Skip to main content

Analisa Teknikal EURGBP 8/10/2018 - Rundingan Brexit Beri Kelebihan Pada Pound

Dalam sesi dagangan pada minggu lepas, pair EURGBP telah membuat penurunan sekitar 140 pips tanpa correction. Seperti yang kita tahu, range bagi pair ini agak kecil, kerana kedua-duan matawang ini 'berkawan' rapat dari segi ekonomi dan politik. Namun, sejak UK memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, pair ini agak volatile dan sensitif, lebih-lebih lagi dengan sebarang rumors berkenaan rundingan Brexit.

Tambahan pula, pada minggu lepas, Perdana Menteri Ireland, Varadkar menggesa Theresa May (PM UK) untuk mempercepatkan perancangan tentang sempadan Ireland bagi rundingan Brexit. Kenyataan ini disokong pula oleh peningkatan data-data ekonomi di UK, seperti kenaikan KDNK kepada 1.2%, peningkatan inflasi harga pengguna kepada 2,7% dan juga penurunan kadar pengangguran kepada 4%, yang terendah sejak Februari 1975!

Apapun, kita lihat dulu analisa teknikal pair ini bermula dengan Weekly Chart.


Bearish Marubozu @Weekly Candle


Seperti yang anda dapat lihat di atas, momentum bearish minggu lepas menghasilkan Candle Bearish Marubozu yang kuat, tanpa sedikit pun shadow di bahagian bawahnya. Ini menandakan sentimen pasaran yang cenderung untuk short pair ini.

Untuk memastikan entry yang lebih tepat, kita pergi ke Timeframe H4 seperti berikut:



Best entry di possible SBR Zone @H4


RRR bagi entry di atas adalah sekitar 1:1 hingga 1:3, bergantung kepada level entry anda. Saya menjangkakan pair ini akan sideway sehingga hari Rabu, di mana UK akan mengeluarkan Data GDP dan Data Pengeluaran Pembuatan bulanan mereka pada hari tersebut.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

'til then, Happy Trading!

Comments

Popular posts from this blog

Top 100 Team & Individu Forex Malaysia

Salam semua trader,



Hari ini penulis ingin berkongsi senarai list nama pengelola,laman web atau personel yang aktif dalam memberi nilai ilmu forex khasnya sesama trader di Malaysia.Betapa meriahnya dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita trader,namun yang sedihnya kita sering salah menyalah terutamanya satu bangsa yang dikenali sebagai "Melayu".Namun ilmu ini tidak terbanding dengan ilmu Tuhan sekalian Alam.Biar kita profit dan withdraw sama-sama.

Trader Malaysia bagus-bagus sebenarnya di bandingkan dengan trader luar.Jika kita bersatu,anak-beranak Soros pun boleh datang Malaysia belajar.In sya Allah.

Artikel ini ditulis sebagai rujukan trader untuk menimba ilmu.Ranking bukan bermaksud yang atas mengatasi di bawah atau mengatasi setiap satu,ianya hanya senarai terpilih hasil pemerhatian telus pihak kami.

Senarai di bawah telah ditapis,dan menepati syarat utama iaitu:


Tidak ScamBukan individu mengelola Skim Cepat Kaya.
Penulis berharap,ianya telus dan pihak kami tidak…

Kisah Penipuan Aeon dan Sen Heng

Salam Ramadhan buat semua, Hari ini penulis ingin share betapa kayanya syarikat yang sudah banyak kali menipu mangsa-mangsa tanpa disedari pihak berkuasa dan modus operandi mereka sangat licik hingga mengaut keuntungan beratus juta RM.
Sehinggalah luahan sahabat FB menceritakan kisah "Untold" story penipuan Aeon Credit  dan "Seng Heng"  (Senheng) dimana kedua-duanya "sam SENG" .



AEON 2016 ANNUAL REPORT
(Baru sahaja di padam dari laman Google)
Admin sempat download buat tatapan dan bukti keuntungan "RIBA'" Syarikat AEON buat tatapan pembaca pembaca.



































Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 
Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 
Kisahnya bermula bila abah membeli motosi

Senarai 100 forex trader dan broker dalam Pemantauan Bank negara Malaysia

Salam,

Seperti biasa,tugas kami memberikan artikel yang straight to the point.
Tak pandai nak karang cerita macam thevocket.com.
Artikel ini membuatkan penulis hilang 100 rakan scam,namun demi menjaga maslahat orang awam,kaedah begini menjadi keutamaan.
Kita ni orang kampung , yang hidup lebih gemar berterus terang mempertahankan hak yang teraniaya dan menolak kebatilan.

Pihak Piphijau tidak menyentuh dosa pahala peribadi individu atau owner broker di bawah.
Sekadar nasihat sesama supaya berhati-hati dalam dunia penipuan "online".
Sedangkan Pengetua Maahad Tahfiz kena auta pelaburan Forex.Inikan pula kita.



*Dalam Pemantauan BNM tidak semestinya broker atau laman web tersenarai bersalah. Mana-mana individu yang terlibat dengan bidang forex ,100% risiko ditanggung sendiri.Melainkan aduan "Terbukti" kes-kes penipuan berimpak tinggi,turun naik mahkamah yang disenarai BNM disini .

Tugas team kami Piphijau membantu konsultansi & menasihati anda bidang pelaburan Teknikal Anali…