Emosi Mudah Dikawal Ketika Hati Tenang

Emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perangai, keperibadian,
disposisi dan motivasi.

Ini boleh dikaitkan secara langsung mahupun tidak langsung dengan tahap emosi
seseorang trader ketika memulakan dagangan .

Perasaan yang seolah-olah seperti transaksi dagangannya itu betul dan tepat serta tidak pernah silap. Perangai pula yang tidak mahu sabar dan hendak cepat sahaja mahu untung, erti kata lain takut akan transaksi dagangan sedang terapung-terapung. Keperibadian pula boleh dikaitkan dengan sikap sombong dan berlagak pandai, yang mana dirasakan seolah-olah dirinya sahaja yang betul.

Hati yang tenang merupakan sesuatu nikmat yang diimpikan setiap umat manusia.
Dalam konteks Dagangan Matawang, Pedagang yang mampu mengawal emosi secara total
dan baik adalah mereka yang mempunyai hati yang tenang ketika mulakan transaksi dagangan. Ini kerana hati yang tenang mampu mengatasi perasaan yang buruk.

Apabila hati seseorang itu tenang, ia mampu untuk bersabar dan berfikir secara rasional. Hati yang tenang juga dapat mengatasi sikap sombong dan berlagak pandai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :