CONTOH 4




Contoh 4 menunjukkan bagaimana arahan memasukan order dilakukan dan kesan terhadap orderbook. Contoh ini hampir sama seperti Contoh 3 tetapi mempunyai perbezaan dari segi kuantiti yang mahu membeli.

 (1) Kemasukan order ditunjukan adalah seperti berikut:







Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu Order W274 yang mahu membeli pada harga RM30 dengan jumlah kuantiti sebanyak 10 unit. Permintaan order ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker Moshed Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu.

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:





Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM di atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480] • Best Offer : RM30 [25] • Maka, Spread RM30-RM27 = RM3 • Total Bid :600 Unit • Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order W274 yang dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM

I. Order W274 mahu membeli pada harga RM30 dengan kuantiti sebanyak 10unit sahaja.

 II. Berdasarkan orderbook jam 11:00:00AM, Best offer iaitu harga terendah mahu menjual adalah RM30 dengan kuantiti sebanyak 25unit.

 III. Maka, Order W274 akan mengambil 10unit daripada 25unit yang ditawarkan pada harga RM30 yang terdapat pada orderbook jam 11:00:00AM. Maka, Order W274 akan dilepaskan sebagai market order kerana terdapat harga terendah(best offer) yang mahu menjual kepada Order W274(matching)

(4) Berikut adalah Orderbook yang akan dilihat semasa dan selepas kemasukan Order W274

 


Berikut adalah penerangan berdasarkan gambar di atas:

 I. Status Orderbook ditunjukkan pada jam 11:00:00AM sebelum kemasukan Order W274

 II. Order W274 akan mengambil kuantiti sebanyak 10unit pada harga RM30 yang ditawarkan sebanyak 25unit. Maka, Order W274 telah dipenuhi(FILL) dan selesai. Order W274 ini akan ditolakan daripada 25unit yang ditawarkan sebanyak 10unit. 25 unit akan ditolak dari 10unit dan menghasilkan 15unit di harga RM30

 III. Selepas operasi tolak, terdapat lebihan sebanyak 15unit pada harga RM30. Ia ditulis sebagai +positive(+15) dan kekal berada di sell limit kerana operasi penolakan menghasilkan nilai +positive.

IV. Dapat dilihat, total offer berkurang dari 636 unit kepada 626 unit. Spread tidak berubah kerana selepas penolakan dari 10unit. Ini kerana hasil penolakan menghasilkan nilai +positive. Maka, kedudukan 15unit tidak berubah dan tetap berada di kedudukan asal(sell limit)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :