3.1.2 KEUTAMAAN HARGA (PRICE)





     Harga adalah satu mekanisma paling penting dalam memahami dalam satu proses bidaan. Dalam bahagian ini, akan diterangkan bagaimana harga memainkan peranan penting dalam satu proses bidaan. Contoh yang sama akan digunakan iaitu dimana Ali mahu menjual sebuah kereta dan membuka bidaan pada harga RM10,000. 



• SITUASI: Dalam satu jualan kereta, Ali membuka bidaan untuk menjual sebuah kereta WIRA. Beliau membuka bidaan pada harga RM10,000 (harga terendah). Beliau membuka bidaan pada jam 11:00:00AM sehingga jam 11:59:59 AM sahaja. Ini bermakna, pemenang akan ditentukan pada jam 12:00:00 PM.


 • Dalam proses jualan yang berlangsung, pembeli akan menghantar harga tawaran untuk membeli. Berikut adalah senarai pembeli yang membuat bidaan terhadap kereta tersebut. 




                                         
Jadual 3: Tawaran yang mahu membeli kereta Ali



Berdasarkan Jadual 3, dapat dilihat terdapat dua(2) pembeli yang membeli pada waktu yang sama iaitu pada jam 11:49:05 iaitu pembeli E dan pembeli F

. Disebabkan mereka membeli pada waktu yang sama, HARGA akan menjadi keutamaan dalam menentukan pemenang yang membida kereta ALI.

  Walaupun pembeli E telah tersenarai awal dari pembeli F, disebabkan pembeli F membida lebih tinggi dari pembida E sebanyak  RM14,000. Maka, pembeli F akan memperoleh kereta tersebut.



KESIMPULAN

Dalam memahami Harga sebagai keutamaan, harga akan digunakan sebagai penentu pemenang dalam satu proses mudah bidaan barang. Harga akan dipilih jika berlaku pertindihan MASA seperti dalam contoh awal. Ini penting bagi melihat sama ada terdapat pembeli yang sanggup membeli pada satu harg tertinggi yang tak dapat dibida lagi. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :