3.1 KEUTAAMAN MASA DAN HARGA SEBAGAI PENENTU PROSES BIDAAN






Level keutamaan Order adalah bagaimana satu kemasukan Order dimasukkan dan apakah kesan yang berlaku pada OrderBook. Terdapat dua(2) parameter penting dalam menentukan dan mengklasifikasikan satu kemasukan order iaitu:




(1) Keutamaan MASA(time)

(2) Keutamaan HARGA (price)



Dua(2) parameter atau functionality ini adalah yang akan menentukan sama ada kedudukan best bid dan best ask masih dikawal oleh pemain pasaran(big player) tertentu.  Hal ini penting bagi mereka kerana kedudukan best bid dan best ask sahaja yang akan menentukan sama ada posisi mereka diisi(fill) atau gagal di isi(failed to fill). Berikut akan menerangkan dengan terperinci mengenai peranan keutaamaan MASA dan keutamaan HARGA berdasarkan contoh penjualan satu kereta oleh ALI. Ini adalah contoh paling asas sebelum memahami mengenai penggunaan di Depth Of Market(DOM).




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :