CIRI CIRI PENTING “LIMIT ORDER”





    • Limit order boleh dibatalkan atau “cancel” . Ini memberi peluang kepada pemain pasaran untuk menunjukan minat sahaja untuk menjual dan membeli. Sebagai contoh, Ahmad mahu membeli pada harga RM20 , dan market pada kedudukan RM29. Ahmad boleh “cancel” order ini pada bila-bila masa sahaja jika spread(market) menghampiri kedudukan beliau. Sesetengah broker mengenakan kos yang tinggi kepada pemain pasaran(participant) jika mahu “cancel” order yang dihantar.

 • Limit order menunjukan ketidakhadirian(absent) pemain pasaran(participant) di dalam pasaran. Broker sentiasa melihat dan mengawasi(monitoring) di kawasan limit order untuk menentukan dan menetapkan strategi yang akan digunakan.  Dengan  meletakkan limit order, pemain pasaran dapat masuk ke dalam market pada bila bila masa sahaja.

 • Antara risiko penting yang perlu difahami apabila melibatkan limit order adalah seperti berikut: 1. Execution limit order adalah tidak dijamin akan dipenuhi(fill). Jika harga tidak menghampiri limit order, pemain pasaran akan gagal untuk melakukan transaksi. 2. Risiko harga melawan arah harga pada limit order. Order pemain akan dipenuhi(fill) tetapi risiko untuk harga melawan arah tetap tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :