SahVCS mengambil sideway sebagai trend

Didalam trade terdapat 2 jenis trend yang biasanya digunapakai di dalam menganalisis market iaitu sell dan buy. Ianya amat berbeza dengan teknik cara SahVCS membuat jalan kerja. Didalam teknik SahVCS penggunaan sideway adalah merupakan 1 trend wajib. Dan ini bermaksud trend didalam teknik SahVCS adalah terdiri dari 3 trend iaitu
1. Sell trend
2. Sideway
3. Buy trend.

Mengapa sideway dianggap sebagai trend?

Ianya adalah satu kewajipan pasti berlaku di dalam setiap kali berlakunya perubahan trend ketika melengkapi syarat pembukaan trend di pangkal leher sehingga pembentukan e2. Didalam pembentukan e2 akan mewujudkan AC graph. Sideway akan dikira dan digunapakai bermula dari pembentukan e2, pembentukan AC sehingga pembukaan leher baru. Mengikut SOP teknik SahVCS.  Pembentukan graph SahVCS yang telah dimasukkan dengan beberapa formula berpandukan pemalar akan membentuk graph SahVCS yang akan sentiasa berulang-ulang dengan corak yang sama di kesemua time frame dan untuk kesemua pairs yang terdapat dalam mt4. Untuk lebih mesra dengan end user yang mana SahVCS dilahirkan di Malaysia. Kita mencorak graph sell seperti bentuk peta Semenanjung Malaysia manakala graph buy seolah-olah gabungan kepulauan Borneo peta Sabah dan Sarawak. Ianya amat unik jika diperhatikan dan membawa maksud tersendiri yang mana ianya merupakan tapak-tapak kelas SahVCS pernah dibuat. Pendekatan bentuk yang berulang inilah yang akan membantu untuk para traders dari SahVCS memorex secara santai dan dapat mengenalpasti pembentukan trend akan datang walaupun ianya belum terbentuk di mt4.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :