CONTOH 8




   Contoh 8 kali ini menunjukkan bagaimana arahan order dilakukan dan kesan terhadap OrderBook. Contoh ini menerangkan bagaimana kesan kuantiti yang besar dan tidak mencukupi akan menyebabkan kemasukan order akan dilakukan di setiap price yang ada sehingga kuantiti tersebut dipenuhi. Contoh ini hampir sama dengan Contoh 7 tetapi berbeza dari segi Jenis Order dan Kuantiti yang ingin dipenuhi.

 (1) Kemasukan order adalah seperti berikut:


 


Pada jam 11:00:30AM, terdapat kemasukan order iaitu OrderV394 yang mahu menjual Stock XYZ pada harga “market” dengan kuantiti sebanyak 535 unit. Permintaan Order V394 yang mahu membeli ini perlu dilepaskan/dipenuhi ke dalam pasaran melalui Broker DM Inc. yang dipersetujui oleh pelanggan ketika itu. Broker DM Inc. bertanggungjawab dan ditugaskan untuk memenuhi keperluan Order V394.

(2) Pada jam 11:00:00AM, status orderbook di Stock XYZ yang ditunjukkan adalah seperti berikut:

 

Dapat diperhatikan berdasarkan book pada jam 11:00:00AM seperti dia atas adalah seperti berikut: • Best Bid : RM27 [480]
 • Best Offer : RM30 [25]
• Maka, Spread RM30-RM27 = RM3
 • Total Bid :600 Unit
• Total Offer : 636 Unit

(3) Berikut adalah ciri-ciri Order V394 yang akan dimasukkan ke dalam Orderbook pada jam 11:00:00AM.

 I. Order V394 mahu menjual pada harga market dengan kuantiti sebanyak 535 unit sahaja. Istilah “market” bermaksud order V394 akan dilepaskan pada Best Bid(harga tertinggi mahu membeli) ketika itu. Order ini adalah direct market order dimana order ini bukan limit order. Ia perlu dilepaskan pada apa pun harga terbaik yang ditawarkan ketika itu sehingga order ini dipenuhi.

II. Berdasarkan Orderbook jam 11:00:00AM, Best Bid iaitu harga tertinggi mahu membeli adalah RM27 dengan kuantiti 480 unit. Tetapi jumlah ini masih belum mencukupi untuk memenuhi kemahuan Order V394 sebanyak 525 Unit. Ini bermakna terdapat lebihan sebanyak 45 unit yang masih belum dipenuhi.

 III. Oleh itu, Order V394 perlu mengambil kuantiti di harga seterusnya iaitu di harga RM24 sebanyak 25 Unit dan di RM23 sebanyak 30unit. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :