3.2.3 BAGAIMANA MEKANISMA HARGA BERGERAK? (HOW PRICE DRIVE?)





   Pada bahagian ini, akan diterangkan bagaimana harga(Price) itu digerakkan atas kemahuan untuk memenuhi(fill) kehendak oleh pemain utama pasaran. Terdapat beberapa faktor utama yang dapat diperhatikan bagaimana harga(price) digerakkan seperti ketidakseimbangan kuantiti untuk memenuhi keperluan pemain utama. Bahagian ini sangat penting untuk difahami bagi mengetahui apakah mekanisma utama yang menggerakan pasaran.  Berikut adalah DOM yang ditunjukkan dan diambil dari Gambar 6 dan katakan DOM ini adalah pada jam 11:00:00AM :


                                            


Dari DOM dia atas, dapat dilihat:

 • Best Bid: RM12 , Kuantiti 100unit

 • Best Offer : RM15, Kuantiti 120unit

 • Spread : Best Offer – Best Bid = RM15-RM12 = RM3

Kemudian, katakan  jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan Order oleh pemain pasaran iaitu dinamakan sebagai R1 (retail) :


                              

Gambar 7 di atas menunjukkan bahawa R1 iaitu dikategorikan sebagai Retail(Customer) yang mahu membeli pada harga tertinggi RM18 sebanyak 600kg Serai. Ini bermakna:

• R1 mahu membeli sebanyak 600kg pada harga tertinggi(maximum) RM18 sahaja. Maka, jika terdapat tawaran mahu menjual dari pemain utama di bawah RM18. R1 akan membeli dan mengambil kuantiti tersebut.

 • R1 perlu melihat siapakah yang mahu menjual pada harga di bawah RM18. Oleh itu, R1 perlu melihat Current Orderbook(DOM)  ketika itu. INGAT: Fungsi utama OrderBook(DOM) adalah sebagai Advertise Mechanism. Dengan kata lain, R1 perlu lihat siapa yang sedang “mengiklankan/advertise” kemahuan untuk menjual(kerana R1 mahu membeli) . 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :