3.2.1 TUJUAN PASARAN (MARKET) DIBINA - ( Contoh Detail )






   Contoh kali ini akan menerangkan satu pasar(exchange) yang sengaja dibina iaitu PASAR SERAI.Hal ini penting bagi menerangkan bagaimana pasaran itu dibina. Dari contoh ini, ianya adalah sama bagi semua asas dalam melakukan satu transaksi. Contoh ini hanya satu MODEL yang kecil agar dapat kita melihat bagaimana pasaran itu dibina. Oleh itu, dari model kecil ini, kita akan dapat mempelajari asas utama bagi satu proses yang dinamakan TRADING.  Dengan memahami bagaimana pasaran itu dibentuk,dibina dan digerakkan, ini akan lebih lebih membantu kita dalam memahami dengan lebih jelas. Tujuan atau fungsi Pasar Serai adalah untuk menemukan antara penjual dan pembeli. 



Di dalam satu Pasar Serai, kita dapat melihat beberapa pemain utama seperti berikut :


a. Pengilang/Penjual(Producer or Seller)


b. Pembeli (Customer or Buyer)


 c. Pembeli kecil (Small Customer) (Retail Shop,Individual Buyer and Speculator)


Gambar 1 di bawah menunjukkan pemain utama di dalam Pasar Serai (SERAI EXCHANGE). Penjual(seller/producer) dinamakan sebagai “S” diikuti oleh nombor pemain. Sebagai contoh, S6 adalah penjual ke-6. Manakala, Pembeli (Buyer/customer) dinamakan sebagai “B” diikuti oleh nombor pemain. Sebagai contoh, B2 adalah pembeli ke-2.


                                     

Gambar 1: Pasar Serai(Serai Exhange) yang menunjukkan pembeli dan penjual dalam satu tempat(place).



Seterusnya, setiap pemain akan memberitahu harga yang mahu menjual atau mahu membeli. “Harga atau Price” akan dianggap sebagai mekanisma untuk mengiklankan kemahuan bagi tujuan menarik minat pembeli atau penjual atau dikenali sebagai advertise mechanism. Oleh itu, kita perlu memahami apa tujuan kehadiran mereka di dalam Pasar Serai. Berikut adalah mekanisma yang dapat dilihat di dalam Pasar Serai(Serai Exchange) dan tujuan(purpose) mereka hadir di Pasar Serai.


Penjual( Producer ) 

 • Akan menunjukkan harga dan kuantiti untuk memberitahu mahu menjual(willing to sell)

 • Penjual(Producer) mengharapkan kuantiti dan harga yang ditunjukkan(advertise) dapat menarik minat pembeli untuk melakukan transaksi.


• Penjual akan membawa produk mereka iaitu Serai untuk dijual di dalam Exhange tersebut dalam kuantiti yang sangat.

Pembeli(Customer)

 • Menunjukkan harga dan kuantiti untuk memberitahu mahu membeli(willing to buy)

 • Pembeli(Customer) mengharapkan kuantiti dan harga yang ditunjukkan dapat menarik minat penjual untuk melakukan transaksi dengan mereka.

 • Pembeli(customer) akan membawa wang(money) untuk digunakan membeli Serai di dalam Exhange tersebut.

 • Pembeli(Customer) adalah yang mahu membeli dengan jumlah kuantiti yang sangat besar untuk pasaran mereka. Sebagai contoh, pembeli yang membeli Serai untuk penghasilan makanan atau product tertentu di kilang mereka. Maka, mereka ini memerlukan Serai yang banyak untuk tujuan pengeluaran bagi produk mereka yang memerlukan Serai sebagai bahan utama mereka.


Retail( Customer )

 • Retail termasuk lah Peruncit Kedai(Retail Shop),Pembeli Perseorangan(Individual Buyer) dan Speculator

• Tujuan Retail(customer) hadir di pasar exchange adalah untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Sebagai contoh, Peruncit kedai(Retail Shop) ingin membeli Serai untuk dijual di Kedai kecil mereka. Oleh itu,mereka akan membeli secara pukal untuk dijual semula di kedai mereka sendiri. Boleh berfungsi sebagai pemborong(re-seller). Kuantiti mereka membeli Serai adalah sederhana banyak tetapi konsisten pembelian mereka. Konsisten di sini bermaksud, mereka membeli dalam skala masa tertentu. Sebagai contoh, mereka akan datang ke pasar serai setiap minggu untuk membeli dan  memborong serai yang dijual di pasar tersebut dengan kuantiti yang diperlukan

. • Pembeli Perseorangan(Individual Buyer) juga mahu membeli untuk keperluan mereka sendiri. Mereka membeli untuk kegunaan sendiri. Sebagai contoh, Serai itu digunakan untuk masakan mereka atau untuk tujuan lain. Kuantiti mereka membeli adalah kecil. Kadar kehadiran mereka ke pasar adalah tidak tetap dan mereka membeli secara tidak berkala.


• Speculator adalah individu atau syarikat kecil yang membeli Serai untuk tujuan menjual semula pada harga yang dapat menguntungkan mereka. Mereka membeli bukan untuk disimpan atau digunakan bagi keperluan mereka. Mereka akan berfungsi sebagai orang tengah atau dealer. Sebagai contoh, Speculator akan membeli dari pengeluar (producer) dengan kuantiti tertentu pada harga yang rendah. Kemudian, mereka akan menjual semula kepada individu lain atau kepada customer lain. Hal ini disebabkan oleh pengeluar(producer) dapat menjual dengan harga yang murah kepada mereka kerana mereka dapat membeli dengan kuantiti yang agak banyak. Dengan kata lain, mereka membeli pada harga murah dan menjual semula pada harga yang tinggi kepada consumer yang lain. Keupayaan mereka untuk membeli dengan kuantiti yang agak banyak dapat menarik minat pengeluar untuk melakukan transaksi dengan mereka. 


Setelah mengetahui tujuan setiap pemain yang hadir ke pasar, kita perlu memahami dan melihat bahawa harga tawaran(Price) oleh setiap pembeli dan penjual  perlu dilihat dengan jelas untuk membolehkan transaksi berlaku selepas minat menjual dan membeli ditunjukkan. Setiap pembeli dan penjual perlu menunjukkan harga mahu menjual atau mahu membeli (willing to sell or willing to buy).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :