SahVCS menerangkan mengenai total entry


Assalamulaikum dan salam sejahtera. Salam penghujung Ramadhan dan Salam lebaran SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2019 kepada semua rakan muslim dan selamat bercuti kepada non muslim semua.

SahVCS amat menitik beratkan jumlah entry pada suatu masa bagi mempastikan jumlah layer atau lot size dapat dikawal.

😊 3 entry dibenarkan pada satu masa tidak kira sama pairs atau berlainan. Ianya perlu bagi menjaga layer atau margin.

😋😋 2 entry tambahan adalah ketika bonus dibenarkan dengan jumlah keseluruhan adalah maksimum 5 entry pada suatu masa selagi ianya belum closed.

Ini membawa maksud kitaran maksimum entry perlu dikekalkan kepada 5 entry sahaja dengan 3 entry normal dan 2 entry untuk tambahan sewaktu masa bonus didalam graph SahVCS.

Bagi mereka yang risau dengan floating kerana ketidak cukupan masa di musim perayaan. Bolehlah buat transfer amaun yang perlu ke dalam wellet dan kekalkan nilai yang patut untuk berdagang di mt4. Ia adalah salah satu cara yang digalakkan kepada traders baru. Manakala untuk traders berpengalaman tidak menjadi masalah dengan lock trend H4.

👉 Layer hanya dibenarkan di kedudukan 2 CS sama level jika berlaku counter back sahaja.

Jangan sesekali buat layer seperti "kek lapis" Amat merbahaya.

Akhir kata sempena menyambut Syawal esok, kami di SahVCS juga telah melabuhkan tirai berdagang sempena menyambut meraikan syawal.




Dengan rasa rendah diri kami mengucapkan sekali lagi

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI DI SahVCS."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :