SahVCS dengan cara entrynya


✌️ Perlu ingat didalalam teknik SahVCS terdapat 2 cara entry sahaja iaitu:

πŸ‘‰     1)BUKAAN LEHER.
πŸ‘‰πŸ‘‰2) e2.

SahVCS membezakan entry di Pembukaan Leher dengan e2. JADI πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰ INGAT SUPAYA TIDAK MENCAMPURKAN CARA ANTARA KEDUANYAπŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ.

πŸ™‚ BUKAAN LEHER ADALAH CARA PALING SMART DAN PALING SELAMAT TERUTAMANYA PADA TRADERS BARU.

KERANA :😊BUKAAN LEHER

1) Masa ditentukan berpandukan tf pada 3 CS pertama sahaja.

BERMAKSUD:
tahap masa adalah tertakluk pada 3 CS tu berada di time frame mana yang anda pilih.

2)TANDA-TANDA AWAL 3 CS INI AKAN MUNCUL ADALAH JELAS MENGIKUT SOP SahVCS.

Bermaksud:
Bukaan leher hanya akan muncul di penghujung SIDEWAY dengan menyatakan syarat-syarat dibawah.
πŸ˜€ Anda akan nampak BB putih main graph akan mengecil dan mengecil dengan diikuti DOT mestilah sudah mencelah masuk MID BB dan menghampiri MA. Disana akan berlaku persilangan antara MID BB atau KICK DOT ( mana-mana antara satu akan berlaku dahulu tidak mengapa) yang penting kedua-dua keadaan ini mesti sudah berlaku dahulu. Selepas itu BB luar atas dan bawah akan membuat bukaan lehernya secara mengembang. Di situ lihat kedudukan DOT yang baru di kick tadi. Dimanakah DOT berada? Jika DOT berada di dalam BB bermaksud trend yang bakal berlaku tidaklah lama. Sebaliknya jika KICK DOT berada di luar BB bermaksud trend yang berlaku nanti akan lebih lama lagi.

Disamping itu pastikan key word ini. CS akan sentiasa dekat dengan MA. Ini bermaksud jika persilangan berlaku di awal tadi membawa MA ke atas dan mid BB ke bawah.... ianya akan membentuk trend BUY.

Jika MA bersilang dan kebawah manakala mid BB pula menghala ke atas ianya membawa maksud trend SELL akan dibentuk.

Disini perlu buat entrynya dengan tp 3 CS. Bermaksud jika  masa kita lihat tu adalah time frame M15.. maka 3 CS adalah hanya untuk 45 minit sahaja wajib closed entry.

Jika kita lihat ianya di time frame H1. Maka 3 CS bermaksud 3 jam entry tadi mesti diclosedkan. Begitulah dengan tf yang berikutnya iaitu H4.

Okey cukup hanya untuk M15, H1 & H4 sahaja. Jangan buat di tf yang lebih besar dari itu jika margin atau modal anda kecil. Perlu ingat dan kena sentiasa waspada untuk menjaga modal.


😊😊 e2 ADALAH CARA UNTUK UNTUNG BERGANDA DAN JANGAN BERKIRA DENGAN MASA.

pembentukan e2 adalah selepas 3 CS trend diatas mula mencapai tahap penstabilan matawang selepas RAMP.

Selepas e2 akan muncul AC dan diikuti dengan SIDEWAY.

Bagaimana mengesan kemunculan e2?

1) Selepas 3 CS trend bukaan leher perlu standby untuk 1 CS pertama yang bakal membuat retrace. Jika terjadi SELEPAS 3 CS tadi masih ada impact untuk CS ke 4 atau ke 5 memaksimumkan perjalanan trend ... ANGGAP IANYA ADALAH BONUS SAHAJA... JIKA BOLEH TIDAK PERLU UNTUK AMBIL ENTRY BARU DI KEDUDUKAN BONUS INI. ADA BAHAYANYA JIKA ANDA BELUM MAHIR.

2) Setelah muncul CS retrace itu lihat cara BB bertindak.

πŸ˜€ Jika BUY trend perlu lihat BB luar bawah.
πŸ˜€ Jika SELL trend perlu lihat BB luar atas.

Pastikan anda menjumpai BB luar berkenaan mula retrace pada tahap paling maksima pembentukan lengkung BB berkenaan. Lihat CS yang ada betul-betul pada kedudukan sebaris dengan retcace BB tadi dan ambil nilaiannya secara average iaitu titik tengahnya. Itu adalah e2.

Di e2 ini akan menjadi tanda aras sebagai touch point  AC nanti.

Touch point AC adalah:
πŸ˜€ 1 ke 2
πŸ˜€ 2 ke 3

Jika trend yang terbentuk di pembukaan leher adalah BUY. Maka lengkuk AC pertama akan bermula dari point e2 sebagai titik (1) turun dahulu dan melengkung naik ke titik (2)
Titik (2) adalah juga di paras nilaian e2.

Selepas itu ianya akan naik dari point titik (2) secara melengkung juga dan mendarat di touch point titik (3) juga di paras e2.  Selepas itu barulah SIDEWAY akan berlangsung sehingga ke penghujung sidewaynya.

Adakah e2 dan AC dikira sebagai SIDEWAY?

YA. Ianya adalah permulaan sideway.

Di e2 ianya akan mula nampak DOT akan mula menghampiri mid BB manakala di AC pula DOT akan mula mencelah memasuki mid BB untuk menghampiri MA.

Ianya dikenali sebagai permulaan SIDEWAY selagi DOT belum memcelah mid BB dan menghampiri MA.

Apabila DOT mencelah MiD BB dan menghampiri MA ianya dikenali sebagai penghujung SIDEWAY. Keadaan ini akan berlaku sehinggalah BB akan mula mengecil semula untuk membuat bukaan leher barunya nanti bagi mbenarkan trend selepasnya terbentuk.

πŸ˜…πŸ˜… Perlu ingat jika sekiranya DOT sudah di kick sebelum mencelah antara MID BB dan menghampiri MA berlaku awal terjadi ia membawa MAKSUD akan berlaku semula KICK DOT selepasnya bagi membenarkan SIDEWAY dibentuk sempurna.

Syarat penghujung sideway perlu ianya dilalui dengan DOT mencelah MID BB dan menghampiri MA. Jika tidak ianya belum puas lagi dengan permulaan KEJADIAN SIDEWAY berkenaan. Mesti akan ada KICK DOT SEMULA di masa terdekat dalam pola trend berkenaan.

Disini yang kita di SahVCS menyatakan tahap SIDEWAY dengan entry menggunakan e2 perlu lebih bersabar dan jangan terlalu terikat dengan masa untuk capai TP profitnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :