Aku Dan Forex ( series 9 episod 5 )





                 

                           EPISOD 5


Hidup aku hanya melihat chart sahaja.. tiada sebarang aktiviti termasuk urusan2 family aku tidak endahkan kerana sepanjang masa aku hanya bergelumang dgn kayu2 lilin yg bergerak seperti ulat beluncas itu. Pada masa itu aku sendiri handle 8 akaun yg besar termasuk akaun big client tersebut semuanya usd50k ke atas dan ada bbrp akaun amount ratusan ribu usd…. Akaun2 lain team aku yg managekan… Bayangkan kalau layan scalping sure x sempat untuk scalp kelapan2 akaun tersebut secara serentak. Biasanya aku akan jalankan 2 atau 3 akaun serentak… Bila float aku layan akaun lain pulak… Aku tidak menggunakan MT4 sebaliknya broker yg digunakan mempunyai trading platform sendiri iaitu java. Sudah 3 hari aku x balik rumah… aku hanya terperap dipejabat.. Pair GJ dan EU sahaja yg aku fokuskan … Memang lot entry aku kali ini agak kecil… tetapi tabiatku masih tidak berubah iaitu lawan trend. Bila profit cepat2 nk close dan bila float dibiarkan dan sampai satu tahap di locking sahaja…. Beberapa layer tertinggal di atas dan aku harapkan market akan berpatah blk.. yg mana entry sell semua dah disclose awal tanpa mengenali erti menunggu lama… masalah sekrg entry buy aku.. woiii bila kau nk naik blk ni? Lahanat… kalau org dgr sure org ingat aku tgh berckp dgn seseorang tetapi realitinya aku sensorg di pejabat bersama hantu2 kopek yg sedang menari inang mengelilingiku… aku x pernah mengenali apa itu support resistance dan breakout. Dahla guna TF kecik… langsung tak pernah refer TF yg besar sure kita xkn nmpk movement market itu lebih jelas akan dtg… Camana nk refer sbb mmg x pernah tau nk baca market dgn TF yg lebih besar….
Kini memasuki hari ke 4 aku tidak berganjak di pejabat… staf yg masuk keje pun dah dtg pastu balik keje bbrp kali.. tiap pagi bila mereka masuk satu ayat ni mesti dorg akan ckp…. “ehhh encik zack.. x balik2 lagi ke?” Aku senyum sinis je.. ikutkan hati aku mau aku pi terkam minah tu kang.. sabar2.. marah dgn market jgn pulak anak dara org aku nak terkam pulak.. mesti dlm hati dia kata rajinnya boss aku.. padahal dia x tau kepala aku tgh kusut gila tgk warna merah2 semakin meningkat angkanya.. mandi semua di pejabat.. dtg pejabat mcm blk kampong siap bwk beg pakaian lagi.. muka pun dah x terurus.. mcm kucing makan anak bila org tgk.. aku merenung skrin computer aku.. bila tgk tiba2 dia keluar lagi candle panjang ke bawah…… dlm hati aku.. ya alllah.. ya allah.. apa ni? Tolongla hambamu ya allah.. aku x sanggup dlm keadaan sebegini.. sambil aku pohon doa tgn aku bertindak pantas terus click lagi buy… entry2 je tgk dah float 50 pips x sampai seminit.. ini bukan entry zero float yg diajar oleh sifu2 hebat zaman sekrg ni.. ngeh3… tapi masa tu mana ada sifu yg hebat sebegitu.. aku sendiri pun sejak involve dlm forex x pernah pergi belajar mana2 kelas.. ikut rasa hati je.. leverage pun aku sendiri x tau apa kejadahnya..
Memasuki tengahari perut aku sgt kelaparan.. lupa malam td x makan sbb leka tenung chart.. aku turun lif pergi dkt cafeteria.. ada minah2 indon yg bekerja kat situ tapi semua x menarik minat aku.. klu muka mcm neelofa ok jugak tapi masa tu neelofa pun tgh sibuk belajar nak ambil peperiksaan PMR kot.. makan cepat2.. risau dgn market.. selesai aku terus naik ke pejabat utk melihat market dah kemana pula.. Aku tgk terus terjun lagi… hati aku tiba2 rasa hiba… buat muka sedih depan market.. apala nasib aku.. kenapa market itu terlalu kejam dgn aku.. kenapakah market tu xde belas kesian dkt aku walau sedikitpun.. tolonglaaaa… aku mohon padamu ya Allah.. tolongla hambamu ini.. itulah kata2 hatiku diwaktu itu.. aku rasa mcm nak menangis melihat semua akaun2 yg aku manage dlm keadaan semakin teruk… sudah lebih 2 bulan keadaan sedemikian.. asalnya aku entry, aku lihat market dah jatuh byk.. masa mula aku entry sure aku fikir dah byk jatuh ni.. mesti nk naik blk.. tanpa lihat apa keadaan sbnr hanya menggunakan andaian sedemikian semata2.. byk entry yg aku dah locking.. pair2 gj ada yg locking sampai ribuan pips.. Sama keadaan juga dgn team aku… mereka semua dipejabat lagi satu.. tiada akaun yg perform, 2 x 5 saja dgn akaun yg aku handle.. jam 5 pagi aku x bole tidur.. aku terpaksa monitor akaun2 tersebut.. time tu jugakla bbrp kali berlaku terjunan yg deras seperti air mengalir tanpa henti…. Aku terus panic x tau nk buat apa lagi.. nk tambah lot dah x berani.. aku takut utk bertindak apa yg sepatut dilakukan.. mmg nmpk sgt tanpa ada pengalaman yg luas dlm bertrading especially akaun2 yg besar, otak cepat jadi buntu.. hanya mengharap semata2.. umpama mengharap terhadap kasih yg x sudi… Aku ingat lagi, pada waktu tghari dalam bulan oktober, kebiasaanya waktu itu market akan santai… jarang ada pergerakan yg kuat.. tetapi hari itu secara tiba2 GJ buat terjunan yg kuat sehingga 1700 pips dlm masa 1 jam.. tanpa ada angin bertiup.. hari itu juga range utk pair GJ saja mencapai 3200 pips… dan hari tu juga 3 dari akaun yg aku handle terus MC… dan akaun2 lain semakin teruk…
2-3 bulan kebelakangan ini keadaan aku sgt teruk sekali.. ini semua angkara market forex… aku memikul satu tanggungjwb yg besar tanpa ada knowledge, skil dan pengalaman yg bagus.. terlalu berani membuat sesuatu perkara tanpa ada apa2 ilmu dan asas yg kuat pada diri sendiri.. aku pernah rasa nk gila pada masa itu.. stress yg memasuki stage 4… aku berckp dgn market.. aku marah dia.. aku tuduh dia x perikemanusiaan.. aku tuduh dia sengaja cuba utk menghancurkan hidup aku.. tapi bila time lain, sikap aku berubah… aku cuba bodek market tersebut.. aku cuba berbaik dgn dia… aku berckp dgn dia.. aku kata dia baik.. dia cantik.. aku terpikat dgn sifat dan pendirian yg ada pada dia.. aku berjanji utk melamar dia kalau dia boleh dgr ckp aku.. adakah itu satu perangkap yg aku cuba createkan utk memenangi hati dia? Tidak.. pasti itu sama seperti org gila.. tiba2 aku terus sedih.. aku berlakon.. aku menangis depan dia tanpa keluar sebarang air mata… tapi kalau tgk muka aku buat mmg sedih amat sgt.. kalau org tgk aku silap2 kasi penyepak je..
Kur kurrrr… telefon bimbit aku berbunyi.. partner aku menelefonku.. akaun2 penting dgn akaun besar company semua sudah hampir nyawa2 ikan… ajak berbincang utk lakukan sesuatu.. apalagi yg boleh dibuat utk mencari dana top up akaun tersebut? Tiada jalan lain.. cagar rumah, kereta, barang2 kemas semata2 utk top upkan akaun2 yg nazak.. adakah itu langkah terbaik? Sekurangnya kami semua berusaha.. aku x tau apa akan jadi pada diri aku selepas ni.. aku tawakal.. pasrah… satu persatu akaun telah korban… duit dari akaun luar Negara juga sudah habis digunakan utk top up akaun yg nyawa2 ikan.. itu jalan yg terakhir.. apabila top up akaun tersebut, salah satu akaun company yg besar terus mc x sampai seminggu atas tindakan yg salah dan nekad.. akaun utk big client tu mmg dah musnah sebelum tu lagi.. anggap percubaan mereka beri pada kami telah gagal… mmg xde harapan utk tekel hati mereka kembali.. fikiran x tenteram.. sure mmg xkan mampu utk membuat satu decision yg terbaik.. dlm kepala hanya fikir ingin selamatkan duit2 modal dlm tu saja… hakikatnya modal dari sumber lain juga abis hangus.. aku merenung masa depanku… tapi aku cuba kuatkan hati aku… masuk bulan 12 2008 complete kesemuanya… semua akaun jagaan aku sudah tiada.. akaun2 lain yg diuruskan oleh partner aku juga hangus.. apa lagi yg aku boleh buat.. aku byk termenung.. terus mengenangkan kesemua jumlah USD2.2 juta hilang begitu saja.. ghaib dari pandangan mata… tiada sapa yg boleh membantu.. dgn siapa yg aku boleh minta tolong lagi…
Selepas peristiwa itu, apa yg terjadi pada aku bersama team2 disyarikat aku… satu perjalanan yg amat sukar.. bagaimana aku cuba bangkit balik konon2 supaya syarikat aku boleh bertahan…. bagaimana aku cuba survive hidup aku.. aku akan bersambung di episode ke 6 akan datang…. Jumpa lagi.. nk cari tisu sat utk standby episod2 selepas ni…

CREDIT :- Kisah Inspirasi Forex Trader Atuk Pemalu ( ZAMRIN ARIFFIN FB ) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :