SahVCS membezakan kaedah scalping dan intraday

SCLAPING & INTRADAY

SahVCS melihat sclaping adalah baik jika ianya dipenuhi dengan beberapa syarat wajip yang perlu dipatuhi. Para traders perlu memahami sclaping adalah satu cara entry untuk mendapatkan profit kasar dalam masa tersingkat. Ianya perlu dengan penekanan masa terhad. Mesti mempunyai limit masa untuk berdagang.

Jika seseorang ingin memasuki sclaping dengan lot saiz yang sama seperti lot saiz yang dia sedang berdagang secara intraday ianya adalah satu kesilapan besar.

Lot saiz memainkan peranan penting didalam jarak masa berdagang. Ianya seumpama daya tahan kita bertahan didalam satu tekanan. Jika sclaping bermaksud tekanan yang kita hadapi adalah singkat manakala untuk intraday pula bermaksud kita perlu bertahan di kedudukan situasi yang panjang.

Haruskah kita berlapar jika masa membolehkan kita makan dengan hidangan enak di depan mata? ATAU mengapa kita perlu makan sepinggan nasi untuk tempoh satu hari dengan duduk di meja makan? Itu adalah perbandingan yang paling baik untuk sclaping dan intraday.

Semestinya kita akan menggunakan lot saiz yang sedikit besar berbeza dengan lot saiz yang kita akan ambil di intraday. Disini kita akan diuji dengan tahap kemampuan menghasilkan profit dalam jangka pendek seharusnya ianya lebih berbaloi dengan modal yang agak kasar secara sclaping berbanding dengan modal yang sedikit dengan cara intraday.

Amat bahaya untuk kita berdagang secara intraday dengan menggunakan modal yang kasar.

Ketetapan waktu didalam perubahan kemunculan CS baru perlu diambil kira. Time frame adalah wajip dipilih dengan betul. Untuk time frame kecil ianya sesuai dengan kaedah sclaping. Manakala untuk tf melebihi H1 adalah lebih sesuai untuk kaedah intraday. Adakah ianya betul? Teknik SahVCS hanya membenarkan sclaping dilakukan dengan cara bukaan leher pada 3 CS terawal. Ianya fix dengan masa 3 CS itu muncul mengikut tf yang dipilih. Manakala untuk intraday pula adalah hanya untuk penggunaan e2 dan 3cs bukaan leher H4 sahaja.

Dengan kata mudah SCLAPING perlu di:

1) Tf M15 pada 3 CS bukaan leher.
2) Maksimum di 3 CS M15 hanya jika H4 adalah di awalah mid BB mula menjauhi MA.

Hanya 2 keadaan ini akan dianggap paling selamat untuk sclaping dengan tempoh masa 45 minit atau kurang.

Mengapa 45 minit atau kurang?

Ini kerana 2 CS akan muncul dengan impact besar dan 1 CS akan muncul dalam spara impact... ATAU... 2 CS akan muncul dalam spara impact manakala 1 CS akan muncul dengan impact besar.

Keadaan ini adalah yang berlaku di setiap 3 CS awalan 45 minit berkenaan.

Sebelum entry di sclaping pastikan ianya on track dengan perjalanan H4.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :