CONTOH 7




Contoh 7 kali ini menunjukkan bagaimana arahan order dilakukan dan kesan terhadap OrderBook.Contoh kali ini menerangkan bagaimana kesan kuantiti yang tidak mencukupi akan menyebabkan kemasukan order dilakukan di setiap price yang ada sehingga kuantiti tersebut dipenuhi.


(1) Kemasukan order adalah seperti berikut:




Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu OrderV394 yang mahu membeli Stock XYZ pada harga “market” dengan kuantiti sebanyak 125 unit. Permintaan Order V394 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order V394.

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:




Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480] • Best Offer : RM30 [25] • Maka, Spread RM30-RM27 = RM3 • Total Bid :600 Unit • Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order V394 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM. I. Order V394 mahu membeli pada harga market dengan kuantiti sebanyak 25 unit sahaja. Istilah “market” bermaksud order V394 akan dilepaskan pada Best Offer(harga tertinggi mahu menjual) ketika itu. Order ini adalah direct market order dimana order ini bukan limit order. Ia perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik yang ditawarkan ketika itu sehingga order ini dipenuhi. II. Berdasarkan Orderbook jam 11:00:00AM, Best Offer iaitu harga tertinggi mahu membeli adalah RM30 dengan kuantiti 25 unit. Tetapi jumlah di RM30 hanya mempunyai 25 unit berbanding 125unit diperlukan oleh Order V394.  III. Oleh itu, Order V394 akan mengambil jumlah kuantiti di harga seterusnya iaitu RM31 dengan jumlah ditawarkan adalah 100Unit. Maka, Order V394 akan mengambil kuantiti 25unit di RM30, dan 100unit di RM31 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 125unit untuk dipenuhi.

(4) Berikut adalah Ilustrasi Orderbook yang akan dilihat semasa dan selepas kemasukan Order V394  dan kesan terhadap harga dan kuantiti yang terlibat.





Berikut adalah penerangan berdasarkan gambar di atas: I. Status Orderbook ditunjukkan pada jam 11:00:00AM sebelum kemasukan Order V394 II. Order V394 mengambil kuantiti sebanyak 25unit yang ditawarkan pada harga RM30. Order pada harga RM30 sebanyak 25 unit akan ditolakkan dengan kuantiti 125 unit dari Order V394. Hasil tolak menghasilkan lebihan kuantiti sebanyak 100unit(warna biru)  dan bernilai –negative. III. Disebabkan order V394 adalah Market Order(perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik). Lebihan 100unit pada harga RM30 akan mengambil kuantiti pada harga senterusnya iaitu pada harga RM31 yang ditawarkan sebanyak 100unit.  IV. Kemudian, 100unit lebihan kuantiti tadi akan mengambil kunatiti di harga RM31. Hasil tolak menghasilkan nilai 0. Ini bermakna, Order V394 telah dipenuhi. V. Berikut adalah pengiraan lengkap bagaimana Order V394 mengambil kuantiti di OrderBook iaitu pengambilan kuantiti di Sell limit





VI. Dapat dilihat, Spread berubah dari RM3 pada jam 11:00:00AM kepada RM 5 (best offer-best bid:RM32-RM27) selepas kemasukan Order V394. Best Offer telah berubah dari RM 30 kepada RM32 dan harga Best Bid tidak berubah (RM27) VII. Total Offer berubah dari 636 Unit kepada 511 Unit, manakala Total Bid tidak berubah iaitu 600 Unit.

(5) Berikut adalah ilustrasi bergambar bagaimana Order V394 masuk ke dalam Orderbook yang ditunjukkan pada jam 11:00:00AM








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :