BAHAGIAN 3: KEFAHAMAN ASAS BAGAIMANA PASARAN DIBINA






    3.0 PERBEZAAN AGGRESSIVE DAN PASSIVE ORDER 

Order boleh diterangkan atau diklasifikasikan sebagai aggressive atau passive order. Aggresive atau passive order ditentukan oleh berapa cepat kadar kemahuan(willing) pemain pasaran untuk melakukan transaksi. Transaksi hanya berlaku pada kedudukan best bid dan juga best ask. Oleh itu, lebih hampir order pada kedudukan best bid dan best ask akan dianggap sebagai sangat aggressive.  Passive Order adalah kemasukan order yang berada jauh dari kedudukan best bid dan juga best ask. In bermakna, order yang berada di bawah best bid dan di atas best offer adalah dianggap sebgai passive order.

 Passive order adalah bersifat bertahan(barrier) dan dianggap sebagai pemain utama dalam pasaran untuk memenuhi keperluan pemain yang lain. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana AGGRESSIVE dan PASSIVE Order ditentukan. 





Berikut adalah beberapa ciri-ciri penting memahami PASSIVE dan AGGRESSIVE Order: 

• Limit Order dianggap PASSIVE apabila order tersebut jauh dari kedudukan Best bid dan Best Ask

 • Limit Order dianggap AGGRESSIVE apabila order tersebut berada atau paling hampir pada kedudukan Best bid dan Best Ask 

• Keadaan pasaran yang mempunyai keadaan  aggressive akan bersifat mempunyai satu momentum yang kuat untuk pergerakan Short-term. Short term bermaksud, kesan kemasukan aggressive order bersifat sementara dan kesan dia hanya pada jangka pendek. 

• Manakala, PASSIVE order adalah jauh dari kedudukan pasaran tetapi momentum yang diberikan adalah sangat besar dan bersifat Long-Term. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :