NASIHAT DARI SAHABAT BUAT SAHABAT

Pernah dengar ayat motivasi ini "berkata jujur dalam satu minit boleh menghilangkan beban seribu tahun dan berkata dusta satu minit boleh menambahkan beban seribu abad" .

Seperti kita semua tahu pentingnya kepercayaan dalam perkara apapun.Di dalam zaman era yang sedang maju sekarang semua orang memerlukan kepercayaan tidak kiralah apapun tambahan dalam sektor perkerjaan kerana dunia sekarang ini berapa ramai saja yang mampu bercakap benar .

Sebagai contohnya di dalam dunia forex trading ini mengapa anda perlu menipu atau pun scam orang lain demi kepentingan anda sendiri .Disebabkan anda menipu orang lain tanpa anda sedar anda telahpun mencemari dunia forex .Ini menyebabkan orang ramai akan menunding jari dan menyalahkan dunia forex ni dengan mengatakan skim cepat kaya atau pun sebagainya sedangkan forex ini jika ilmu dan pengalaman yang digunakan dengan betul ianya adalah satu platform yang mampu menjana wang dalam erti kata lain ialah lubuk duit.Disebabkan penipuan oleh beberapa orang scammer menyebabkan anda menutup periuk nasi real trader lain yang ingin menolong sesama trader atau pun orang yang baru ingin jinakkan diri dengan market . Oleh itu,kita selalu dengar ayat berbunyi kalau pinggan retak mungkin kita boleh gamkan ianya semula tapi takkan pernah sama seperti asalnya .Samalah seperti kepercayaan kalau sekali ia dikhianati mungkin kita dapat maafkan orang itu tetapi hati akan kekal.Mungkin kita tidak akan hilang sedikit kepercayaan terhadapnya.


SEKIAN DARI SAYA 
NASIHAT BUAT DIRI SENDIRI 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :