SahVCS Memberi ruang untuk bersaing

Perjalanan hidup akan sentiasa berhadapan dengan dugaan dan peluang. Jangan risau dengan dugaan dan jangan pula bangga dengan peluang. Sebaiknya kita perlu berbangga dengan dugaan dan risau dengan peluang.

Pemikiran sebegini adalah salah satu cara pemikiran di luar kotak. Mengapa pemikiran tahap KBAT macam ni diperlukan?
Haha haha 😂😂😂

Risau dengan peluang merupakan satu pertanyaan? Biar betol bang. Orang dapat peluang dia suka. Kenapa kita perlu risau pula dengan peluang?

1) Peluang hanya sekali.
2) Berilah peluang kedua.
3) peluang yang ada jangan dilepaskan.

Ini antara ungkapan mengenai peluang yang didapati. Bukankah ianya satu bentuk manfaat. Jadi mengapa perlu risau?

Peluang adalah satu ruang yang diberi untuk kita membuktikan kemampuan kita dalam melakukan sesuatu. Berdasarkan peluang itu kita perlu melakukan sebaiknya jika ianya adalah satu-satunya peluang yang ada. Contoh seorang doktor didalam usaha menyelamatkan pesakit di ICU.
Perlu diingat ianya adalah peluang yang sekali dan tidak akan dapat diperolehi untuk kali kedua.

Manakala untuk peluang kedua diberi juga memerlukan komitment yang kebiasaannya diberi dengan berada di bawah perhatian. Contoh pasangan kekasih yang diberi peluang kedua. Akan berusaha memperbetulkan kesilapan lalu dan memperbaiki kehidupan akan datang. Cuba ler jika dia mengulangi kesilapan yang sama. Pastinya hai sayang... bye-bye.

Sama juga jika mereka yang dikenakan undang-undang seperti tindakan mahkamah dalam tungakkan pembiayaan. Selepas pembayaran dibuat. Jangan sampai terkena semula tindakan mahkamah pada kesalahan yang sama. Jika hartanah yang di isukan boleh kena gadai rumah dik oiii. Dah jadi bankrupt. Alahai kesian kan

Peluang yang ada jangan dilepaskan satu ungkapan yang membuatkan semua orang tersenyum lebar bila mendengar ungkapan sebegini. Sebenarnya peluang yang ada inilah yang sentiasa dilepaskan sedikit demi sedikit tanpa disengajakan. Biasanya jika seorang Boss mendapat peluang baru. Ia akan memberikan pembahagian kerja kepada orang-orang pilihannya dengan sedikit longgar pengawasan. Walaupun spec yang diberikan ketahuilah mereka yang berkaitan dengan anda pasti sentiasa memberikan tahap minima dalam kehendak kita kerana pada mereka tahap maksima mereka memerlukan lebih pengorbanan dan lebihan upah semestinya. Sebab itu juga lah banyak peluang yang ada ini tidak akan sempurna pengakhirannya dengan kehendak pemberi peluang. Ianya perlu di review dan di beri beberapa saingan untuk mencabar minda mereka yang mendapat peluang itu menyelesaikan.

Oooo berat betul peluang ni yang ramai menganggapnya sebagai hadiah atau bonus yang menyelerakan. Haha.😂

Rupanya lebih baik dugaan. Sebab dengan dugaan kita tahu kita sering diuji dalam keadaan yang tidak berkemampuan, daif ataupun kesuntukan. Kita diminta melakukan dengan sepenuh rasa tanggung jawab, perasaan dan sepenuh kemampuan. Ia memerlukan pengorbanan yang kecil sebenarnya dan kita akan puas hati apabila berjaya. Mungkin kejayaan itu adalah langkah pertama didalam menuju kejayaan yang lebih besar. Dan bila kita sudah berjaya sebenarnya kita boleh menoleh semula kebelakang dengan melihat dugaan-dugaan kita dahulu sebenarnya kita mampu lakukan dengan seorang diri. Walaupun dalam keadaan lemah atau mungkin dicemuh sepanjang menempuh dugaan.

TETAPI PELUANG YANG KITA DAPAT SENTIASA KITA MEMERLUKAN BANTUAN PIHAK LAIN DIDALAM MENYELESAIKANNYA.

Dimana antara dua bentuk ini yang lebih kemanisannya.

Manusia mampu berubah bila berhadapan dengan dugaan dan peluang.

Jadikan ianya sebagai penyelesaian dan pertimbangan dalam menilainya. ... aminn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :