SahVCS menerangkan arah CS mengikut mid BB

Assalamulaikum wbt, kepada semua semoga segment ini mendapat barakah dariNya.


Pernahkah semua memandang apakah bentuk perbezaan yang dilahirkan untuk satu keadaan tetapi dari dimensi masa yang berlainan. Mungkin ianya merupakan pengalaman baru apabila terbaca di ruangan ini mengenainya atau sudah biasa dengan perkara sebegini. Disini SahVCS akan menerangkan satu-persatu perubahan yang berlaku di dimensi masa berlainan.


Kita zoom pada mid BB di H4.


Kita akan nampak mid BB menjungkit ke atas dan mula menjauhi MA. Ianya berlaku di H4. 

Jika Perkara sebegini berlaku di H4. Apa akan berlaku di H1 ataupun M15?

H1 Akan mula pergerakan menjadi sideway. Manakala M15 akan membuat Buy trend.


Lihat sideway H1 terbentuk hanya dengan jungkitan mid BB di H4.



Graph M15 pada masa yang sama akan membuat buy trend.


Bagi yang memahami graph dan perubahan-perubahan yang berlaku dari anjakan seni yang halus ini biasanya akan lebih memberi manfaat  kepada traders untuk trigger lebih awal.

Biasakan dengan kaedah CONGAK BENTUK jika begini di H4 apa akan berlaku di M15. Atau jika berlaku begitu di MN apa akan kita nampak di D1. Kemahiran mencongak bentuk akan dapat membantu para traders membentuk graph belum wujud kepada real graph hanya berpandukan pada pergerakan seni di time frame besar.

Cubalah untuk menguasai cara ini. Anda akan dapat menikmati indahnya forex.

PERLU DI INGAT MA LINE ADA TUGASANNYA TERSENDIRI. 

CS AKAN MENGIKUT ARAH MID BB. 

JANGAN TERPEDAYA MELIHAT ARAH CS BERPANDU PADA ARAH MA. 

Insya Allah. ikhlas dari SahVCS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :