JENIS-JENIS TRADER

Terdapat 4 KATEGORI FOREX TRADER yang dikenalpasti.

SCALPER

Scalper merupakan jenis trader yang open dan close position dalam masa yang singkat. Disebabkan oleh sifatnya yang berjangka pendek, scalper akan membuka banyak post dengan harapan untuk mengaut keuntungan besar.

 Scalper biasanya terdiri daripada orang yang suka menatap chart dan kerjanya asyik nak buka post sahaja. TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: M1, M5, M15 dan M30


DAY TRADER

 Trader jenis ini akan open dan close position dalam hari yang sama. Ertinya, mereka akan hold post mereka selama beberapa jam, tetapi tidak melebihi satu hari. TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: H1, H4 dan D1


SWING TRADER

Swing trader adalah lebih kurang sama dengan Day Trader, cuma mereka akan hold position yang dibuka untuk jangkamasa yang lebih lama. Kebiasaannya, post mereka akan ditutup selepas beberapa hari, tetapi tidak melebihi satu minggu. TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: H4, D1 dan W1


POSITION TRADER

Ini merupakan jenis trader paling otai dan penyabar. Post yang dibuka akan dipegang sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.  TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: D1, W1 dan MN (Monthly)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :