SahVCS membuat analysis EURUSD

Malam ini kita akan lihat market EURUSD untuk trend esok. Ianya akan sambung sideway dan selepas itu sell yang kuat.

Mari kita lihat trend H4 nya.



Ia akan menghasilkan1 CS panjang sebelum percantuman MA merah dan mid BB di Main graph. Anggaran masa adalah di H4 dot ke-4. Sekarang adalah dot ke-2 pada jam 2am. Waktu server ON pada Isnin pagi adalah jam 5am. Bermaksud pertukaran CS H4 akan berlaku pada jam 5am untuk dot ke-3,manakala untuk jam 9am adalah untuk dot ke-4. Sell kuat dengan CS panjang akan terbentuk di EU.
Ini adalah syarat pembentukan line MA dengan mid BB. Semakin selari menghampiri antara 2 line ini ianya akan kuat membentuk trend didalam tracknya sama ada buy atau sell trend. Manakala semakin menjauhi MA dengan mid BB ianya akan mula membentuk sideway.

Sebelum titik persilangan berlaku pastikan corak kedua-dua line sama ada masih runcing menajam atau sudah flat salah satunya.

Jika masih tajam meruncing ianya akan membentuk CS panjang impact trend yang kuat.

Jika salah satunya sudah flat pula bermaksud ianya akan membentuk sideway.

Boleh juga applykan ianya dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk tangan untuk lebih memahaminya
Ibaratkan ibu jari adalah garisan MA dan jari telunjuk adalah garisan mid BB. Anda akan dapat melihat bentuk trend yang bakal terjadi.

Ini adalah HUKUM ASAS SahVCS persilangan jari MA & mid BB.


Secara ringkasnya ianya akan ditunjukkan digambar diatas tentang bentuk percantuman dan trend impactnya.

Mari kita lihat apa bakal berlaku di M15


Ini bermaksud sideway mini berlaku dan trend sell di M15 adalah sudah di penghujung dan sekarang meneruskan perjalanan dengan sideway untuk stablekan matawang. Trend akan bersambung dengan buy sementara diikuti dengan trend besarnya menanti adalah sell. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :