3.1.1 KEUTAMAAN MASA(TIME)





   Masa akan menentukan sama ada satu pembelian atau penjualan dilakukan bagi menentukan siapa pemenang dalam satu proses jualan atau proses bidaan. 


• SITUASI: Dalam satu jualan kereta, Ali membuka bidaan untuk menjual sebuah kereta WIRA. Beliau membuka bidaan pada harga RM10,000 (harga terendah). Beliau membuka bidaan pada jam 11:00:00AM sehingga jam 11:59:59 AM sahaja. Ini bermakna, pemenang akan ditentukan pada jam 12:00:00 PM.

• Dalam proses jualan yang berlangsung, pembeli akan menghantar harga tawaran untuk membeli. Berikut adalah senarai pembeli yang membuat bidaan terhadap kereta tersebut.


                                  



Jadual 1: Senarai tawaran yang mahu membeli kereta Ali


Berdasarkan Jadual 1, dapat dilihat terdapat tiga(3) pembeli atau pembida yang mahu membeli pada harga yang sama iaitu RM13,000 . Pembeli yang mahu membeli pada RM13,000 adalah pembeli C (Jam 11:49:00) , pembeli D (Jam 11:49:01) dan pembeli E (Jam 11:49:05).



Berikut adalah jadual 2 iaitu senarai pembeli yang mahu membeli pada satu harga yang sama.



                                   


Jadual 2: Senarai pembeli yang mahu membeli pada harga yang sama.



Berdasarkan jadual 2, pemenang yang adalah PEMBELI C. Hal ini kerana peranan MASA sebagai keutamaan bagi menentukan pemenang yang dapat membeli kereta ALI. Pembeli C , D dan E telah bersaing satu sama lain untuk membeli kereta tersebut. Disebabkan mereka membeli pada HARGA yang SAMA. Pemenang akan ditentukan oleh MASA yang paling cepat membida. Dalam hal ini, pembeli C telah masuk pada jam 11:49:00 , iaitu satu(1) saat lebih awal dari pembeli D. Walaupun perbezaan adalah satu(1) saat. Disebabkan Masa menjadi keutamaan dalam menentukan pemenang, pembeli C memperoleh Kereta Ali tersebut.


  Jika Ali mempunyai lagi kereta untuk dijual, Ali akan merujuk kepada pembeli D iaitu berada kedudukan no dua(2) selepas pembeli C. 

KESIMPULAN 

Dalam memahami Masa sebagai keutamaan , masa akan digunakan sebagai penentu dalam satu proses bidaan.  Pemenang akan ditentukan oleh kepantasan mereka membida. Hal ini penting bagi memahami bahawa terdapat tahap ketidaksabaran( impatient) oleh pembeli yang ingin membeli. Ini dapat digunakan untuk melihat apakah keadaan pasaran ketika itu.





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :