SahVCS menerangkan cara yang terbaik didalam memahami bentuk trend

Assalamulaikum dan Salam sejahtera pada semua.

Pengenalan time frame dan cara pertukaran unit mungkin agak sukar bagi sesetengah orang untuk memahaminya. Sekejap melihat tf H4, sekejap melihat pula tf M15. Kadang-kadang kena pula lihat tf yang lebih besar atau lebih kecil. Pening la, tak faham... Kenapa susah sangat nak trade ni. Ada cara mudah ke untuk memahami pertukaran tf ni?

Disini SahVCS tunjukkan satu cara mudah dan cuba lakukan ianya untuk satu jangka masa yang sama. Contohnya pada hari yang sama dengan jumlah masa yang sama

Contoh kita ambil rujukan H4 3 CS ye. Pada hari Isnin.

Pastikan dahulu waktu server ON jam berapa. Andaikan server ON jam 6am. Maka CS H4 yang pertama akan muncul untuk jam 6am sehingga jam 9:59am.

Mari kita mula lihat corak 3 CS bermula jam 10am. Kita ABAIKAN Kemunculan CS pertama tadi. Sekarang kita ambil CS jam 10am sehingga jam 1:59pm sebagai CS pertama H4. Manakala CS keduanya pula untuk jam 2pm sehingga jam 5:59pm manakala CS ketiganya adalah untuk jam 6pm hingga jam 9:59pm.

Cara itu adalah untuk 3 CS H4 yang pertama.

Kita kenal pasti pula CS H1 nya. Selepas itu kita kenal pastikan pula CS M15 nya dimana.

Buat seperti pembahagian cara dibawah ini.



Jangan trade dahulu di hari Isnin berkenaan sebab kita baru belajar cara membahagikan corak CS mengikut tf. Bermula Selasa kita mulalah trade.

Cara paling mudah adalah ambil kedudukan H4 yang memulakan pangkal leher graph SahVCS. Untuk memahirkan mengenal bentuk jika ini berlaku di H4 oooo macam ni rupanya akan DITUNJUKKAN di H1. Dan seterusnya baru kita akan nampak trend yang berlaku di M15 nya. Buat banyak kali terutamanya di masa free. Anda akan nampak ianya semakin jelas cara trend terbentuk dan nampak masa entry dengan mudah. Ini kerana 3 CS H4 akan menceritakan corak trend M15 yang bakal berlaku sepanjang 12 jam akan datang. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :