Pengalaman MLM LUXOR

Salam Ramadhan buat semua,
Apa khabar jutawannngggg sontotan Luxor
Kredit kepada sahabat FB :
Farhad Hassan.

Semoga kisah di bawah menjadi tauladan buat semua :

Terima Kasih Adi Putra memperkenalkan LUXOR  kepada aku. Bukan Adi Putra yang genius tu. Bukan juga Adi Putra pelakon.

Tahun 2006, sekiranya anda bersekolah di asrama penuh, pastinya anda biasa dengan suasana jadual pemakanan di dewan makan. Makan sedap hanya pada hari Rabu dan Ahad. Stok maggi indo goreng, 3 in 1, biskut-biskut.

Bayangkan, dengan keadaan macam tu, tiba-tiba anda ditawarkan, "Jom! Aku ada dapat baucer makan buffet dekat hotel ni, free tak payah bayar, jom siapa nak?" pehhh kau makan biskut kering dengan kopi hari-hari, tibeeeeeee je terbayang makan lamb shank!

Hari tu Adi Putra ajak aku and the geng. Adi Putra, rakan sekolah sewaktu sekolah menengah dulu. Pelajar jurusan elektrik. Orangnya tak berapa tinggi, muka putih, dan petah bercakap. Heboh waktu tu kononnya dia join 3 line.


Apa lagi? Jom. Malam tu kami ikut fly lalu pagar di tepi blok pentadbiran. (maaf mak). Berhimpit kami 6 orang di dalam proton waja hitam. Aku pun tertidur dalam kereta perjalanan lama sangat.

Sampai di destinasi, turun sahaja aku nampak dua kereta sport tengah saling drift pusing-pusing di lobi. Fuyoo. Orang ado-ado ni, makan mesti sedap. Mantap. Kami dibawa menaiki lif sampai ke 1 dewan.

Dari luar dewan, belum buka lagi pintu. Kedengaran, "Apa khabar semua? Luar biasa baik!!!". Eh menatang apa pulak ni. Adi cakap duduk la dulu dengar, nanti dah habis baru makan. Adoi ye lah, benda free kan.

Satu-satu penceramah naik ke pentas, ada Duke la, Marquee la, bercerita macam mana mereka bermula dari kosong sehingga mampu pakai kereta mewah, hidup senang. Awak pulak baru nak kenal dunia, tepuk la tangan. Hebat hebat.

Dari pukul 10pm kami sampai, kami ditahan dekat pukul 3 pagi. Aduh perut dah lapar gile ni. Baru nak habis ceramahnya. Adi bakar rokok ditangga. Dengan muka yakin (yakinnya kamu), Adi buka cerita.

"korang dengar tak tadi? Hebatkan. Korang tak nak ke pakai motor besar macam tu? Hantar mak ayah pergi umrah? Mesti lah nak kan? Tapi susah kalau nak buat upselling jual barang. Join group aku. Nama group somebody"

Aku bengang dah, perut tengah lapar ni kau hulur pulak rokok SKL. Berangin je bila hisap. Ok Adi bawa kami makan dulu. Cerita kemudian. Sudahnya, pukul 4 pagi, kami dibawa ke kedai mamak. Siap di orderkan nasi goreng untuk aku. Aik. Aku nak order sendiri pun tak boleh.

Sambil makan, kami di brainwash macam-macam. Cakap benda betul je lah, mana ada duit cha sampai RM2000 nak join. Dah tu nak kena cari 5 orang lagi bayar RM2000. Duit makan aku pun RM100 sebulan.

Ayat ni aku ingat sampai mati. Kita group somebody ada teknik bro. Macam ni, kau buat checklist dekat handphone kau. 50 orang. Dari 50 orang ni kau pinjam RM50 seorang. Cukup 2000, kau join, kau ajak cari lagi 5 orang. Dari situ kau dapat komisyen RM3000.

Kepala hot dia. Habis makan Geng-geng Adi suruh balik fikir. Jam 5.30am kami sampai di asrama balik. Dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Harapkan dapat makan buffet hotel tapi dapat nasi goreng mamak.

Ada juga aku cuba-cuba tengok-tengok. Cari 50 orang, pinjam RM50. Tapi eh tak boleh pergi dah ni. Memang tak dapat jalan. Idea tu pun hilang di telan masa. Fast forward hujung tahun, bila SPM dah dekat. Aku dapat tahu ada beberapa kawan sekolah yang join, tapi Adi menghilangkan diri. Entah berapa ratus atau ribu di bayar kat dia.

Masing-masing cakap ok takpe. Kita tunggu waktu SPM. Kelibat Adi masih tiada. Sepanjang SPM berlangsung. Masing-masing muka dah down. Dah la kena tipu, duit habis, nak kena jawab SPM lagi. Kali terakhir aku dengar cerita Adi, katanya dah meninggal. Tak tahu la orang buat ke accident ke. Betul ke tak pun tak tahu.

Start dari tu aku alergik bila dengar skim-skim macam ni. Tapi macam cendawan di baja pulak hari ke hari. Ramai pulak tu yang join. Mengarut pun ada. Tapi hari-hari keluar berita orang kena tipu skim kaya.

1) ARBA, labur, jual kopi, dapat untung ganda-ganda. Jahanam.

2) Highway Group, labur lot tanah tepi highway, untung bulan-bulan. Hancur.

3) Tok Belagak, labur emas RM13k, untung RM23k. Berkecai.

4) RBH Group, guna terma perintis. Bayar upfront cari 5 lagi downline perintis. Bingai.

5) AJ, hasil dari Lampe Berger, berselindung bawah loyalty point KP, beli lesen untuk naik pangkat, cari orang bawah beli lesen jugak.

6) Pok Din, labur duit, dapat point. Point berniaga dalam forum sesama ahli. Tapi cawan RM5 jadi RM500 bila ada logo pok din. Hawau.

7) Monspace, labur duit, dapat dividen bulan-bulan. Syarikat untung, dapat extra bonus, syarikat rugi pun dapat bonus jugak. Jibauk.

8) Azman Jaya, melabur dapat tanaman cili katanya. Labur rm5000 return 2 juta. Ini aku pun tak faham macam mana orang percaya.

9) Skim Kereta, melabur pakej, cari kaki 5-10 orang, dapat kereta percuma. Aduh.

10) of course, Luxor, bayar 2k, cari 5 orang bayar 2k, dapat komisen 3k. Baik kau berniaga dengan 10k kau pinjam.

Dan bermacam-macam lagi skim dan cara orang menipu sekarang. Belum lagi yang menipu produk, baju, skuter. Dah bank in, kena block. Syahdu je.

If its too good to be true, it probably is. Jangan mudah putih mata, mereka ni memang petah bercakap. Kereta mewah waktu talk pun kereta sewa. Mungkin anda selamat, tapi nasihatkan kawan - kawan, adik-adik, jiran-jiran.

Mereka ni orang yang sama, teknik yang sama, mencari mangsa. Nama skim saja bertukar-tukar.

Terima kasih Adi sebabkan kenalkan LUXOR awal dekat aku. Kalau jumpa lepas ni, aku nak promote kau jadi agent aku bawah Sister Beauty MY. Tak cepat kaya tapi InsyaAllah boleh kalau rajin 😁

Apa khabar semuaaaaaaaaaaa!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :