SahVCS membicarakan ilmu penjimatan yang luar dari scope forex untuk perkongsian hujung minggu

Panduan penjimatan bil air.

Semoga ilmu yang disampaikan di bulan mulia ini bermanfaat. Aminn.

Rahsia besar yang ramai tidak mengetahui malah hanya ingat ianya adalah perkara biasa.

Bagi kegunaan biasa bil air perumahan, biasanya sekadar dibawah RM20 setiap bulan. Tetapi anda tidak pernah menerima bil sebegini sejak hari pertama menduduki rumah yang dibeli. Sedangkan dalam baris anda masih ada yang menerima bil bulanan air yang murah.

Bagaimanapun ada juga beberapa rumah di taman anda juga mengalami bil bulanan menjejak ke angka RM50 atau RM80 sebulan.

Mengapa perkara ini berlaku?




Ada antara mereka akan berangapan ianya disebabkan tapping paip anda dengan paip utama pada bahagian bawah dan membuatkan anda mendapat satu pressure yang tinggi sehingga mengakibatkan bil bulanan anda tinggi. Ada juga yang menyatakan ianya banyak kandungan angin menyebabkan air didalam paip saluran tidak solid.  Jadi perkara sebegini sudah tidak boleh nak buat apa. Tadah saja lah.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sebenarnya anda boleh kawal bil anda serendah mungkin jika mahu. Cuma ada kerja sedikit perlu dibuat.

Cuba dapatkan tangki air anda di atas bumbung. Kena panjat sikit la. Tapi jangan risau , diatas bumbung tu tak la panas sangat. Masih ada angin yang bertiup mencelah antara bumbung genting anda😁😁😁.

Sebelum naik ke bumbung tu. Tutup main valve di hadapan rumah. Pastikan juga bawa spana boleh laras dan tape putih paip tu. Ada kegunaannya.



Buka bumbung tangki anda dan letakkan di tepi dinding. Pastikan hanya pijak di palang utama syiling yang berpasak pada beam atau kekuda utama sahaja. Jangan nanti syiling pecah akibat tersilap pijak.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Guna lampu handphone pun boleh diatas bumbung nanti. Keadaan tidak la terlalu gelap sangat sebenarnya.



Lihat percantuman antara set pelampung dengan paip di bahagian tepi dinding tangki. Disana ada 2 screw putih dan 1 screw hitam diperbuat daripada pvc. Screw putih ni untuk ketatkan paip dengan body tangki dan satu lagi untuk ketatkan penyambungan screw hitam dengan set pelampung.

Buka screw hitam tu. Disini kerja anda bermula.  Didalamnya ada satu seal getah berwarna hitam dan satu corong berwarna putih.

Cuba lihat jika bil bulanan anda adalah tinggi. Pasti corong putih itu berbentuk cylinder. Kebaikannya ialah ia akan memberikan laluan besar untuk air masuk ke tangki dalam kuantiti yang banyak dan memberi penjimatan masa untuk menunggu air penuh. Amat baik jika ianya untuk kegunaan di musim perayaan atau kerja kenduri. Air tak akan terputus sebab terlalu banyak kegunaan atau ramai yang menggunakannya.

Bagi yang mahu berjimat untuk kegunaan bulanan. Pastikan ianya diganti dengan corong berbentuk kon. Ianya baik untuk kegunaam jangka panjang dengan bil yang menjimatkan. Tak perlu control di main valve . Boleh buka sebesar habis main valve di hadapan.

Bagi mereka yang bil bulanan mereka rendah pasti ianya menggunakan corong berbentuk kon. Boleh lihat untuk kepastian.

Kebanyakan spare part di hardware adalah yang berbentuk kon.  Dari mana corong cylinder ini diperolehi?

Saya tidak tahu jawapannya.

Cuma dari apa yang saya nampak ianya memang perlu dalam sebuah taman, sebahagiannya akan mengunakan jenis corong cylinder manakala sebahagian lagi akan menggunakan jenis kon bagi menstablekan tekanan. Tapi siapa la pula nak menanggung bilnya dik oii.  Kesian bil pengguna tak pasal-pasal mahal. Jumpa kawan pula bilnya murah. Ingatkan silap cara penggunaan rupanya silap tak cek tangki awal-awal. Kenapa la perkara sebegini tidak didedahkan awal😜.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :