5 KELEBIHAN DAY SWING TRADER



  TAK PERLU SUSAH-PAYAH NAK UNTUNG BANYAK

 Cuba anda kira sendiri. Katakan target anda 100 pips. Anda mahu jadi Scalper yang trade 10 kali x 10 pips = 100 pips, atau DST yang trade 1 kali x 100 pips = 100 pips? Sudah tentu trade 1 kali sahaja bukan? Anda trade 10 kali sudahlah penat, itu pun belum tentu kesemuanya profit. Baik anda jadi DST, trade dengan tenang dan lebih mudah profit berbanding menjadi Scalper.

KURANG TRADE, MAKA KURANGLAH RUGI

 Kalau anda menjadi Scalper, belum tentu semua post anda akan profit. Kebiasaannya, scalper Target 10 pips tapi SL nya sampai 50 pips (kadang-kadang tak ada SL pun!). Maknanya, 5 kali profit (10 pips x 5 kali = 50 pips) baru boleh cover SATU LOSS jika terkena SL 50 pips. Semakin banyak anda trade, semakin tinggi kebarangkalian anda untuk rugi. Oleh itu, dengan menjadi DST, bila anda kurang trade, maka kuranglah rugi.


TAK PERLU LUANG BANYAK MASA DEPAN SKRIN

  Seorang DST hanya buat analisis KURANG DARIPADA 1 JAM SEHARI!! Scalper pula akan sentiasa melihat chart kerana mereka sentiasa ketagih untuk open post. Pantang nampak movement sikit, nak open post!! Jika anda menjadi DST, anda tidak perlu membazir masa depan skrin dan boleh melakukan perkara-perkara lain yang anda suka. Cara trade sebegini lebih tenang dan menyeronokkan. 

TAK PERLU TUNGGU TERLALU LAMA UNTUK PELUANG TRADE

 Position Trader akan menunggu sangat lama sebelum membuka sesuatu post, kerana mereka menggunakan TF D1 – MN (Monthly). Peluang trade mungkin muncul 1 – 4 kali sahaja dalam sebulan. Untuk forex memberikan pendapatan harian kepada kita, cara trading sebegini tidaklah praktikal. DST juga yang terbaik kerana anda berpeluang menjana pendapatan harian mahupun mingguan. Yeahhh!!!

TAK PERLU MENGGELABAH ATAU KELAM-KABUT

 Menjadi seorang Scalper memang sangat stressful, kerana Scalper sentiasa ingin enter post yang profitable, tak boleh ada loss langsung! Apa yang difikirkan ialah “aku kena kaut duit dari forex sebanyak dan secepat mungkin”. Namun begitu, akhirnya ia berkesudahan dengan Loss / Margin Call. Dengan menjadi DST, anda dapat membuat analisis anda dengan tenang, malah trade anda juga dibuat berdasarkan analisis yang jitu. Tambahan pula, setiap position yang anda buka sudah dikira awal-awal potensi dan risikonya. Jadi, anda tidak akan risau walau apapun keputusan trade anda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :