapatan aktif) tersebut boleh diperuntukkan untuk menambah Passive & Portfolio Income kita. (Rujuk post sebelum ini - Silibus Yang Tertinggal Part 3: The 3 Types of Income untuk lebih jelas).

Mari kita lihat definisi tersebut dalam bentuk gambar seperti di bawah:

Biasanya, pendapatan pasif kita menyumbang cuma sedikit dalam total income


Kebanyakan kita tidak menumpukan kepada pendapatan pasif, sebaliknya banyak berharap kepada pendapatan aktif kita untuk menanggung perbelanjaan bulanan. Jika keadaan ini berlanjutan, bermakna kita masih jauh daripada financial freedom.

Financial Freedom - keadaan di mana passive income sudah menyamai expenses atau lebih


Dalam keadaan financially free, kita sebenarnya mempunyai banyak lebihan masa (dan wang) untuk dilaburkan ke medium atau instrumen yang mempunyai potential growth yang tinggi, tanpa merisaukan tentang perbelanjaan bulanan (yang ditanggung oleh Passive Income).

Apabila kita mencapai tahap ini, kita mempunyai pilihan untuk 'bersara' atau mengurangkan komitmen masa kepada aktiviti yang menghasilkan pendapatan aktif kita (kerja). Jadi projection income kita akan berubah, seperti gambar di bawah:
Masa dan komitmen yang selama ini dihabiskan kepada kerja hakiki kita akan dapat ditumpukan kepada aktiviti yang mempunyai potential growth yang lebih tinggi, atau kita boleh dedicate kan masa kita untuk kerja-kerja charity (atau kedua-duanya sekali!).

Simple kan? Namun jalan untuk membolehkan Passive Income menyamai Expenses itu bukanlah semudah yang disangka, banyak ilmu dan pengalaman yang kita perlukan untuk memastikan risiko yang bakal kita hadapi berada di dalam kawalan.

Apapun, ia telah mengubah tanggapan saya tentang financial freedom dan membuka mata saya bahawa financial freedom bukanlah sesuatu yang mustahil, malah ia cuma first step yang wajib dicapai bagi merealisasikan impian yang lebih besar!


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Investing!

Analisa Teknikal GBPUSD 24/9/18 - Strong Possible Bearish Move Detected!

Pergerakan pair GBPUSD pada minggu lepas agak menegejutkan, setelah membuat bullish rally bermula hari pertama dagangan sehingga sekitar 230 pips hingga hari khamis, tiba-tiba pada hari terakhir dagangan, GBP mula melemah dan membuat penurunan sehingga sekitar 215 pip.

Ianya tidak lain tidak bukan, disebabkan isu Brexit yang kembali memainkan peranan. Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri UK, Theresa May menyatakan bahawa rundingan Brexit sedang dalam keadaan 'standstill' - tiada perubahan positif buat masa ini.

Hasilnya, setelah bermula dengan optimis pada awal minggu lepas, pergerakan bullish mula menunjukan 'exhaustion' dengan free fall pada jumaat lalu. Menariknya, Candle Weekly yang terhasil (anda boleh rujuk di bawah) membentuk Pin Bar / Shooting Star atau juga dikenali sebagai Gravestone Doji (anda boleh google candlestick pattern untuk maklumat lanjut).


Candle Weekly membentuk Shooting Star


Beralih ke Timeframe Daily, anda dapat lihat Candle yang terbentuk pada Jumaat lalu hampir menjadi Marubozu Candle, cuma ia tidak solid kerana masih ada sedikit shadow di atas dan bawah. Tetapi 3 point penting yang anda dapat simpulkan daripada Daily Candle tersebut adalah:

1. Open Price lower daripada close price previous candle
2. High Price gagal mengatasi Higher price di previous candle
3. Close Price jauh di bawah Open Price previous candle

Anda boleh rujuk  gambar di bawah:

Daily Candle hampir menjadi Marubozu Candle


Di Timeframe H4 pula kita dapat lihat current bullish trend seakan berakhir dengan Lower Low (LL) yang baru, lebih rendah daripada Higher Low (HL) sebelumnya, seperti menunjukkan price bersedia untuk berubah trend.


New LL terbentuk di Timeframe H4


Saya cenderung untuk mengambil risiko short pair ini, di level QM seperti gambar di bawah, dengan stoploss yang munasabah, sekitar 10-20 pips daripada previous high (HH). Risk Reward Ratio (RRR) nya juga agak menarik, sekitar 1:3 ke 1:5 bergantung kepada  Price Action di significant level seperti yang ditandakan di bawah.


RRR sekitar 1:3 hingga 1:5


Namun begitu, jika anda merasakan penurunan tempohari cuma satu correction move yang akan melonjakkan pair ini lebih tinggi, berikut adalah trade idea yang sesuai bagi anda:


Trade Idea bagi yang masih berpegang dengan bullish sentiment pada par ini


Namun begitu, RRR bagi entry ini tidak cukup menarik, sekitar 1:1 hingga 1:4, bergantung kepada level entry pilihan anda.

Apapun pilihan anda, pastikan anda mengawal risiko dengan sebaiknya. Oh ya, harus diingatkan juga, minggu ini terdapat banyak news 'merah' menanti pair ini sepanjang minggu, melibatkan GBP dan USD. Lihat saja kalendar daripada forex factory di bawah, berderet-deret news merah menanti!


News USD dijangkakan bakal memberi impak yang kuat pada minggu ini


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini. TAYOR!


Til then, Happy Trading!

Silibus Yang Tertinggal Part 4 : The Financial Pyramid


Post ini bukanlah tentang skim-skim piramid atau skim ponzi yang selalu anda dengar, yang selalu memperdayakan orang Melayu di Malaysia ni. Ia bukan juga tentang skim cepat kaya yang setiap hari mencari mangsa.

Jadi, apa itu Financial Pyramid?

Ia adalah piramid kewangan yang menggambarkan komposisi kewangan yang anda patut rancang sekiranya anda mengimpikan untuk mencapai kebebasan kewangan dalam hidup.

Kebanyakan daripada kita tidak tahu merancang gaji yang kita dapat dengan sebaiknya. Jadi, Financial Pyramid ini dilakarkan oleh pakar-pakar kewangan peribadi yang diterimapakai di seluruh dunia sebagai rujukan untuk kita menyediakan personal finance yang kukuh.

Mari kita lihat gambaran Financial Pyramid ini:

Jadi inilah gambaran Personal Financial Pyramid yang sepatutnya menjadi rujukan kita untuk merancang kestabilan kewangan, selangkah sebelum mengecapi Financial Freedom.

Untuk membina Piramid Kewangan yang kukuh ini, kita perlu memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulanan kita mengikut komposisi yang sesuai.


Mari kita teliti satu persatu key features dalam Financial Pyramid ini:

1. Asas Pertama: Protection - Perlindungan yang mencukupi.

Seharusnya kita perlu menyediakan perlindungan yang cukup bagi menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup yang mungkin tidak menyebelahi kita. Bahasa mudahnya, kita perlu menyediakan plan takaful / insurans (bagi non-muslim) sebagai instrumen kewangan yang boleh menggantikan gaji tetap kita sekiranya apa-apa yang buruk berlaku kepada kita (kemalangan / hilang upaya / kematian).

Perlindungan ini perlu memadai untuk menanggung beban kewangan yang bakal kita tinggalkan sekiranya kita hilang kemampuan untuk bekerja. Jika kita sudah berkeluarga, maka kita perlu mengambilkira tanggungan kita seperti nafkah isteri, anak-anak atau ibu bapa yang memerlukan.

Ia mungkin kedengaran agak cliche, tetapi hakikatnya, hidup kita akan berakhir dengan kematian, cuma masa yang akan menentukan bila ajal kita akan tiba. Jadi apa yang akan berlaku kepada tanggungan yang bakal kita tinggalkan?

Berita baiknya adalah kita hanya perlu memperuntukkan sebahagian kecil daripada gaji bulanan untuk menyediakan tabung Protection yang besar (mungkin kerana persaingan kompetetif daripada syarikat-syarikat yang menawarkan Takaful / Insurans).

Sebagai contoh, saya berusia 30 tahun dan ingin menyediakan tabung Protection sejumlah RM 1,000,000 sebagai pengganti kepada gaji saya sekiranya saya menghidapi sakit kritikal, hilang upaya atau meninggal dunia. Rata-rata plan yang saya survey cuma memerlukan kurang daripada RM300 sebulan bagi melayakkan saya memperoleh RM 1,000,000! Murah kan? Lagipun, memikirkan nasib isteri dan anak-anak yang akan saya tinggalkan jika saya tiada, apalah sangat nilai RM300 sebulan tu. Malahan mungkin saya akan menghabiskan RM300 tersebut kepada hiburan atau perkara seumpamanya!

(Nota: saya bukan ejen takaful, cuma sekadar berkongsi kesedaran yang mungkin ramai sudah tahu, tapi tidak sedar)


2. Asas Kedua: Simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

Kenapa kena simpan 6 bulan gaji? Jika anda tanyakan kepada rakan-rakan yang pernah mengalami kehilangan pekerjaan secara mengejut, mereka pasti akan cakap,

"Rugi betul aku tak simpan duit dulu. Dapat gaji asyik joli, habiskan je setiap bulan.."

Duit simpanan ini juga bertindak sebagai tabung kecemasan sekiranya berlaku apa-apa musibah kewangan yang tidak kita ingini, samaada kecil ataupun besar, seperti tayar kereta pecah, kehilangan kerja atau seumpamanya.

Risk Exposure bagi setiap element dalam Financial Pyramid


3. Asas Ketiga: Pelaburan jangka panjang yang berisiko rendah.

Contoh yang sesuai untuk pelaburan jenis ini adalah Unit Amanah, ASB Financing dan pelaburan hartanah bagi tujuan sewaan.

Lazimnya pelaburan jenis ini tidak memerlukan komitmen masa dan fokus yang banyak. Malah, oleh kerana dikategorikan sebagai Long Term and Low Risk Investment, agak mudah untuk kita mencari ejen yang boleh membantu kita merancang pelaburan sebegini. Dan seperti juga namanya, hasil yang bakal kita perolehi juga akan memakan masa 5 tahun ke atas. Namun ia tetap berbaloi sebagai Portfolio Income seperti yang telah dikongsi dalam post ini.


4. Puncak Piramid: Pelaburan Spekulatif berisiko tinggi

Antara jenis-jenis pelaburan yang berada dalam kategori ini adalah seperti:

1. Stock Market (Pelaburan Saham terus ke Bursa)
2. Currency Market (Forex)
3. Future Derivatives (FCPO/Crude Oil/Soy)
4. Pelaburan hartanah bagi tujuan Capital Gain / Flipping.

Pelaburan jenis ini sememangnya memerlukan ilmu yang khusus, kerana seperti yang anda juga tahu, ia berisiko tinggi tapi pada masa yang sama mampu memberikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Malah, kebanyakan kenalan saya yang telah mencapai Financial Freedom menumpukan kepada pelaburan spekulatif seperti ini.

Namun, di sebalik kejayaan yang mereka kecapi pada hari ini, terdapat pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa mereka tempuhi sepanjang perjalanan mencapai Financial Freedom. Namun yang pasti, mereka merancang Piramid Kewangan mereka dengan baik dan kukuh serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan musibah kewangan.

Tunggu dulu, adakah anda mempunyai definisi yang sama dengan mereka tentang Financial Freedom? InsyaAllah jika berkesempatan saya akan kupaskan tentang Financial Freedom dalam Siri Silibus Yang Tertinggal pada post akan datang.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Trading!

Tragedi Black Swan : Apa Yang Dapat Kita Pelajari? - Part 2: The Hidden Secret

Dalam post terdahulu, kita telah mengimbas kembali kisah tragedi The Black Swan Day yang menimpa pasaran matawang dunia melibatkan currency Swiss Franc. (Anda boleh baca di sini). Kita juga dapat pin-point kan beberapa pengajaran yang boleh diambil ekoran tragedi tersebut, mengambilkira ketidaktentuan pasaran matawang dunia dan monetary policy sesebuah negara yang boleh berubah dengan hanya satu announcement.

Jadi seperti yang dijanjikan, dalam post ini, saya akan kongsikan The Hidden Secret yang sebenarnya adalah sejarah yang berulang-ulang, seperti juga graf currency yang anda tatap setiap hari tu!

Ada 2 perkara yang akan disentuh dalam post ini,

1. Sejarah 4 tahun Swiss Franc
2. The Black Swan Day dari sudut teknikal

Jadi sudahkah anda bersedia? Let's go.


Sejarah 4 Tahun Matawang Swiss Franc

Tidak pasti samaada ia adalah satu kebetulan ataupun tidak, sebelum Black Swan Day pada 15 Januari 2015, sebenarnya matawang Swiss Franc (CHF) telahpun mengalami situasi yang lebih kurang pada kira-kira 4 tahun sebelum itu.

Apa yang berlaku?

Pada tarikh 6 September 2011, SNB telah mengumumkan jumlah Foreign Currency Reserve yang mereka simpan dalam matawang asing. Jumlah tersebut (253 Bilion) ternyata jauh lebih banyak berbanding nilai yang dinyatakan pada bulan Ogos 2011 (182 Billion) dan langsung menjangkaui forecast yang diramalkan oleh kebanyakan penganalisis matawang dunia.



Highlight: SNB menambah Rezab Matawang Asing mereka dengan drastik


Seperti yang kita sedia maklum, Switzerland merupakan safe haven kepada ramai billionaire dunia dan juga antara currency reserve utama kebanyakan negara selain US Dollar. Ia berikutan privacy policy mereka yang ketat dan lebih protective kepada pelabur-pelabur mereka.

Namun apa yang berlaku ketika itu adalah, SNB menambahkan nilai rezab wang asing mereka kerana bimbang matawang CHF terlalu overvalued yang secara langsung akan merencatkan perkembangan industri eksport mereka. Jika anda rujuk pada gambar di bawah, anda dapat lihat betapa currency CHF sangat kuat berbanding USD sebelum pengumuman Rezab Matawang Asing oleh SNB.


CHF sangat kuat berbanding USD sebelum Pengumuman SNB


Apa impaknya pada pasaran matawang dunia?

Dengan SNB menambah nilai rezab matawang asing mereka, ia menandakan mereka sendiri bimbang akan the overvaluation of CHF, dan lebih rela melemahkan matawang mereka. Ia memberi petanda bahawa matawang CHF tidak berada pada paras yang sepatutnya.

Sejurus selepas pengumuman tersebut, USDCHF melonjak 770 pips tanpa menoleh ke belakang seperti yang nada boleh lihat pada graf di bawah:



Selepas SNB: USDCHF +770 pips


Walaupun impaknya tidak sehebat Black Swan Day, tetapi ia tetap dianggap sebagai 'suprise' oleh kebanyakan penganalisis matawang global. Malah, ia juga disebabkan oleh event yang sama - pengumuman oleh SNB!

Persoalan yang menarik di sini adalah: Adakah ia akan berlaku lagi 4 tahun selepas Black Swan Day (dalam tahun 2019)? Sama-sama kita saksikan nanti.


Black Swan Day dari Sudut Teknikal

(Nota: Jika anda memahami konsep supply and demand serta support and resistance dalam forex trading, anda pasti dengan mudah dapat menghadam maksud yang akan diterangkan di bawah)

Sebenarnya jika melihat dari sudut teknikal, Black Swan Day bukanlah satu pergerakan graf yang mustahil. Sebenarnya ada beberapa  'technical signal' yang sudah pun membayangkan pergerakan gila tersebut!

Apa signal tersebut? Lihat Graf di bawah:



1. USDCHF sedang berada pada paras Support Become Resistance (SBR) pada Weekly Chart
2. USDCHF sedang membuat compression move untuk mencari liquidity pada Weekly Chart
3. Price berada dalam Fakeout Zone - hit SL kebanyakan SNR Trader

Dan pergerakan gila ini juga telah diberikan petanda awal oleh pair EURCHF seperti di bawah:



Namun apa yang berlaku di EURCHF adalah sedikit berbeza, tetapi ia tetap membayangkan a big breakout will happen - melalui sideway movement dalam range yang sangat kecil untuk tempoh yang lama. Bagi yang belum biasa dengan teknik breakout trading, ada 2 teori asas iaitu:

1. Lebih kecil sideway range, lebih besar breakout movement yang bakal berlaku.
2. Lebih lama market membuat sideway, lebih jauh price akan pergi.

So, it make sense kan?


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Trading!


Billion Dollar Whale - Jho Low Perompak Utama Harta Rakyat Malaysia.

Salam,

Pada Julai 2016 saya ada menulis artikel terperinci mengenai si #Cina Jho Low yang mencuri harta rakyat Malaysia secara diam2 dan menghabiskan duit Rakyat dengan berjudi kasino.

http://www.piphijau.com/2016/07/kisah-jho-low-riza-aziz-leornado-di.html?m=1

Pada waktu tersebut,artikel itu diterjemah dari B.I ke B.M dan dishare oleh ramai sahabat2 netizen. Ada yang terperanjat ,ada juga yang masih tak percaya.

Hari ini,saya kongsikan #Bedah #Buku #BillionDollarWhale .

Buku Top Seller edisi bahasa Inggeris.Bagi yang masih tertanya2 kenapa buku ini sangat penting buat rakyat Malaysia tahu.Pendedahan yang di buat penulis amat memeranjatkan dan terperinci.

Semoga tulisan sahabat kita dalam bahasa Melayu ,membuka minda masyarakat,selama ini duit kita rakyat Malaysia digunakan secara batil oleh makhluk bernama #JhoLow .

Artikel FB ini ditulis secara sinopsis ringkas dan mudah Faham.

Buku ini menjadi #BestSeller di semua kedai-kedai buku.Buat masa ini masih belum keluar edisi bahasa Melayu.


Billion Dollar Whale: A Summary

Kredit to: Izzuddin Yussof

Kalau ada sesiapa yang anggap buku ni satu novel penyiasatan dan tak nak kena spoil, jangan teruskan bacaan. Banyak spoiler dalam ni.

Disclaimer: segala tulisan lepas ni hanyalah daripada hasil bacaan daripada buku ni. Kalau ada benda salah, maka buku tu lah yang salah 😁

Info paling penting untuk diketahui dari buku ni, adalah Conspirator utama di dalam isu 1MDB ni adalah Low Taek Jho, yang kerap kali dipanggil sebagai Jho Low, bukan DS Najib

Sebagai permulaan, kes penipuan besar Jho Low yang pertama bukan ke atas 1MDB. Tetapi ke atas Taib Mahmud, di mana dia jual syarikat construction sampah yang dibelinya kepada syarikat Taib Mahmud dengan harga mahal, memberikan dia keuntungan besar pertama bernilai USD110 juta

Ramai tahu 1MDB asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA), cuma yang aku tak tau rupanya kewujudan TIA pun pada asalnya adalah idea Jho Low (mengikut buku ni)

Jho Low sangat berminat dengan sovereign wealth fund seperti al-mubadala (UAE), dan Jho Low pernah cuba untuk ambil kesempatan ke atas Khazanah Nasional dengan menjadi dealmaker untuk pelaburan dari Saudi, tapi tak berjaya.


Jadi sebab tu dia cadangkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang juga merupakan Yang Dipertuan Agong masa tu, untuk tubuhkan state wealth fund bagi Terengganu. Dia kemudian cadangkan untuk TIA mengeluarkan bon bernilai RM5 billion, dengan menggunakan hasil minyak Terengganu sebagai cagaran

Tetapi Sultan kemudian perasan ada benda tak kena. Baginda merancang untuk menutup TIA.

Dari situlah Jho Low mula mempergunakan DS Najib melalui Riza Aziz. Jho Low jadikan Najib bersetuju untuk mengambil alih TIA bawah kerajaan persekutuan dan tukar namanya kepada 1MDB. Inilah permulaan Jho Low menuju ke arah billionaire.

Mengikut buku ni, yang mengawal 1MDB sebenar-benarnya adalah Jho Low, walaupun dia tidak ada sebarang jawatan rasmi di dalam 1MDB. In fact dalam semua aktiviti dia mencuri duit 1MDB, dia sangat berhati-hati daripada menjadikan nama dia mempunyai kaitan secara rasmi.


Jadi akhirnya berapa banyak wang yang Jho Low dikatakan curi daripada 1MDB?

USD700 juta daripada USD1 billion JV antara PetroSaudi dan 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Good Star Ltd.

USD800 juta yang sepatutnya turut dilaburkan atas nama pelaburan JV dengan PetroSaudi. Tak jumpa duit ni masuk ke akaun mana.

USD576 juta daripada terbitan bon USD1.75 billion pertama yang dijamin IPIC masuk ke akaun Aabar Investments Ltd

USD790.3 juta daripada terbitan bon USD1.75 billion kedua yang dijamin IPIC juga masuk ke akaun Aabar Investments Ltd

USD1.2 billion daripada terbitan bon sebanyak USD3 billion yang dibuat untuk PRU13 (mengikut buku ni) dan dijamin oleh kerajaan Malaysia. Secara rasminya, duit ini kononnya untuk pelaburan dalam Tun Razak Exchange. Duit ni masuk ke akaun Tanore.

USD1 billion melalui SRC International yang kurang perincian dalam buku ni

Jadi overall ianya berjumlah paling kurang USD5 billion

(ini dikumpulan dalam tengah-tengah buku ni. Cuma lepas-lepas tu rasa macam ada lagi. Tapi semasa tulis tulisan ni dah tak jumpa dah)

Yang mana daripada semua itu,

Sebanyak USD681 juta masuk ke akaun peribadi DS Najib, yang kemudian sebanyak USD620 juta dipulangkan semula kepada Tanore. Duit ini dikatakan digunakan untuk kempen PRU13

Tidak ada dalam buku ini tertulis berkaitan USD375 juta yang ditunjuk oleh DS Najib berkaitan derma oleh Putera Saud Abdulaziz.

Tapi yang menarik dalam surat tu tertulis duit tu boleh datang daripada syarikat milik putera tersebut bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd.

Kalau mengikut buku ni, Blackstone Asia Real Estate Partners ni bukanlah milik keluarga saudi. Tetapi adalah milik 'Fat Eric'. Kawan Jho Low yang menjadi proksi utama untuk kebanyakan syarikat yang dikawal Jho Low.

Dah kenapa kan putera saudi nak mengaku offshore shell company milik Fat Eric (Eric Tan) sebagai syarikat miliknya. Malahan baru-baru ni The Edge keluarkan laporan mengatakan tandatangan di dalam dokumen DS Najib tersebut bukanlah tandatangan milik Putera Abdulaziz

https://www.nst.com.my/node/412138/amp

Jadi siapa watak penting dalam semua drama 1MDB yang memang berkomplot dengan Jho Low?

Orang bawah Jho Low:
Fat Eric - proxy utama
Jasmine Loo - legal counsel 1MDB
Seet Li Lin - Jho Low's financial detail

Petro Saudi:
Tarek Obaid, CEO of PetroSaudi
Patrick Mahony, CIO of PetroSaudi
Ambassador Otaiba, UAE US Ambassador

IPIC:
Khadem Al-Qubaisi, IPIC MD and Aabar Chairman
Mohamed Badawy Al-Husseiny, Aabar CEO

Banker:
Timothy Leissner, Chairman Goldman Sachs for Southeast Asia (awal2nya dia sekadar banker di Goldman)
Yeo Jiawei, BSI wealth management banker
Yak Yew Chee, BSI chief relationship for 1MDB and Jho Low
Joanna Yu, AmBank banker handling secret DS Najib's account

Dan soalan yang ramai berminat, adakah DS Najib terlibat dalam mencuri duit 1MDB secara langsung?

Jawapannya tak jelas, samada DS Najib dipergunakan atau memang dia terlibat secara langsung, ianya tak jelas, tapi ada beberapa benda yang jelas diceritakan dalam buku ni

1) DS Najib yang memberi kuasa untuk Jho Low kawal 1MDB dari belakang

2) DS Najib dan keluarganya memang ada banyak terima 'hadiah' daripada Jho Low, termasuklah rumah-rumah di London untuk Riza Aziz dan batu berlian permata untuk Rosmah, termasuk berlian pink berharga USD27.3 juta, antara yang termahal di dunia

3) DS Najib memang ada minta duit dari Jho Low untuk kempen politik, tak kiralah semasa pilihanraya Sarawak 2011 atau PRU 2013

4) Najib memang ada cuba melindungi Jho Low

Again, ini berdasarkan buku ni.

Lastly, senarai individu/entiti yang cukup bijak untuk tak ditipu dan mengelak daripada dipergunakan oleh Jho Low / 1MDB

Khazanah Nasional
Sultan Mizan Zainal Abidin
Mohammed Bakke Salleh, chairman BOD 1MDB pertama
Jordan Belfort, sebab dia pun scammer, dia tau bezakan scammer dengan tak haha
David Ryan, Goldman Sachs Asia President
Lazard, US Investment Bank

Sekian


Boleh cari buku ni di Kinokuniya, Popular dan MPH. Kalau yang dah baca soft copy pun sila beli nanti

P/S: tulisan lama summary daripada hasil bacaan terperinci Laporan Audit 1MDB oleh Jabatan Akauntan Negara:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=10211672985361846&id=1283441894

P/SS: Putera Saudi itu ada ramai. Dan mereka juga bersaing antara satu sama lain. Seorang putera tak semestinya mewakili negara Saudi. Lihat sajalah 2017 Saudi Arabian Purge tahun lepas, berapa ramai putera kena tangkap. Salah seorangnya, Putera Turki, adalah yang bersama dalam gambar yang ada DS Najib, Rosmah dan Jho Low di atas kapal mewah

Tragedi Black Swan: Apa Yang Dapat Kita Pelajari?

Pada tanggal 15 Januari 2015, pasaran matawang dunia dikejutkan dengan 'mega move' yang berlaku pada pair berkaitan Swiss Franc (CHF). Kebanyakan cross pair CHF (XXXCHF, CHFXXX) membuat terjunan / terbang beribu-ribu pips, dan peristiwa ini dipahat dalam sejarah forex sebagai 'The Black Swan'.


Apa Sebenarnya yang Berlaku?

Pada hari tersebut, satu pengumuman mengejut dibuat oleh Lembaga Pengerusi Swiss National Bank SNB), Thomas Jordan dan pengumuman tersebut hanya diletakkan di dalam kalendar forex (seperti forex factory) 107 minit sebelum ia dibuat. Kebiasaannya, pengumuman / kenyataan yang melibatkan monetary policy sesebuah negara ini diadakan secara berkala setiap bulan atau suku tahun. Namun berbeza bagi pengumuman kali ini, ia dilakukan secara mengejut oleh Thomas.






















Highlight: Pengumuman ini hanya dijadualkan berlaku 107 minit sebelum itu


Mari kita rewind sikit apa yang terjadi sebelum pengumuman itu:

1. SNB meletakkan cap pada matawang Euro, (macam Tun M fix kan RM to USD @3.800 masa krisis ekonomi Asia 1998).

2. Memandangkan Switzerland juga adalah sebahagian daripada negara yang bernaung di bawah European Union (EU), ia adalah langkah yang baik bagi mengawal kemerosotan ekonomi yang sedang berlaku di negara-negara EU.

3. Dengan data-data ekonomi yang dikeluarkan dari negara-negara Europe berterusan tidak memberangsangkan, ia mengakibatkan matawang EU mengalami kejatuhan yang teruk berbanding USD.

4.. Kejatuhan tersebut terlalu meruncing dan mengakibatkan matawang Swiss Franc turut lemah berbanding USD dan matawang yang lain.

Ekoran daripada data-data ekonomi yang tidak menyebelahi EU ini, SNB melalui Board Chairman nya, Thomas Jordan memutuskan untuk melupuskan cap pada matawang EU. Alasan mereka mudah, mereka tidak mahu turut terjebak dalam kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negara-negara EU seperti Greece, Jerman dan Sepanyol. Dengan bahasa mudah, they just dont want the EU to drag them down. SNB percaya matawang mereka sedang undervalued hanya kerana cap yang diletakkan pada matawang Euro.



Sepanjang 2014, CHF lemah berbanding USD kerana terikat dengan matawang Euro


Apa yang berlaku selepas pengumuman tersebut?


Bagi traders yang menyaksikan peristiwa Black Swan ini, mereka pasti takkan dapat lupakan bagaimana pair-pair seperti USDCHF, EURCHF, AUDCHF dan GBPCHF membuat terjunan tiruk beribu-ribu pips, manakala CHFJPY terbang tinggi tanpa tinggal jejak.

Peristiwa ini juga mengakibatkan broker yang popular pada waktu tersebut, Alpari UK menjadi bankrup, manakala broker-broker besar seperti FCXM (dapat bantuan bailout daripada Leucadia National sebanyak 300juta USD), FXTM dan IG Market (sekadar yang ingat) mengalami kerugian bernilai jutaan USD.





Pair EURCHF dan USDCHF membuat terjunan +-2000 pips sejurus selepas pengumuman tersebut


Apa yang boleh kita pelajari daripada peristiwa Black Swan ini?

1. Bagi traders yang selalu tidak meletakkan stoploss pada entry, anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum membiarkan entry tersebut 'bogel'.

2. Ia mengingatkan kita kembali betapa forex ini sebenarnya sangat high risk, ia adalah perdagangan matawang yang melibatkan transaksi 4 trilion USD setiap hari, dan kita cuma kapal kecil yang bermain-main di tepian pantai.

3. Dalam keadaan sebegini, stoploss anda mungkin tidak akan triggered oleh broker dan menyebabkan anda kehilangan semua modal (MC). Mungkin sebenarnya anda tidak perlu menggunakan modal yang besar dalam akaun. Hanya depo amount yang anda sanggup loss!

4. Entry ikut trend tidak semestinya selamat, lihat saja USDCHF sebelum Black Swan - konsisten uptrend! (Kawan saya baru belajar trade pada hari tersebut, dan entry UCHF kerana ikut nasihat saya - ikut trend. Malang sekali, first day entry real account dah kena bomb dengan Black Swan! Sorry bro..)

5. Berhati-hati dengan unscheduled news dan juga tentative news, impaknya lebih bisa dan lama berbanding data-oriented news!


Cukup setakat itu ibrah bagi kisah hitam ini. Jika anda ada pendapat yang hendak ditambah, anda boleh tuliskan di ruang komen untuk kita sama-sama belajar.

Oh ya, ada hidden secret di sebalik peristiwa Black Swan ini, insyaAllah jika berkesempatan akan saya kongsikan dalam post akan datang.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!

Analisa GBP 6/9/18 - Barnier Yakin Perjanjian Brexit Bakal Dimeterai

Satu jam selepas permulaan sesi dagangan US semalam (8.00pm waktu Malaysia), matawang Pound tiba-tiba menguat, sekaligus melonjak mengatasi semua matawang lain. Major pair GBPUSD mengalami lonjakan sehingga 120 pips dalam tempoh lima minit, manakala cross pair GBP seperti GBPJPY, GBPAUD dan GBPCAD melonjak sehingga 200 pips.




Ia berlaku berikutan kenyataan Ketua Perunding EU, Michael Barnier yang amat yakin bahawa perjanjian Brexit antara Kesatuan Eropah dan UK bakal direalisasikan. Bloomberg turut melaporkan bahawa kerajaan British dan Jerman bersetuju untuk mengenepikan 'key brexit demands' yang selama ini melambatkan proses perjanjian tersebut. Kenyataan itu sekaligus memberikan gambaran bahawa the key players dalam perjanjian Brexit ini benar-benar bersungguh untuk memastikan perjanjian tersebut dimeterai

Walaubagaimanapun, rata-rata penganalisis pasaran matawang global berpendapat bahawa situasi ini  membuatkan matawang Pound sangat fragile, kerana perkara yang sama juga telah berlaku dalam sesi dagangan yang sama pada minggu lepas (29/9/18). 'Roller-coaster Ride' ini mampu membuatkan pasaran tidak mahu mengambil risiko dengan ketidakstabilan GBP dan secara langsung akan melemahkan ia kembali.

Ia juga diterjemahkan dalam chart yang anda boleh rujuk di bawah, di mana price pada semua pair GBP telah pun retrace sekurang-kurangnya 50% daripada kenaikan semalam.


GBPUSD turun 50%


GBPJPY sudah turun lebih 60%


GBPAUD turun lebih 70% dan naik semula


Ketidakstabilan ini tidak mustahil akan menyaksikan pair GBP bakal menggila lagi seperti pada Brexit Day pada tanggal 29 Mei 2017 yang lalu. Pendapat peribadi saya, no trade on GBP sehingga ia kembali stabil selepas semua rundingan dan perjanjian selesai dimeterai. Sayangi modal anda!


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!

Trade News: Berbaloi atau Tidak?

Sepanjang minggu ini banyak news berimpak tinggi yang bakal memberi kesan kepada sentimen pasaran matawang. Anda boleh lihat sendiri di forex factory.com, berderet-deret news 'merah' menanti sepanjang awal bulan ini. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk lihat senarai news tersebut.


sumber : forexfactory.com

Ramai trader yang mengambil peluang untuk trade news ini dengan cara masing-masing. Antara strategi yang gemar dilakukan adalah pending order buy stop dan sell stop di atas dan bawah current price, sambil mengharapkan price akan terbang atau terjun sekali jalan, dengan TP minimum sekitar 15 - 20 pips. Kadangkala ia memang menjadi, dan membuat kita tersenyum lebar. Mana taknya, hanya trade beberapa minit, kita mampu mendapatkan keuntungan  yang berbaloi (buka lot gajah la tu).

Namun kadang-kadang impak news tidak seperti yang diharapkan seperti:

1. Spread yang membesar tiba-tiba
2. Slippage / order tak trigger
3. Kena libas atas bawah - makan SL dulu baru price jalan.
4. Market dah 'price in' sebelum news berlaku - biasanya sebab leaked news atau pre-sentiment


Jadi persoalan yang dibangkitkan adalah: Berbaloi ke tidak nak trade news ni? Ataupun kita langsung tidak perlu ambil tahu tentang data-data tersebut?

Yang pastinya, adalah tidak wajar untuk kita mengenepikan terus sentimen yang wujud daripada analisa fundamental setiap matawang, kerana ia adalah rujukan utama yang dilihat oleh big players  dalam industri ini. Malah setiap major bank sendiri mempunyai penganalisa khas untuk melihat gambaran kasar sentimen yang bakal berlaku kepada setiap matawang secara fundamental.

Apa yang pasti, semua trader di dunia menantikan sentimen yang bakal terjadi kepada data-data atau statement yang dikeluarkan daripada setiap news, dan membuat analisa berdasarkan technical understanding masing-masing. Bezanya adalah, mereka tidak terburu-buru untuk entry semasa news ataupun membuat 'perangkap' stop orders seperti di atas, tetapi mereka melihat kepada price action pada paras-paras tertentu untuk confirmkan analisa yang telah dibuat.

Maka soalan yang perlu anda tanya pada diri sendiri adalah: adakah anda sedang berjudi atau anda betul-betul sedang trade mengikut trading plan yang telah anda sendiri tetapkan?

Tepuk dada, tanya selera!


"I don't wanna price it high and chases the market, I would rather price it right and let the market chase us" - Andrew Walker, BBC World Service Economic Respondence.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Trading!

Analisa AUDUSD 4/9/18 - AUDUSD Terperangkap di Paras Terendah Sejak Disember 2016

Menjelang pengumuman kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) jam 12.30 tengahari nanti (04.30 GMT), major pair AUDUSD masih berada di bawah phsycological level 0.72000, menghampiri lowest level yang dicatat pada Disember 2016.

Setelah bebearapa minggu berada dalam keadaan sideway, akhirnya pair ini menjunam dan membuat breakout pada 10 Ogos yang lalu, menandakan sentimen pasaran yang masih dovish terhadap pair ini (rujuk gambar di bawah)



Dengan beberapa Key Event lagi yang berlaku minggu ini, iaitu data GDP Australia pada esok hari (Rabu), serta Australian Trade Balance pada pagi Khamis, pair ini dijangkakan akan menerima impak langsung daripada data-data tersebut.


Melihat dari sudut teknikal, pair ini masih berada dalam bearish channel pada Daily Timeframe seperti yang anda boleh lihat di bawah:




Namun begitu, seperti yang disebut di atas, ia berada berhampiran dengan paras support pada Disember 2016, yang telah memulakan bullish momentum bagi pair ini yang berakhir pada Januari tahun ini.

Key events yang akan berlaku sepanjang minggu ini bakal menyaksikan major pair ini membuat keputusan samada untuk terus menembusi paras support tersebut, ataupun membuat reversal ke arah resistance seterusnya di sekitar paras 0.73800.

Apapun trade yang bakal anda lakukan, pastikan risikonya anda mampu terima sebelum mengira keuntungan yang belum pasti!


Semoga anda belajar sesuatu daripada entry ini.

Til then, Happy Trading!

XAU/USD - 3 Sept 2018, Isnin (Kacamata Nakhoda)


Kacamata Nakhoda
Avatar

Nakhoda AndiQa

Bangsar, KL

fuadpiphijau@gmail.com

+6010 6543 769


Skills

OrderFlow Analysis

90%

Technical Analysis

80%

Asset Management

75%

Expert Advisor

50%

Languages

Bahasa Melayu

English



Radar Pasaran

Nakhoda mencadangkan para pedagang untuk :


SELL
pada kawasan harga 1200.33

| SL pada 1206.00 | TP pada 1193.00 |


[Quick Sentiment]

'Quick Sentiment' mengeluarkan 'signal' SELL.


[Current Ratio]

'Current Ratio' mencatatkan jumlah peratusan "pembeli" melebihi "penjual".


[Order Book Oanda]

'Order Book Oanda' menunjukkan jumlah 'Stop Order' yang besar pada kawasan harga 1193.


Tawaran

Ukhwah Silaturahim
Forever

Anak Kapal Bahtera | S.A.H.A.B.A.T. Nakhoda


Find me on social media.

Analisa USDCAD 3/9/18 - Perjanjian NAFTA antara US dan Kanada Bakal Menjadi Penentu

Sentimen pada pair USDCAD kini dipengaruhi oleh North America Free Trade Agreement (NAFTA) yang diketuai oleh Presiden US sendiri, Donald Trump dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. Rata-rata penganalisis menjangkakan perjanjian itu bakal dimeterai, namun pada minggu lepas beberapa ketidaksefahaman di dalam terma perjanjian tersebut telah membuatkan ia kelihatan samar-samar.

Menteri Luar Negeri Kanada, Chrystia Freeland menyatakan bahawa perjanjian tersebut hanya akan dimeterai jika ia berpihak kepada Kanada, manakala Trump tetap tegas bahawa perjanjian NAFTA akan dilakukan dengan terma-terma yang diletakkan oleh US. Keliru bukan?

Yang pastinya, jika NAFTA ini dimeterai, kedudukan matawang CAD akan lebih mengukuh berbanding USD.

Antara key risk event lain yang akan mempengaruhi pair ini adalah Interest Rate Decision oleh Bank of Canada (BOC) pada Rabu ini (5/9/2018) yang dijangkakan akan mengekalkan kadar faedahnya dan hanya berkemungkinan untuk dinaikkan pada bulan Oktober.

Mari kita beralih kepada analisa teknikal pada pair ini.

Secara amnya, pair ini masih berada dalam Bullish Channel pada Weekly Chart, walaupun ia sedang membuat pergerakan di dalam Bear Channel pada Daily Timeframe. Anda boleh rujuk gambar di bawah:



Namun begitu, candlestick pin bar weekly pada minggu lepas memberikan petanda yang pair ini berkemungkinan akan membuat reversal.



Berikut adalah paras support dan resistance yang terdekat bagi pair ini pada Timeframe H4:


Paras Resistance: 1.31000, 1.31700
Paras Support: 1.29910, 1.29000

Pair ini dijangkakan akan berada dalam keadaan sideway sehinggalah key events seperti yang dinyatakan di atas berlaku, termasuklah news NFP pada hujung minggu ini.


Semoga belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!

Analisa EURUSD 3/9/18 - Hati-hati dengan News Minggu ini!

Setelah 10 hari major pair EURUSD membuat bullish rally, dalam dua hari dagangan terakhir minggu lepas, pair ini telah menampakkan 'kepenatan' mendaki. Ia juga gagal menembusi significant resistance pada paras 1.17400 dan terus menjunam sehingga lebih kurang 140 pip daripada level tersebut.

Menariknya, candlestick yang terbentuk pada minggu lepas merupakan bearish pin bar, menandakan sentimen pasaran yang masih belum bersedia untuk long pair ini dalam jangka masa panjang.




Berikut adalah paras support dan resistance yang signifikan bagi pair ini:



Paras Resistance : 1.17450, 1.18460
Paras Support : 1.15380, 1.14410


Dalam minggu ini juga akan ada beberapa important news bagi currency USD termasuk NFP yang ditunggu-tunggu setiap awal bulan. Jadi anda perlu lebih berhati-hati dan hanya risikokan modal yang anda mampu terima.


Semoga anda belajar sesuatu daripada entry ini.

Til then, Happy Trading!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :