SahVCS & konsep kerja.

Bergantung pada apa yang difikirkan. Ianya akan berhubung terus dengan cara pembelajaran seseorang. Teknik berfikir & kemahiran adalah lanjutan dari bidang apa yang dipelajari sama ada ianya secara formal mahupun tidak. Dari itu corak penyampaian & bahasa tubuh didalam penyampaian pembentangan akan dapat banyak membantu menjayakan sesebuah penyampaian untuk diterima.

Cara penyelesaian masalah juga berbeza mengikut bidang kerja. Seorang doktor tidak akan mampu berfikir seperti seorang peguam. Begitu juga seorang ahli perniagaan tidak akan mampu berfikir sebagai seorang dari bidang kejuruteraan.

Terdapat banyak perbezaan pendapat & kaedah yang akan bertentangan didalam mencari 1 titik persamaan.

Seorang pakar matematik akan sentiasa memikirkan kaedah dengan pengiraan dan jalan penyelesaian dengan bantuan mesin kira mahupun PC. Kertas atau buku catatan amat jarang terlepas dari gengaman walau kemana saja. Lebih kurang sama dengan pemikiran ahli kimia tetapi perlu lebih kepada ujikaji untuk mendapat keputusan.

Para ushawan atau ahli perniagaan akan lebih banyak bermain dengan kira-kira dengan berbagai unjuran untuk mendapatkan balance dan demand.

Mereka yang bernaung di dalam kejuruteraan biasanya akan mencipta sesuatu yang membuatkan dia dapat berehat dan alat ciptaannya yang akan bekerja untuk memudahkannya.

Bergantung kepada siapa kita berurusan tentang forex ini. Akan terdapat ribuan kisah dari ribuan orang yang terlibat dengan penggunaannya. Bermaksud cara atau teknik yang diguna pakai adalah bergantung kepada cara pemikiran orang yang copy teknik dari penyampaian atau mereka yang mendapatkan teknik dari pengasasnya sebagai 1st copy.

Begitulah luasnya ilmu forex ini  Luas juga cara pemikiran dan penggunaannya. Begitulah cara konsep ciptaan SahVCS di bina.

Pastikan ianya serasi & kekallah dengan keserasian supaya lebih cantik pergerakan.

Selamat berusaha mencari ilmu didalam forex trading.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :