SahVCS mementingkan waktu server ON Isnin pagi

Isnin merupakan hari yang amat penting bagi SahVCS bagi menentukan waktu server ON sama ada jam 5 atau 6 pagi. Ada sesekali ianya berlaku pada jam 4 pagi pula. Mengapa waktu itu penting?

SahVCS mengamalkan trend pada H4 jadi kemunculan CS H4 merupakan satu perkara wajib yang mesti diambil berat. Penggunaan anggaran masa melalui kaedah kick dot, waktu percantuman persilangan MA dengan mid BB yang bakal memberi impact CS panjang atau menghasilkan sideway, pembentukan awan step dan waktu pertukaran CS itu sendiri akan ditentukan dengan perubahan masa di H4 untuk mingguan kegunaannya. Ini bermaksud salah menentukan waktu pertukaran H4 akan memberi kesan besar kepada kegagalan pada minggu berkenaan.

Yang mana didalam SahVCS akan membuat mapping untuk setiap pergerakan belum wujud di graph sebagai lakaran draft awal pembentukan trendnya. Ianya akan menjadi tepat menghampiri 99%  bentuk graph yang wujud jika dibandingkan nanti. Ini merupakan satu-satunya kekuatan teknik SahVCS didalam forex. Dan dari kaedah ini para traders SahVCS hanya entry dan boleh lock market sehingga 8 atau 12 jam akan datang tanpa perlu melihat mt4 sebab pergerakan untuk 12 jam yang akan datang telah diketahui awal melalui kaedah SahVCS.

Bukan nujum mahupun omong kosong perkara ini berlaku. Tetapi ianya adalah satu formula unik didalam SahVCS yang telah didedahkan pada semua traders kami dan mereka sendiri yang melaluimya akan mengatakan ianya betul - betul berlaku dan kaedah ini digunakan untuk mapping market setiap pairs di mt4.

Perasaan teruja dan terkejut pasti terpancar didalam diri peserta SahVCS setelah mengetahui rahsia besar disebalik kajian graph yang dilakukan membentuk formula dan melahirkan teknik SahVCS ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :