SahVCS di penutupan bicara.


Hanya yang melalui sahaja tahu menilainya.










Selamat memorex dan salam sejahtera.

SahVCS share pendapat penggunaan tekniknya











BIARLAH GAMBAR BERBICARA.

Selamat memorex.

Weakness Inside Bar




                                                        




Chart M15 di atas menunjukkan bagaimana Inside Bar menunjukkan kesan “weakness” rally atau “exhausted”.

Beberapa ciri-ciri penting yang dapat dilihat di chart di atas:

• Inside bar berlaku selepas berlaku nya satu rally yang panjang

• Ianya kerap berlaku  pada waktu 2-3jam sebelum market US tutup (US closed) iaitu jam 2:30 pagi waktu Malaysia

• Stop loss perlu diletak kan di atas candle pertama inside bar. Ini bermakna, jika “new high” terbentuk di atas Inside bar pattern tadi. Bermakna , inside bar tadi adalah “pause market”

 • Berdasatkan gambar di atas, jika kita merasakan keadaan pasaran ini sudah terlalu tinggi kerana mencapai maximum daily range dan ingin mengambil posisi SELL. Risiko kedudukan Stop Loss perlu diletakkan di atas high Inside bar . Ini kerana kita tidak tahu sama ada inside bar itu adalah “pause” atau “reversal(weakness rally)”.

CIRI-CIRI PENTING INSIDE BAR




• Untuk mengenal pasti Inside Bar, kita hanya perlu melihat High dan Low candle sahaja.

• Terdapat dua candle yang membentuk inside bar. High dan Low di candle pertama perlu berada di luar candle kedua

 • Inside bar sentiasa berlaku ketika market dalam keadaan rally yang dan akan berlaku “pause” atau “exhausted”


Gambar di bawah menerangkan cara mengesan dan melihat Inside Bar






Gambar di atas menunjukkan bagaimana candle 2 berada di dalam candle 1. 


• Low candle 2 lebih tinggi dari low candle 1
• High candle 2 tidak  melepasi high candle 1

(2) perkara penting apabila berlakunya INSIDE BAR pattern





Terdapat dua(2) perkara penting apabila berlakunya INSIDE BAR pattern iaitu:



REVERSAL


a. Berlaku selepas Rally yang panjang

b. Seringkali berlaku pada hujung waktu penutup (market closed)


PAUSE


a. Memberitahu kebarangkalian continuation berlaku

 b. Berlaku ketika waktu aktif(open market atau pertengahan sesi market)

c. (PENTING) Berlakunya Breakout pada High atau Low Inside Bar yang memberitahu continuation berlaku. 


                                                 


• Gambar  menunjukkan bentuk Inside Bar

 • Gambar  menunjukkan perbezaan  bentuk candlestick tetapi mempunyai persamaan dari segi ciri High dan Low

• Inside bar boleh berlaku dalam bermacam macam bentuk jika kita menggunakan Candlestick Pattern seperti yang ditunjukkan pada Candlestick No(1),No(2), dan No(3).

• Bar Chart dapat menunjukkan bentuk Inside bar yang sangat jelas.

• Jika trader menggunakan candlestick untuk mencari inside bar. Ianya sangat sukar berbanding menggunakan Bar chart yang hanya perlu melihat High dan Low candle sahaja.




BAHAGIAN 7: KEFAHAMAN ASAS INSIDE BAR




  7.0 PENDAHULUAN: KEFAHAMAN INSIDE BAR CANDLE

Pattern candlestick sentiasa memberi “clue” dan “information” mengenai pergerakan harga. Inside bar pattern merupakan bentuk yang paling mudah dicari dan ianya adalah penunjuk melemahnya salah satu side(buyer atau seller). Berikut adalah maklumat(information) yang boleh diberikan oleh Inside Bar Pattern:


• Inside bar memberitahu “weakness” dalam satu perjalanan harga. 


• Inside bar memberitahu market akan berhenti(pause) dan jika ianya benar telah melemah. Risiko untuk harga membuat pembetulan(correction) adalah sangat tinggi.


 • Inside bar boleh terbentuk dalam berbagai cara jika melihat candlestick pattern. • Inside bar mengandunig maklumat(information) mengenai High dan Low candle di mana konsep penting darinya akan memberitahu kekuatan market iaitu:

 Hanya buyer dapat membuat high market yang baru  Hanya seller dapat membuat low market yang baru

CME DATASUITE




• Pergi ke http://datasuite.cmegroup.com/
• Kemudian Klik di Equivalent








• Akan terpampang orderbook untuk Future Currency








• Perlu di ingat, harga di orderbook ini berlainan sedikit yang berada di Meta Trader kerana disebabkan oleh mark up dan price filter oleh Tier 3 dari setiap Broker. Tetapi kesan pergerakan market tetap sama.

• Orderbook yang ditunjukkan oleh CME databook adalah REAL SIZE TIER 2 dari pemain utama(big player). Hal ini kerana, pemain utama dalam pasaran menggunakan medium CME untuk melakukan transaksi kerana kelebihan(incentive) yang diberikan oleh mereka. Setiap kali orderflow masuk dan diisi. CME akan membayar untuk setiap transaksi yang berlaku. Oleh itu, ini akan menarik minat penyumbang kecairan(liquidity provider).

• Selain dari itu, Order yang ditunjukkan oleh CME datasuite adalah REAL dari semua EXCHANGE. Bermaksud, Ianya adalah kombinasi dari semua exchange yang membentuk market atau Depth itu sendiri.



BAHAGIAN 6:DI MANA MAHU MELIHAT ORDERBOOK ??




6.0 Di mana mahu melihat ORDERBOOK?



CME Group adalah satu entiti yang terkenal di dunia. CME group memperdagangkan dan mengawal selia hampir 3 billion kontrak bernilai hampir 1 Quadbillion secara purata. Syarikat ini menyediakan kemudahan bagi pembeli dan penjual untuk melakukan perniagaan. Mereka telah membawa individual,syarikat-syarikat besar, dan instituasi yang memerlukan mereka mengawal risiko. CME Group mempunyai 4 pasar utama (Exchange) iaitu CME,CBOT,NYMEX, dan COMEX. Produk yang ditawarkan adalah seperti interest rate,foreign exchange,energy,agricultural commodities dan lain-lain. Melalui kemudahan yang diberikan oleh CME group, pengguna dan peniaga dari seluruh dunia dapat melakukan perniagaan melalui mereka. Oleh hal demikian, CME group telah menyediakan satu satu mekanisme bagi memberi informasi kepada semua peniaga mereka dalam melakukan perniagaa. CME Datasuite adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh CME group untuk melihat keadaan pasaran di dalam kawalan mereka. Walaupun market adalah tidak centralize, tetapi kemasukan pemain pasaran adalah melalu mereka. Setiap kemasukan akan ditunjukkan melalui CME datasuite.

Oleh itu, bahagian ini akan menerangkan bagaimana untuk melihat OrderBook yang ASLi dari pasaran terbuka. Kita akan menggunakan CME datasuite untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Contoh 11





Contoh 11 menerangkan  bagaimana arahan order dilakukan terhadap OrderBook. Contoh ini menerangkan bagaimana kemasukan Order dapat mempengaruhi Best Bid atau Best Offer pada Orderbook. Kemasukan Order yang mempunyai lebih tinggi dari Best Bid atau lebih rendah dari Best Offer akan membuat pasaran baru atau new market dan berlaku perubahan terhadap Spread.Contoh 11 hampir sama dengan Contoh 10 tetapi berbeza dari segi Jenis Order dan Harga. 


(1) Kemasukan order adalah seperti berikut





 Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order P241 yang mahu membeli Stock XYZ pada harga RM28 dengan kuantiti sebanyak 435 unit. Permintaan Order P241 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order P241.

 (2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut:

• Best Bid : RM27 [480]
• Best Offer : RM30 [25]
• Maka, Spread RM30-RM27 = RM3
• Total Bid :600 Unit
• Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order P241 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM.

 I.  Order P241 mahu menjual pada harga RM29 dengan kuantiti sebanyak 435unit sahaja.

 II.  Jika dilihat di OrderBook jam 11:00:00AM , Spread(best bid dan best ask) adalah pada RM27(Best Bid) dan RM30(best Offer). Order P241 yang mahu menjual pada RM29 dan berada di kedudukan antara Spread. Maka, Order P241 akan menjadi Best Offer yang baru kerana kemasukan sebagai mahu menjual.

III. Order P241 tidak akan dipenuhi/dilepaskan memandangkan tiada yang mahu membeli(being bid) pada harga RM29 di Orderbook jam 11:00:00AM.

CONTOH 10




Contoh 10 menerangkan  bagaimana arahan order dilakukan terhadap OrderBook. Contoh ini menerangkan bagaimana kemasukan Order dapat mempengaruhi Best Bid atau Best Offer pada Orderbook. Kemasukan Order yang mempunyai lebih tinggi dari Best Bid atau lebih rendah dari Best Offer akan membuat pasaran baru atau new market dan berlaku perubahan terhadap Spread.

(1) Kemasukan order adalah seperti berikut





 Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order P241 yang mahu membeli Stock XYZ pada harga RM28 dengan kuantiti sebanyak 435 unit. Permintaan Order P241 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order P241.

 (2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut:
 • Best Bid : RM27 [480]
• Best Offer : RM30 [25]
• Maka, Spread RM30-RM27 = RM3
 • Total Bid :600 Unit
 • Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order P241 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM.

 I.  Order P241 mahu membeli pada harga RM28 dengan kuantiti sebanyak 435unit sahaja. 

II.  Jika dilihat di OrderBook jam 11:00:00AM , Spread(best bid dan best ask) adalah pada RM27(Best Bid) dan RM30(best Offer). Order P241 yang mahu membeli pada RM28 berada di kedudukan antara Spread. Maka, Order P241 akan menjadi Best Bid yang baru kerana kemasukan sebagai mahu membeli.

III. Order P241 tidak akan dipenuhi/dilepaskan memandangkan tiada yang mahu menjual(being offer) pada harga RM28 di Orderbook jam 11:00:00AM.

CONTOH 9





Contoh 9 kali ini menunjukkan bagaimana arahan order dilakukan terhadap OrderBook. Contoh ini menerangkan bagaimana kesan kuantiti yang besar dan tidak dapat dipenuhi akan menyebabkan kemasukan order itu dilakukan di setiap price yang ada sehingga kuantiti tersebut dipenuhi. Contoh ini juga menerangkan bagaimana berlaku nya lebihan kuantiti di harga akan mempengaruhi perubahan price dan kuantiti ketika kemasukan order dilakukan

 (1) Kemasukan order adalah seperti berikut



Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order H342 yang mahu menjual Stock XYZ pada harga “market” dengan kuantiti sebanyak 435 unit. Permintaan Order H342 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan H342.

 (2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut:
 • Best Bid : RM27 [480]
 • Best Offer : RM30 [25]
• Maka, Spread RM30-RM27 = RM3
 • Total Bid :600 Unit
 • Total Offer : 636 Unit



(3)  Berikut adalah ciri-ciri Order H342 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM.

I. Order H342 mahu menjual pada harga market dengan kuantiti sebanyak 435 unit sahaja. Istilah “market” bermaksud Order H342 akan dilepaskan pada Best Offer(harga tertinggi mahu menjual) ketika itu. Order ini adalah direct market order dimana order ini bukan limit order. Ia perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik yang ditawarkan ketika itu sehingga order ini dipenuhi.

II. Berdasarkan Orderbook jam 11:00:00AM, Best Offer iaitu harga tertinggi mahu membeli adalah RM27 dengan kuantiti 25 unit. Tetapi jumlah ini masih belum mencukupi untuk memenuhi kemahuan Order H342 sebanyak 435 Unit. Ini bermakna terdapat lebihan sebanyak 410 unit yang masih belum dipenuhi. 

III. Oleh itu, Order H342 perlu mengambil kuantiti di harga seterusnya iaitu di harga RM31 sebanyak 100 Unit,di RM31 sebanyak 100unit,di RM32 sebanyak 300unit,dan di harga RM36 sebanyak 10unit.  IV. Pada harga RM36 , jumlah yang ditawarkan adalah 100unit, yang diperlukan oleh Order H342 adalah sebanyak 10unit. Oleh itu, kuantiti selepas diambil di harga RM36 adalah 90unit.

CONTOH 8




   Contoh 8 kali ini menunjukkan bagaimana arahan order dilakukan dan kesan terhadap OrderBook. Contoh ini menerangkan bagaimana kesan kuantiti yang besar dan tidak mencukupi akan menyebabkan kemasukan order akan dilakukan di setiap price yang ada sehingga kuantiti tersebut dipenuhi. Contoh ini hampir sama dengan Contoh 7 tetapi berbeza dari segi Jenis Order dan Kuantiti yang ingin dipenuhi.

 (1) Kemasukan order adalah seperti berikut:


 


Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu OrderV394 yang mahu menjual Stock XYZ pada harga “market” dengan kuantiti sebanyak 535 unit. Permintaan Order V394 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order V394.

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:

 

Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480]
 • Best Offer : RM30 [25]
• Maka, Spread RM30-RM27 = RM3
 • Total Bid :600 Unit
• Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order V394 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM.

 I. Order V394 mahu menjual pada harga market dengan kuantiti sebanyak 535 unit sahaja. Istilah “market” bermaksud order V394 akan dilepaskan pada Best Bid(harga tertinggi mahu membeli) ketika itu. Order ini adalah direct market order dimana order ini bukan limit order. Ia perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik yang ditawarkan ketika itu sehingga order ini dipenuhi.

II. Berdasarkan Orderbook jam 11:00:00AM, Best Bid iaitu harga tertinggi mahu membeli adalah RM27 dengan kuantiti 480 unit. Tetapi jumlah ini masih belum mencukupi untuk memenuhi kemahuan Order V394 sebanyak 525 Unit. Ini bermakna terdapat lebihan sebanyak 45 unit yang masih belum dipenuhi.

 III. Oleh itu, Order V394 perlu mengambil kuantiti di harga seterusnya iaitu di harga RM24 sebanyak 25 Unit dan di RM23 sebanyak 30unit. 

CONTOH 7




Contoh 7 kali ini menunjukkan bagaimana arahan order dilakukan dan kesan terhadap OrderBook.Contoh kali ini menerangkan bagaimana kesan kuantiti yang tidak mencukupi akan menyebabkan kemasukan order dilakukan di setiap price yang ada sehingga kuantiti tersebut dipenuhi.


(1) Kemasukan order adalah seperti berikut:




Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu OrderV394 yang mahu membeli Stock XYZ pada harga “market” dengan kuantiti sebanyak 125 unit. Permintaan Order V394 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order V394.

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480] • Best Offer : RM30 [25] • Maka, Spread RM30-RM27 = RM3 • Total Bid :600 Unit • Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order V394 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM. I. Order V394 mahu membeli pada harga market dengan kuantiti sebanyak 25 unit sahaja. Istilah “market” bermaksud order V394 akan dilepaskan pada Best Offer(harga tertinggi mahu menjual) ketika itu. Order ini adalah direct market order dimana order ini bukan limit order. Ia perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik yang ditawarkan ketika itu sehingga order ini dipenuhi. II. Berdasarkan Orderbook jam 11:00:00AM, Best Offer iaitu harga tertinggi mahu membeli adalah RM30 dengan kuantiti 25 unit. Tetapi jumlah di RM30 hanya mempunyai 25 unit berbanding 125unit diperlukan oleh Order V394.  III. Oleh itu, Order V394 akan mengambil jumlah kuantiti di harga seterusnya iaitu RM31 dengan jumlah ditawarkan adalah 100Unit. Maka, Order V394 akan mengambil kuantiti 25unit di RM30, dan 100unit di RM31 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 125unit untuk dipenuhi.

(4) Berikut adalah Ilustrasi Orderbook yang akan dilihat semasa dan selepas kemasukan Order V394  dan kesan terhadap harga dan kuantiti yang terlibat.





Berikut adalah penerangan berdasarkan gambar di atas: I. Status Orderbook ditunjukkan pada jam 11:00:00AM sebelum kemasukan Order V394 II. Order V394 mengambil kuantiti sebanyak 25unit yang ditawarkan pada harga RM30. Order pada harga RM30 sebanyak 25 unit akan ditolakkan dengan kuantiti 125 unit dari Order V394. Hasil tolak menghasilkan lebihan kuantiti sebanyak 100unit(warna biru)  dan bernilai –negative. III. Disebabkan order V394 adalah Market Order(perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik). Lebihan 100unit pada harga RM30 akan mengambil kuantiti pada harga senterusnya iaitu pada harga RM31 yang ditawarkan sebanyak 100unit.  IV. Kemudian, 100unit lebihan kuantiti tadi akan mengambil kunatiti di harga RM31. Hasil tolak menghasilkan nilai 0. Ini bermakna, Order V394 telah dipenuhi. V. Berikut adalah pengiraan lengkap bagaimana Order V394 mengambil kuantiti di OrderBook iaitu pengambilan kuantiti di Sell limit





VI. Dapat dilihat, Spread berubah dari RM3 pada jam 11:00:00AM kepada RM 5 (best offer-best bid:RM32-RM27) selepas kemasukan Order V394. Best Offer telah berubah dari RM 30 kepada RM32 dan harga Best Bid tidak berubah (RM27) VII. Total Offer berubah dari 636 Unit kepada 511 Unit, manakala Total Bid tidak berubah iaitu 600 Unit.

(5) Berikut adalah ilustrasi bergambar bagaimana Order V394 masuk ke dalam Orderbook yang ditunjukkan pada jam 11:00:00AM








CONTOH 6




   Contoh 6 menunjukkan bagaimana arahan order dilakukan dan kesan terhadap orderbook. Contoh ini hampir sama dengan Contoh 5 tetapi berbeza dari segi jenis kemasukan Order.


 (1) Kemasukan order ditunjukkan adalah seperti berikut:




Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order K464 yang mahu membeli Stock XYZ pada harga “market” dengan kuantiti sebanyak 480 unit. Permintaan order K464 yang membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order K464

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480]

• Best Offer : RM30 [25]
• Maka, Spread RM30-RM27 = RM3
 • Total Bid :600 Unit
 • Total Offer : 636 Unit


 Berikut adalah ciri-ciri Order K464 yang dimasukkan akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM

 I. Order K464 mahu membeli pada harga market dengan kuantiti sebanyak 25 unit sahaja. Istilah “market” bermaksud order K464 akan dilepaskan pada Best Offer(harga tertinggi mahu menjual) ketika itu. Order ini adalah direct market order dimana order ini bukan limit order. Ia perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik yang ditawarkan ketika itu.

II. Berdasarkan Orderbook jam 11:00:00AM, Best Offer iaitu harga tertinggi mahu membeli adalah RM30 dengan kuantiti 25 unit.

III. Maka, Order K464 akan mengambil 25 unit yang ditawarkan pada jam 11:00:00AM current book sebanyak 25 unit di harga RM30. Order K464 akan dilepaskan sebagai market order kerana terdapat harga tertinggi(best offer) yang mahu menjual kepada Order K464(matching)




CONTOH 5




Contoh 5 menunjukkan bagaimana arahan memasukan order dilakukan dan kesan terhadap orderbook.

(1) Kemasukan order ditunjukkan adalah seperti berikut




Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order K464 yang mahu menjual Stock XYZ pada harga “market” dengan kuantiti sebanyak 480 unit. Permintaan order K464 yang mahu menjual ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order K464.

 (2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:



Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480] • Best Offer : RM30 [25] • Maka, Spread RM30-RM27 = RM3 • Total Bid :600 Unit • Total Offer : 636 Unit

 (3) Berikut adalah ciri-ciri Order K464 yang dimasukkan akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM I. Order K464 mahu menjual pada harga market dengan kuantiti sebanyak 480 unit sahaja. Istilah “market” bermaksud order K464 akan dilepaskan pada Best Bid(harga tertinggi mahu membeli) ketika itu. Order ini adalah direct market order dimana order ini bukan limit order. Ia perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik yang ditawarkan ketika itu.

II. Berdasarkan Orderbook jam 11:00:00AM, Best Bid iaitu harga tertinggi mahu membeli adalah RM27 dengan kuantiti 480 unit.

III. Maka, Order K464 akan mengambil 480 unit yang ditawarkan pada jam 11:00:00AM current book sebanyak 480unit di harga RM27. Order K464 akan dilepaskan sebagai market order kerana terdapat harga tertinggi(best bid) yang mahu membeli daripada Order K464(matching)

 

CONTOH 4




Contoh 4 menunjukkan bagaimana arahan memasukan order dilakukan dan kesan terhadap orderbook. Contoh ini hampir sama seperti Contoh 3 tetapi mempunyai perbezaan dari segi kuantiti yang mahu membeli.

 (1) Kemasukan order ditunjukan adalah seperti berikut:







Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order W274 yang mahu membeli pada harga RM30 dengan jumlah kuantiti sebanyak 10 unit. Permintaan order ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker Moshed Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu.

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:





Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM di atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480] • Best Offer : RM30 [25] • Maka, Spread RM30-RM27 = RM3 • Total Bid :600 Unit • Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order W274 yang dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM

I. Order W274 mahu membeli pada harga RM30 dengan kuantiti sebanyak 10unit sahaja.

 II. Berdasarkan orderbook jam 11:00:00AM, Best offer iaitu harga terendah mahu menjual adalah RM30 dengan kuantiti sebanyak 25unit.

 III. Maka, Order W274 akan mengambil 10unit daripada 25unit yang ditawarkan pada harga RM30 yang terdapat pada orderbook jam 11:00:00AM. Maka, Order W274 akan dilepaskan sebagai market order kerana terdapat harga terendah(best offer) yang mahu menjual kepada Order W274(matching)

(4) Berikut adalah Orderbook yang akan dilihat semasa dan selepas kemasukan Order W274

 


Berikut adalah penerangan berdasarkan gambar di atas:

 I. Status Orderbook ditunjukkan pada jam 11:00:00AM sebelum kemasukan Order W274

 II. Order W274 akan mengambil kuantiti sebanyak 10unit pada harga RM30 yang ditawarkan sebanyak 25unit. Maka, Order W274 telah dipenuhi(FILL) dan selesai. Order W274 ini akan ditolakan daripada 25unit yang ditawarkan sebanyak 10unit. 25 unit akan ditolak dari 10unit dan menghasilkan 15unit di harga RM30

 III. Selepas operasi tolak, terdapat lebihan sebanyak 15unit pada harga RM30. Ia ditulis sebagai +positive(+15) dan kekal berada di sell limit kerana operasi penolakan menghasilkan nilai +positive.

IV. Dapat dilihat, total offer berkurang dari 636 unit kepada 626 unit. Spread tidak berubah kerana selepas penolakan dari 10unit. Ini kerana hasil penolakan menghasilkan nilai +positive. Maka, kedudukan 15unit tidak berubah dan tetap berada di kedudukan asal(sell limit)











(3) Berikut adalah ciri-ciri Order W274 dimasukkan ke dalam OrderBook yang terdapat pada jam 11:00:00AM

 I. Order W274 mahu membeli pada harga RM30 dengan kuantiti sebanyak 100 unit.

 II. Berdasarkan orderbook jam 11:00:00AM, Best Offer(harga terendah mahu menjual) adalah RM30 dengan kuantiti sebanyak 25unit

 III. Maka, Order W274 akan mengambil kuantiti 25 unit di harga RM30 yang ditunjukkan pada jam 11:00:00AM. Order W274 akan dilepaskan sebagai “market order” kerana terdapat harga terendah(best offer) yang mahu menjual.

 (4) Berikut adalah Orderbook yang akan dilihat semasa dan selepas kemasukan Order W274




Berikut adalah penerangan berdasarkan gambar di atas mengikut turutan nombor bergambar:

(1) Status Orderbook ditunjukkan pada jam 11:00:00AM sebelum kemasukan Order W274

(2) Order W274 akan mengambil kuantiti yang mahu menjual pada RM30 dengan kuantiti 25unit.  25unit daripada 100unit yang diperlukan oleh Order W274 . Order ini akan ditolakkan selepas dipenuhi sebanyak 25unit.

 (3) Selepas Operasi tolak, kuantiti lebihan terhasil sebanyak 75unit. Ia ditulis sebagai –negative(-75) dan berada di kedudukan sell limit.

(4) Selepas kemasukan Order W274, terdapat lebihan 75unit yang belum di isi. Di mana selepas operasi tolak, nilai terhasil adalah negative(-) dan berada di kedudukan sell limit. Oleh itu, order ini perlu dipindahkan ke buy limit dan secara automatik menjadi nilai positive(+). Dengan kata lain, lebihan 75unit ini selepas mengambil kuantiti 25 unit yang ditunjukkan pada jam 11:00:00AM akan bertukar menjadi buy limit pada harga RM30 kerana terdapat lebihan yang tidak dapat di isi.

  (5) Selepas kemasukan Order W274, Final Orderbook dapat dilihat. Market depth sentiasa menunjukkan paling maximum top 5 bid dan top 5 ask. Oleh itu, price hanya melihat 5 harga ke bawah dan 5 harga ke atas sahaja. Maka ,harga RM21 tidak kelihatan ketika ini. Spread telah berubah dari RM3 pada jam 11:00:00AM kepada RM1 selepas kemasukan Order W274. Order W274 telah mengubah spread kerana berlaku nya pengambilan posisi kuantiti di RM30 dan berlaku lebihan yang tidak dapat dipenuhi.




(4) Berikut adalah OrderBook yang akan dilihat selepas kemasukan Order L802:







a. Status orderbook pada jam 11:00:00AM sehingga jam 11:00:30AM ditunjuk seperti di atas.

 b. Order L802 akan menjadi sell limit iaitu di bawah best offer. Dan berlaku pertambahan kuantiti di harga RM31. Order ini melakukan operasi penambahan di harga RM31 dengan kuantiti sebanyak 200unit

c. Final Orderbook selepas kemasukan Order L802 dan dapat dilihat jumlah kuantiti di RM31 menjadi 300 unit selepas kemasukan order L802.

 d. Perhatikan spread tidak berubah selepas kemasukan order L802 kerana order ini menjadi sell limit dan diletakkan di atas best offer. Order L802 tidak mengubah kedudukan spread.

 e. Terdapat pertambahan “Jumlah Menjual atau Total Offer” yang berubah dari Total Offer : 636 unit(jam 11:00:00AM) kepada Total Offer: 836 unit (jam 11:00:30AM) kerana kemasukan Order L802.




   (5) Berikut adalah Ilustrasi bergambar bagaimana Order L802 masuk ke dalam OrderBook Jam 11:00:00AM



  





CONTOH 2

Contoh 2 menunjukkan bagaimana arahan kemasukan order dilakukan.Contoh ini hampir sama pada contoh 1 sebelum ini tetapi berlainan “jenis order” yang dimasukkan.

 (1) Kemasukan order adalah seperti berikut:




Pada jam 11:00:30AM , terdapat kemasukan order iaitu L802 yang mahu menjual pada harga RM31 dengan jumlah 200 unit. Order ini perlu “dilepaskan” ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM di atas adalah seperti berikut:

• Best Bid : RM27 [480]

 • Best Offer : RM30 [25]

 • Maka, Spread RM30-RM27 = RM3

 • Total Bid: 600 Unit

 • Total Offer : 636 Unit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :