CONTOH 10




Contoh 10 menerangkan  bagaimana arahan order dilakukan terhadap OrderBook. Contoh ini menerangkan bagaimana kemasukan Order dapat mempengaruhi Best Bid atau Best Offer pada Orderbook. Kemasukan Order yang mempunyai lebih tinggi dari Best Bid atau lebih rendah dari Best Offer akan membuat pasaran baru atau new market dan berlaku perubahan terhadap Spread.

(1) Kemasukan order adalah seperti berikut





 Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order P241 yang mahu membeli Stock XYZ pada harga RM28 dengan kuantiti sebanyak 435 unit. Permintaan Order P241 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order P241.

 (2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut:
 • Best Bid : RM27 [480]
• Best Offer : RM30 [25]
• Maka, Spread RM30-RM27 = RM3
 • Total Bid :600 Unit
 • Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order P241 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM.

 I.  Order P241 mahu membeli pada harga RM28 dengan kuantiti sebanyak 435unit sahaja. 

II.  Jika dilihat di OrderBook jam 11:00:00AM , Spread(best bid dan best ask) adalah pada RM27(Best Bid) dan RM30(best Offer). Order P241 yang mahu membeli pada RM28 berada di kedudukan antara Spread. Maka, Order P241 akan menjadi Best Bid yang baru kerana kemasukan sebagai mahu membeli.

III. Order P241 tidak akan dipenuhi/dilepaskan memandangkan tiada yang mahu menjual(being offer) pada harga RM28 di Orderbook jam 11:00:00AM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :