SahVCS mengingatkan agar "JANGAN TRADE JIKA" :


Para traders atau rakan - rakan  traders biasanya akan teruja jika melihat keuntungan profit yang didapati berlipat kali ganda.

Secara sedar atau tidak mereka yang telah maju trade telah melalui pengalaman jatuh bangun sebelum mereka berjaya. Bagi traders baru perlulah sentiasa mengkaji bagaimanakah pengalaman seseorang traders berjaya itu mendapatkan profit.

Justeru itu kami di SahVCS amat mengambil berat tentang kemampuan seseorang untuk memasuki arena forex ini.

Jangan trade jika anda adalah salah seorang dari yang berada dikalangan begini;

👉 Menggunakan duit modal dari duit dapur.
👉 Tiada simpanan atau tidak mempunyai modal cair.
👉 Hari - hari WD dari keuntungan untuk dijadikan modal kehidupan semasa.
👉 Terus trade kerana orang lain boleh untung tanpa mempelajari ilmu forex.
👉 Tidak mengambil tahu leverage atau jenis akaun orang yang dijadikan inspirasi sebagai rujukan.
👉 Hanya sekali sekala memorex tanpa aktif.
👉 Terlalu banyak mengunakan teknik yang belum sepenuhnya dipelajari.
👉 Masih mengharapkan signal untuk forex.
👉 Hanya pernah bermain demo dan amat jarang bermain real.
👉 Jika anda memorex tetapi graph tidak pernah dilepas pandang dengan hati yang berdebar
👉 Jika anda tidak tahu membezakan penggunaan lot saiz dalam penggunaan time frame.

PASTIKAN ANDA SENTIASA MENYAYANGI MODAL ANDA DAN TRADE TANPA GANGGUAN EMOSI YANG TERLAMPAU.

Bermulanya memorex biarlah dari modal yang kecil dan secara peringkat demi peringkat dibesarkan. Pastikan setelah anda dapat semula pulangan modal dan keuntungan 2 kali ganda dari modal anda, anda perlu keluarkan modal anda dari akaun trade. Disini anda hanya akan berdagang dengan hasil keuntungan sahaja maksudnya.

Jangan terlalu terikat untuk perbesarkan akaun anda pada satu - satu masa. Anda juga yang akan stress nanti. Jika boleh biarlah anda berdagang dengan masa yang terbuka.

Amalkan target harian kerana ianya akan membantu anda untuk berdagang secara berhemah.

Sentiasa amalkan berdagang adalah satu corak perniagaan. Rezeki itu Insyaallah tidak pernah salah alamat. Hanya kita yang perlu mendapatkannya sama ada ianya cepat atau lambat dengan usaha dan tawakal.

Jika kita hendak menangkap ayam. Janganlah ianya dikejar, nanti kita yang penat. Taburlah beras dengn membiarkan dia datang sendiri dan jeratlah ia.

Sekiranya kita hendak menangkap kupu - kupu jangan di paksa ianya, nanti rosak kecantikan kepaknya. Taburlah manisan di bunga nanti akan lebih banyak yang datang. Tangkaplah ianya dengan jaringan.

Rezeki itu akan lebih indah jika ianya datang dengan kemanisan berbanding paksaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :