SahVCS menerangkan bagaimana suatu cara untuk mendapatkan jumlah like atau follower dalam sesuatu penyampaian


Assalamulaikum semua dan salam sejahtera.

Di hari cuti trade begini elok rasanya untuk penyampaian santai dan mungkin ianya dapat dikongsikan bagi mendapat manfaat.

Persoalannya adakah apa yang disampaikan akan diambil peduli oleh pembaca. Bagaimanakah cara untuk kita pastikan penyampaian itu berhasil dengan target kita.

1) Ambil REJECTION sebagai satu guide line.

Bagaimana kita melihat
kadang-kadang sambil kita duduk di gerai makan. Terdapat saudara-saudara kita akan datang dari satu meja ke meja yang lain sambil menjual barangan. Ada yang membeli ada juga yang tidak memandang. Mengapa ini sering kelihatan.

Ia adalah satu cabaran bagi peniaga kecil-kecilan yang mana disana memerlukan cara penyampaian atau budi bicara sewaktu berurus niaga.

Begitu juga didalam membuat presentations di atas suatu pementasan. Kita sering lihat ada pementasan yang dipenuhi dengan gelak tawa dan ada juga pementasan yang sunyi sepi tanpa mengetahui apa yang disampaikan akan diterima atau ianya didengari secara paksa.

2) BAHASA TUBUH adalah suatu yang amat mainkan peraan didalam penyampaian. Tidak kira ianya disampaikan melalui pementasan atau melalui penulisan.

Gunakan bahasa tubuh agar seolah-olah pembaca berada disamping kita dengan membicarakan sesuatu isu walaupun ianya berada di tempat lain dan tidak bersama anda.

3) CARI ORIGINALITI didalam penulisan. Jangan sesekala copy paste dari mana-sumber untuk mengharap ianya dibaca sebagai bahan ulangan.

Penciptaan suatu kisah hasil daripada kisah yang original adalah lebih digemari dan sebolehnya biarlah ianya hasil dari pengalaman atau kisah cara anda didalam menyelesaikan.

4) AMBIL SUATU TAJUK RINGKAS didalam sesuatu penyampaian. Ulas semua perkara sedalam-dalamnya dengan menggunakan bahasa mudah agar ianya senang difahami oleh golongan target pembaca anda.

Sekiranya anda memerlukan pembaca-pembaca baru., Pastikan bahan penulisan dapat difahami oleh segenap lapisan usia dengan menerangkan perkara berikut secara details:

1) Permasalahan
2) Punca atau akibat
3) Cara penyelesaian
4) Faedah atau kebaikan yang diperolehi.

Sentiasa kita perlu ingat yang mana masa yang kita ambil dari seseorang adalah amat berharga walaupun ianya mungkin sekadar masa lapang bagi mereka. Namun sekiranya 5 minit penyampaian kita dirasakan seperti 5 jam penyampaian bagi pembaca atau pendengar. Kita akan lihat seolah-olah mereka mula mengerakkan kerusi atau badan dengan keadaan tidak selesa.

5) Jangan tinggalkan pembaca dengan persoalan yang tidak berjawap atau tunggu sambungan di episode berikutnya. Ianya bukan kisah cerita atau sinetron yang perlu mengambil masa panjang untuk pembaca mengetahui kesudahan cerita dengan menunggu tempoh masa.

6) Gunakan bahasa yang sesuai dengan ejaan yang baik mengikut tutur kata penyampaian agar seolah-olah pembaca juga dapat membaca seperti anda berbicara

Insya Allah sesuatu yang sempurna akan mudah untuk disampaikan dan ianya akan memudahkan pembaca untuk memahami.
Ianya dapat meningatkan peratusan penerimaan ilmu yang disampaikan dan membawa kepada GOAL yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :