SahVCS membentuk guide line dalam aktivitinya

Guide line di dalam penggunaan time frame H4 digunapakai di dalam teknik SahVCS manakala aktiviti memorex di lakukan pada time frame M15.

Mengapa perlu H4 dan M15?

Pertama kali saya akan menerangkan kaedah memplot data cs menjadi trend di H4. Sama seperti kaedah pembelajaran Geografi di sekolah menengah untuk memudahkan penerangan.

Sebagai contoh kita memasuki kawasan taman perumahan. Jika kita biasa dengan keadaan persekitaran taman berkenaan berkemungkinan kita akan dapat menuju arah distenasi dan keluar semula dengan lancar. Bagaimana pula jika kita tidak biasa dengan taman berkenaan ianya pasti menyulitkan dan akan sentiasa berpusing-pusing dalam kawasan berkenaan.dengan mencari jalan untuk menuju destanasi dan satu hal pula untuk keluar. Disini pembangunan GPS untuk masyarakat zaman moden amat diperlukan.

Apa kaitan GPS pula dengan trade ni😂?

Di dalam trade kita tidak memerlukan GPS tetapi kita memerlukan konsep penggunaan GPS untuk membantu. Contoh sesat ditaman seperti yang diceritakan pada awal penulisan boleh digunapakai untuk para traders tidak gugur jantung ketika memorex sebab tersalah laluan atau silap entry. Tersilap dalam forex akan melibatkan pocket kosong dik. Jadi berhati-hati di dalam perniagaan seumpama di lautan luas manakala kita hanya sebuah rakit yang cuba untuk  melepasi rintangan. Ramai akan kata forex ini kejam dan tidak akan memenuhi teknik harapan traders. Jadi perlu berhati-hati dan perlengkapkan diri dengan segala macam backup yang ada untuk lebih selamat di tengah lautan luas.

Mungkin tidak ramai akan berfikir cara untuk melembutkan sesuatu yang ganas dan kejam menjadi seperti harimau belaan di Dhubai sebagai kawan sepermainan.

Di komputer atau phone kita biasa lakukan zoom in / out untuk nampak lebih jelas gambaran. Di forex juga kita boleh zoom out trend berpandukan time frame yang lebih besar.

Memplot graph adalah perkara utama yang di terapkan di dalam kelas bimbingan SahVCS. H4 sebagai trend manakala M15 sebagai aktivitinya. Selagi di dalam trend para traders tidak akan sesat atau melakukan kesilapan entry dalam trendnya. Mudah kita katakan H4 umpama daerah Tangkak. Manakala M15 umpama kedudukan di Gunung Ledang. Ini bermaksud kita akan hanya entry pada trend yang ada guid linenya sahaja. Dan jika ianya tersasar dari tracknya ianya masih boleh diperbaiki sebab ianya masih didalam trendnya. Ini akan membuatkan para pengguna teknik SahVCS lebih selesa sebab bila sudah diberi guide line maka trade point mereka tidak akan tiba-tiba tersasar jauh sehingga ke Gunung Kinabalu. (itu contoh yang mudah difahami untuk trend H4 dan aktiviti M15). Atau dengan perkataan lainnya seumpama H4 adalah sebatang marker (bold) dilukis garisan atas sehelai kertas putih. Manakala M15 umpama pen 0.5 digariskan di atas garisan marker tadi. Jadi ianya tidak akan tersasar keluar. Jadi di dalam teknik SahVCS disediakan kaedah autopilot untuk plot data dan guide line yang boleh membawa pemandu yang tersasar di tepi jalan memasuki semula lorong jalan tracknya mengikut setting graph yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :