4.1 STRUKTUR PASAR (MARKET) DI TIER-3






   Tier 3 adalah pasaran dan transaksi yang melibatkan Firma Retail trader. Retail trader adalah individu atau pemain pasaran yang masuk ke pasaran melalui perkhidmatan yang disediakan oleh broker masing-masing. Contoh brokerage adalah seperti Oanda,Exness,FXCM, dan FBS yang menjalankan operasi dan transaksi secara retail. Bahagian ini akan menerangkan bagaimana interaksi yang berlaku antara Retail Trader,Firm Broker, dan Liquidity Provider sehingga membentuk pasaran itu sendiri. Pasaran yang terbentuk dapat dilihat melalui Depth Of Market atau DOM. Berikut adalah ilustrasi asas bagaimana struktur dan  interaksi yang berlaku antara pemain pasaran di Tier 3.

 

                              


Gambar di bawah menunjukkan bagaimana interaksi berlaku di dalam Broker ECN yang mempunyai liquidity aggrement dengan Liquidity Provider di Tier 2 seperti HotspotFXi,LMAX Exchange,Currenex, dan Integral Fx. Liquidity Aggrement adalah persetujuan antara yang pemberi liquidity(Liquidity Provider) dan broker di Tier 3 untuk mengakses dan menghubungkan antara setiap asset yang ada. Ini bermaksud persetujuan yang dilakukan memberi kemampuan setiap klien untuk melakukan transaksi. 



                                       


Gambar di atas menunjukan strukture dan kedudukan broker di Tier 3 di mana mempunyai broker persetujuan pada Liquidity provider sehingga membentuk Depth Of Market(DOM). Dapat diperhatikan bahawa, broker ECN sahaja yang mampu menghubung kan Client dan Liquidity Broker. Oleh itu, broker dapat memanipulasi kemampuan ini bagi kepentingan mereka. Berikut adalah pemain pasaran yang terlibat berdasarkan gambar di atas: • Liquidity Provider Tier 2 • Broker ECN  • Client 1 • Client 2


Beberapa perkara dapat diperhatikan bagaimana struktur kedudukan pasaran di tier 3 terbina: • Liquidity Provider diperlukan untuk menyeimbangkan(HEDGE) kedudukan pasaran dari semua Client. • Kemasukan Order Client akan melalui Broker ECN dahulu sebelum dihantar ke Liqudity Provider • Broker akan bertanggungjawab menyusun, mengatur, mengisi, menghantar semua kemasukan Order dari client sebelum dihantar ke Liquidity Provider(LP) • Tugas dan peranan Broker hanyalah menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan(client) mereka untuk membeli dan menjual. Justeru itu,pelanggan(client) dapat melakukan transaksi dengan mudah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :