SahVCS mengambil time frame sebagai rujukan trend

Salam semua. Para traders yang dirahmati.

Pemilihan time frame dalam teknik SahVCS adalah amat penting. Ianya membawa satu maksud tersirat yang mana kepada mereka yang dapat menguasai time frame mereka akan berjaya didalam entry yang tepat dan membawa kepada keuntungan. Manakala bagi mereka yang kurang memahami penggunaan time frame akan merasa forex ini satu perjudian atau kemenangan nasib.

Di sini saya akan terangkan bagaimana SahVCS memilih penggunaan time frame kepada traders agar ianya dapat memberi manfaat.

Apakah itu time frame?
Time frame adalah satu cara pertukaran unit seperti dari kilogram kepada gram atau seperti meter kepada kilometer. Ianya amat jelas boleh mengelirukan sekiranya para traders tidak memahami teknik pertukaran unit.

Pemilihan M15, H1, H4, W Dan MN adalah menjadi keutamaan (pilihan A) . Dan kami di SahVCS tidak mengalakkan penggunaan time frame M1, M5 dan M30 (pilihan B) .

Mengapa time frame pilihan B iaitu M1, M5 dan M30 tidak menjadi pilihan di SahVCS?

Ianya boleh digunakan hanya sebagai rujukan sahaja. Bukan sebagai langkah utama untuk fokus didalam membuat entry atau penentu trend.

Mengapa time frame pilihan A Iaitu M15, H1, H4, W dan MN diutamakan?

Kita lihat cs didalam M15 memerlukan 4 kali kemunculan untuk membentuk 1 cs H1.

Cs H1 4 batang akan membentuk kemunculan 1 cs H4.

Cs 4 batang H4 akan membentuk kemunculan 1 cs W.

Cs 4 batang W akan membentuk kemunculan cs MN.

Ini adalah sequence tepat dalam pertukaran unit mengikut kaedah matematik dan geometric didalam pembangunan apa sahaja system termasuk penggunaan binary asas, iaitu angka tepat tanpa perpuluhan berbaki.

Sekiranya mereka yang menggunakan sekejap time frame pilihan A dan pilihan B yang bercampur-campur antara dua kumpulan time frame yang berbeza sequence pasti akan mendapat kekeliruan didalam mencari point tepat entry dan juga trendnya. Sekaligus akan menyebabkan floating yang tinggi atau kekal lose.

Di dalam teknik SahVCS kita tidak akan didedahkan dengan mengingat nama setiap gabungan cs seperti nama Doji, Morning star atau apa sahaja. Tidak perlu menghafal nama atau bentuk cs. Saya juga sudah lama tinggalkan kaedah mengingat nama bentuk-bentuk cs. Hanya yang kita amalkan adalah mengenal warna dan coraknya sahaja. Menjadikan teknik SahVCS lebih mudah untuk difahami dan dipelajari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :