Jurnal Trading











        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat bercuti kepada rakan-rakan fb semua terutamanya rakan trader.
Sedang buat apa tu? Setelah 5 hari "bertarung" dengan market mestilah sedang peruntukan masa kepada keluarga kan.
Cuma jangan lupa peruntukan sedikit masa untuk review semula trade kita minggu lepas bagi trader yang intraday dan scalping. Swing trader mungkin tunggu hujung bulan kot sebab tak banyak pos execute dalam seminggu.
Saya baru selesai buat analisa prestasi trade untuk 2 minggu pertama bulan Julai. Jadi saya nak kongsikan kepada rakan-rakan bagaimana bagaimana proses jurnal trading ini disediakan untuk salah satu SOP yang saya gunakan..
Sebelum bercakap tentang jurnal, kita perlulah ada SOP trading yang telah diuji dan "workable" dari segi statistiknya kerana tanpa data kita tak dapat nak buat perbandingan.
Yang ke 2 ialah kita perlu pastikan semua trade telah kita execute seperti SOP yang telah disediakan. Tanpa no 1 yang no 2 ni tak dapat kita nak pastikan adakah kita seorang yang berdisiplin atau tidak.
Setelah dipastikan kita tidak melanggar disiplin barulah kita boleh buat perbandingan sama ada result trading kita "on track" atau tidak. Jika kita melanggar disiplin, sama ada profit atau loss kita perlu perbaiki disiplin kita dahulu.
Berbalik kepada Jurnal Trading. Jom kita tengok previous statistik dahulu.
Previous Statistik
Total trade - 570 trades
Profit trade - 488 trades
Loss Trade - 82 trades
Winrate - 86%
Average trade per day - 14
Duration - 40 days
Capital - $1000
Nett Profit - $3200
Expected Payoff - $5.6 @ 0.5%
Risk setting - Capital/10000 (High RisK)
Actual Trade
Total trade - 146 trades
Profit trade - 115 trades
Loss Trade - 31 trades
Winrate - 79%
Average trade per day - 14.6
Duration - 10 days
Nett Profit - $450 (sebelum ditolak charges)
Expected Payoff - $3.08 @ 0.3% (sebelum ditolak charges)
Dari data "previous" dan "actual" kita dapat buat perbandingan
Average trade per day = +0.6 trade
Winrate = 92% dari statistik
Expected Payoff = 55% ($3.08 vs $5.6 )
Average trade per day sama seperti data
Winrate 8% rendah dari data, bagi saya masih ok sebab data vs real akan ada perbezaan disebabkan faktor spread dan slippage.
SOP ini saya design untuk ambil peluang dari frequency yang tinggi jadi Expected Payoff adalah data yang perlu diberi perhatian. Data menunjukkan $5.6 @ 0.56% bagi setiap trade open tetapi actual hanya $3.08 @ 0.3% yang mana 45% lebih rendah dari data.
Bagi saya ini satu perbezaan yang agak ketara walaupun secara keseluruhan acc grow sebanyak +- 45% dalam tempoh 10 hari. Ini menunjukkan ada sesuatu yang luar dari sepatutnya.
Adakah jurnal ini habis disini? Belum lagi......
Bila keadaan ini berlaku, kita perlu meneliti trade kita secara terperinci untuk mencari apakah penyebabnya. Dari data seperti SS, terdapat 4 pair yang mencatatkan penurunan prestasi secara mendadak ( 2 merah - sangat ketara dan 2 kuning - ketara )
Pair lain tidak menunjukkan perbezaan yang ketara malah ada yang lebih baik dari previous data. Jadi perhatian perlu diberikan kepada 4 pair yang berkenaan apakah puncanya?
Bagaimanakah ending SOP ini? Wallahua'lam, saya pun tidak tahu kerana market adalah dinamik tapi kita sudah buat yang terbaik dalam memilih SOP dan menyediakan data yang perlu. Paling tidak dapatlah kita trade dengan yakin bila ada data dan statistik tanpa terpengaruh dengan pihak ke 3. Kepada yang follow, saya harap anda belajar sesuatu walau apa juga kesudahan SOP ini nanti.
InsyaAllah kita sambung di lain masa jika ada yang berminat dengan topik ini.
Komen sikit jika perkongsian seperti ini memberi manfaat kepada anda.
Selamat bercuti semua.



CREDIT FB :- Ridzuan Rahman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :